Written by Bella | June 5th, 2018

Sekian lama bersengketa,akhirnya Fasha Sandha minggu lalu mengumumkan beliau dan Nora Danish sudah berdamai demi kebaikan anak-anak mereka yang mempunyai talian persaudaraan dan demi  keharmonian keluarga kedua-dua belah pihak.

Menerusi akaun Instagramnya, Nora yang bersyukur akhirnya masalah antara mereka bertemu nokhtanya memuat naik perjanjian mahkamah antara mereka berdua.

Nora berharap Fasha dapat memenuhi setiap ‘aku janji’ yang telah dipersetujui pada sesi mediasi yang berlangsung pada 22 Mei lalu.

Fasha akui keputusan beliau untuk berdamai dengan Nora bukanlah paksaan daripada mana-mana pihak. Segala isu dan kemelut beliau bersama Nora sudah tamat dan tidak akan memberikan sebarang komen lagi berhubung perkara tersebut.

Written by Bella | June 1st, 2018

Demi kebaikan anak-anak tercinta serta keluarga kedua-dua belah pihak, pelakon Fasha Sandha akhirnya mengambil keputusan untuk berdamai dengan Nora Danish selepas beberapa tahun bersengketa mengenai pelbagai isu.

Fasha juga akan memohon maaf kepada Nora berkaitan luahan hati beliau di Instagramnya ang mendakwa dirinya dihalau daripada sebuah acara fesyen gara-gara seorang selebriti (Nora) enggan melihat kehadirannya di acara tersebut dan mahu menarik diri daripada bekerjasama dengan pihak produk tekstil  popular yang menganjurkan acara berkenaan.

Ini adalah demi kebaikan anak-anak dan keluarga. Isu antara kami berlarutan terlalu lama. Justeru jalan terbaik ialah berdamai dan hidup dalam harmoni. Ia sebab kekeluargaan memandangkan anak sulung Nora adalah abang kandung kepada kedua-dua anak saya. Hubungan anak-anak itu juga sangat rapat.

Jadi, bila fikir balik, sampai bila kami nak bermusuh terlalu lama. Not good for kids to see mothers having problem (tidak baik bagi anak-anak melihat ibu mereka mempunyai masalah). Saya rasa, ia (perdamaian) ialah jalan terbaik. Saya mohon maaf terhadap posting tersebut.

Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli  ataupun lebih dikenali sebagai Jejai pada 2006 sebelum berpisah pada 2008. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak, Putra Rayqal Ramli.

Selepas itu, Fasha bernikah dengan Jejai pada 2012 dan berpisah empat tahun kemudian. Mereka dikurniakan dua orang anak, Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | May 24th, 2018

Semalam kami ada melaporkan kemungkinan aktres Nora Danish dan Fasha Sandha sudah berdamai selepas kedua-duanya dilihat hadir di Pejabat Mediasi, Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi menyelesaikan segala isu mengenai perbalahan.

Hari ini, Nora sendiri mengakui beliau mahu menamatkan segala kemelut bersama Fasha yang sudah bertahun lamanya.

Ini adalah jalan pendamaian terakhir buat mereka dan Nora sedang menunggu perintah mahkamah sebelum membuat sebarang kenyataan berhubung kes mereka. Nora mengharapkan ada pengakhiran yang baik buat beliu dan Fasha.

Between me against Fasha for defamation, I shall make a statment as soon as i receive the sealed order of the court which should be very soon. Very soon (Mengenai kes saman fitnah saya terhadap Fasha, saya akan membuat kenyataan sebaik sahaja saya menerima perintah mahkamah dalam masa terdekat). Korang nantikan okey.

Apa yang saya akan beritahu nanti, inilah nokhtahnya. Ia akan jadi yang terakhir. Saya positif, sangat positif.

Semoga Nora dan Fasha  menemui jalan penyelesaian yang baik untuk segala masalah antara  mereka dan sekaligus menamatkan segala kontroversi serta persengketaan mereka selama ini.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | May 23rd, 2018

Umum mengetahui persengketaan antara dua selebriti jelita, Fasha Sandha dan Nora Danish sudah berlanjutan hampir sepuluh tahun lamanya. Pelbagai kontroversi dan kes melibatkan mereka berdua sehingga tiba tahap Nora ingin menyaman Fasha gara-gara memuat naik status menuduh dirinya menghalau Fasha daripada sebuah acara fesyen sekitar tahun lalu.

Namun, khabar terbaru tentang mereka berdua kali ini mungkin akan membuatkan  ramai yang terkejut.

Ada sumber kepada portal Mangga Media memberitahu, Fasha dan Nora mungkin sudah berdamai selepas kedua-duanya diliuhat hadir di Pejabat Mediasi, Mahkamah Tinggi Shah Alam pada pagi Selasa (semalam). Biasanya tujuan seseorang pergi ke pejabat tersebut adalah untuk menyelesaikan perbalahan.

Mangga Media menerima khabar daripada satu sumber yang melihat kelibat kedua-dua hot mama itu semasa hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor pada Selasa.

Menurut sumber, Fasha dan Nora yang diwakili peguam masing-masing berkunjung ke Pejabat Mediasi. Kalau menurut pemahaman Mangga Media, pejabat Mediasi itu fungsinya adalah untuk menyelesaikan pertikaian atau perbalahan.

Jika berita ini benar, tentunya ia satu perkhabaran yang baik pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Iyalah, untuk apa terus bersengketa dan menyimpan rasa tidak puas hati antara satu sama lain. Fasha dan Nora sudah pun mempunyai kehidupan masing-masing dan lebih baik untuk saling bermaafan.

Sumber Berita : Mangga Media