December 30th, 2019

Kembali popular selepas menjadi juara Gegar Vaganza 6, ada segelintir pihak merasa tidak puas hati dengan Naqiu Boboy dan menuduh penyanyi itu telah mula ‘demand’, meletakkan harga tinggi dalam soal bayaran persembahan.

naqiu boboy demand

Bagaimanapun, Naqiu membidas tuduhan tersebut dan menjelaskan setiap urusan harga bayaran bergantung kepada sesebuah acara. Sebenarnya soal bayaran boleh dirunding, bukannya harga tetap semata-mata.

Apa-apa pun, syukur Alhamdulillah sebab rezeki itu datang daripada Allah, dan untuk harga, sebenarnya kita berbalik kepada apa acara yang kita nak sertai.

naqiu boboy demand

Kalau acara itu besar, maknanya besarlah payment. Jadi, itu bergantung kepada acara. Kita bukan meletakkan harga yang melangit dan tinggi-tinggi, tetapi kita ikut pada acara yang disertai.

Sebenarnya dengan gelaran juara serta bakat Naqiu yang luar biasa, memberikan yang terbaik dalam setiap persembahan, tidak ada salahnya kalau dia hendak ‘demand’ sedikit. Bukan senang untuk terus ‘survive’ dalam industri hiburan, apatah lagi ekonomi negara juga agak meleset ketika ini. Apa pula pendapat anda?

Sumber Berita : Astro Awani

Kredit Foto : Neon Pixel

Advertisement
December 25th, 2019

Selama sebelas minggu bersaing di pentas dan berusaha untuk memberikan persembahan terbaik, akhirnya penyanyi Naqiu Boboy dan Hady Mirza dinobatkan sebagai juara bersama Gegar Vaganza 6.

naqiu boboy

Berjaya membawa pulang hadiah RM100,000 beserta trofi, betapa mulianya hati Naqiu apabila dia mengumumkan bakal mendermakan separuh daripada wang kemenangan yang dimenanginya kepada rumah anak-anak yatim.

Masa tu saya cakap pada isteri saya, jika menang nanti saya mahu dermakan wang pada rumah anak-anak yatim.

naqiu boboy anak yatim

Pada saya, GV2019 adalah medium untuk saya membina karier jadi duit kemenangan tu saya tak fikir sangat sebenarnya, ia lebih kepada platform.

Menurut Naqiu, niat untuk mendermakan duit kemenangan itu terdetik ketika namanya diumumkan memasuki konsert suku akhir GV6.

naqiu boboyMemang mulia betul hati Naqiu kerana sanggup berkongsi duit kemenangan dengan golongan yang memerlukan. Semoga dimurahkan rezeki dan kariernya selepas ini akan terus berkembang dengan baik. Salute!

Sumber Berita : Astro Gempak

Advertisement
December 24th, 2019

Sehingga hari ini masih ramai yang terkejut dan mempertikaikan keputusan juara bersama Gegar Vaganza 6. Mula ada peminat yang berbalah dan meluahkan rasa kecewa mengapa artis kegemaran mereka, Naqiu Boboy tidak dinobatkan sebagai satu-satunya juara, sedangkan persembahannya pada setiap minggu memang terbaik dan konsisten.

naqiu boboy

Mengakui sedikit terkejut apabila diumumkan juara bersama Hady Mirza, Naqiu bagaimanapun berpuas hati dengan keputusan pada malam final GV6 itu. Padanya, Hady juga seorang artis yang handal dan layak bergelar juara.

Yang terjadi sudah terjadi, tidak dinafikan kami berdua terkejut adakah pertandingan yang mempunyai dua juara. Namun, melihat kembali kepada Sukan Olimpik, pernah ada dua pingat emas dimenangi dalam acara yang sama. Ini bukan perkara mustahil.

naqiu boboy

Kalau ada enam juara pun saya okay. Saya berpuas hati dengan apa yang berlaku.

Sudah tertulis rezeki untuk Naqiu dan Hady berkongsi gelaran juara. Apa yang penting adalah perjalanan karier mereka selepas GV6 berakhir. Semoga terus sukses.

Sumber Berita : Media Hiburan

Kredit Foto : Neon Pixel

Advertisement
December 24th, 2019

Keputusan mengejutkan juara bersama Gegar Vaganza 6 nampaknya masih lagi menjadi bualan ramai. Rata-rata netizen berpendapat, dalam sesebuah pertandingan sepatutnya hanya ada seorang juara sahaja.

mimi fly

Bukan netizen sahaja berkata sebegitu tetapi seorang peserta akhir GV6 iaitu Mimifly dari kumpulan One Nation Emcees turut berpendapat pertandingan sebegini yang mempertaruhkan bakat dan kemampuan artis seharusnya memberikan kejuaraan kepada seorang sahaja.

Lazimnya memang tak pernah jadi dan saya selalu rasa kalau pertandingan itu akan ada juara dan tempat kedua, tidak kiralah pertandingan apa pun.

one nation emcees

Nak kata setuju, pandangan saya patutnya mereka pilih satu. Tak mungkin bagi saya yang mereka tidak boleh pertimbangkan hal lain untuk mendapatkan juara mutlak.

Bagaimanapun, Mimi berkata dia tetap menghormati keputusan juri yang lebih arif dalam membuat penilaian untuk mengangkat dua orang juara kali ini dan ianya satu pengalaman luar kotak buat dirinya dan anggota lain One Nation Emcees.

one nation emcees gegar vagaza 6One Nation Emcees juga tidak meletakkan harapan untuk bergelar juara dan berpuas hati dengan kedudukan di tempat kelima. Apa yang penting, persembahan mereka pada malam final Ahad lalu berjalan lancar seperti yang diharapkan dan memberikan satu persembahan bak juara.

Sumber Berita : Media Hiburan

Advertisement