April 18th, 2018

Pengacara dan pelawak Jihan Muse mendakwa pernah di’sound tepek’ oleh pengkritik fesyen Zaihani Mohd Zain sebelum ini menyebabkan dia mengelak dari bersemuka dengan wanita itu.

Jihan menulis di Twitter:

Sementara itu kepada Astro Gempak, Zaihani akhirnya membuat penjelasan mengapa dia menulis status itu.

Status Facebook saya itu satu keluhan tentang apa yang saya telah dan sedang lalui ketika acara berkenaan.

Saya tidak menujukan status tersebut kepada sesiapa, menasihati atau menegur mana-mana pihak.

Apatah lagi untuk mengutuk individu yang memiliki berat badan berlebihan. No body shaming!

Saya berkongsi keluhan saya di Facebook dan berkongsi kepada kenalan rapat sahaja.

Malangnya, status itu disalah ertikan dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Saya tidak pasti berat badan sebenar lelaki itu, 60 kg sekadar anggaran saja. Jadi, 60 kg itu sebenarnya satu penjelasan betapa besarnya saiz badan dia berbanding saya yang hanya 50 kg.

Lelaki itu duduk terkangkang sehingga mengganggu ruang duduk saya menyebabkan saya rasa kurang selesa.

Untuk menegurnya pada waktu itu saya rasa kurang sesuai. Jadi, saya berkongsi keluhan itu di Facebook sahaja. Tidak sangka pula status itu disalah ertikan dan menjadi viral.

Sebenarnya, secara umum berat badan 60 kg adalah terlalu kurus untuk susuk lelaki yang biasanya mempunyai kerangka besar dan tinggi. Sebaliknya untuk wanita, berat 60kg seringkali dikaitkan dengan wanita yang berbadan gempal.

Apa pun nasi sudah menjadi bubur dengan pelbagai pihak menceritakan pengalaman buruk mereka berdepan dengan Zaihani atau lebih dikenali sebagai ‘Kak Zai’ di kalangan rakan-rakannya. Semoga perkara ini menjadi pengajaran buat semua. – beautifulnara.com

March 29th, 2017

Tanggal 20 Mac lepas, genaplah setahun usia perkahwinan Jihan Muse dan suaminya, Ungku Hariz. Seperti pasangan selebriti lain, Jihan juga tidak boleh lari dengan pertanyaan bila agaknya mereka akan menimang cahaya mata. Boleh dikatakan kerap juga Jihan diajukan dengan persolan tersebut.

Walaubagaimanapun, pengacara dan pelawak ini tidak pernah merasa tertekan mengenai soal cahaya mata. Jihan bersyukur keluarganya dan keluarga mertua cukup memahami.

Jihan dan Ungku Hariz tidak pernah merancang untuk mendapatkan cahaya mata dan menyerahkn soal itu kepada ketentuan illahi.

Alhamdulillah, sebelum berkahwin hingga sekarang, keluarga tidak pernah bertanya mengenai perkara ini. Kami berdua juga tidak merancang, sekiranya andai ada rezeki, kami tentunya menerima anugerah itu dengan tangan terbuka.

Sebenarnya isu cahaya mata ini sering kali diajukan oleh rakan media, keluarga tidak pula membuka mulut bertanya. Jadi, saya tidak pernah rasa tertekan berhubung hal ini kerana saya menyerahkan sepenuhnya kepada soal rezeki.

InshaAllah satu hari nanti Jihan dan Ungku Hariz ada rezeki untuk bergelar ibu dan bapa. Perkahwinan mereka juga masih baharu. Bagilah mereka guna peluang yang ada ini untuk terus merasa mood “honeymoon” tu. Hehe

Sumber Berita : BH ONLINE

March 20th, 2016

Seperti yang telah dimaklumkan, pelakon, pengacara dan pelawak Jihan Muse akan melangsungkan pernikahan dengan teman lelaki yang sudah menjalin hubungan dengannya selama sembilan tahun, Engku Hariz. pada hari ini.


 photo 12139610_1709870235916601_230346512_n.jpg

Dan malam kelmarin, telah belangsung Malam Berinai Jihan yang di Laman Qaseh, Ampang, Kuala Lumpur. Antara rakan artis yang hadir memeriahkan majlis berinai ini ialah Nabila Huda, Sharifah Sakinah, Marsha Milan dan Nad Zainal.
Masing-masing mengenakan kebaya warna terang menyebabkan majlis berinai ini kelihatan unik namun ceria.

Lagi 19 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Gambar-gambar ini ialah hasil kreativiti Project2PI.

Jom saksikan Slot Panggung Seni Ekstravaganza Muzikal Randai “Cindua Mato” pada 25, 26 dan 27 Mac ini di Panggung Sari,…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 6 March 2016


 photo 10832070_869506816494061_327202518_n.jpg
 photo 12826161_1540483942948788_1647051646_n.jpg
 photo 12822453_1685408261727205_1733952650_n.jpg
 photo 12818912_595603747282302_1666325731_n.jpg
 photo 12818928_1759057107660047_1399391361_n.jpg
 photo 12256688_1121113951263201_118228619_n.jpg
 photo 12819147_1109726699078385_1285654842_n.jpg
 photo 12798021_209814869378380_2125297255_n.jpg
 photo 12446064_577682285734213_1144449914_n.jpg
 photo 11380070_204117459956802_1130473715_n.jpg
 photo 10817604_1082748635122364_1550201676_n.jpg
 photo 10838343_1531911333771119_1803081397_n.jpg
 photo 11005220_948563968596219_1412103223_n.jpg
 photo 916044_1521898551452251_31005489_n.jpg
 photo 10727303_783047175163576_1273306618_n.jpg
 photo 10012558_347694025354207_1768832428_n.jpg
 photo 10296734_1514429268865010_1960978932_n.jpg
 photo 1389629_1577082775916176_1959771721_n.jpg
 photo 915658_1033604883377253_302287626_n.jpg

September 14th, 2015

Setelah lapan tahun menyulam cinta, ada berita mengatakan pasangan Jihan Muse dan Ku Hariz bakal berkahwin pada bulan hadapan. Ramai sudah peminat yang cukup teruja dengan berita baik tersebut dan mengucapkan tahniah kepada mereka berdua.

Semuanya bermula apabila sebuah ruangan gosip di akhbar tempatan melaporkan seorang teman baik pelawak terkenal tempatan akan pulang ke Malaysia bagi menghadiri majlis perkahwinan sahabatnya iaitu Jihan.

Namun, Jihan yang tidak tahu akan berita yang sudah viral itu sekaligus menafikan ia cuma khabar angin dan beliau tidak akan berkahwin dalam masa terdekat.

Walaubagaimanapun, beliau tidak merasa terkejut dengan gosip beliau bakal berkahwin kerana ini bukan kali pertama beliau dikaitkan dengan berita seperti itu.

Gosip berkenaan tidak benar. Cerita tentang saya hendak berkahwin bukan perkara baharu. Abaikan sahaja kerana ia tidak benar.

Rasanya timbul salah faham ini, Jihan pun tidak kenal siapakah individu yang mengakui beliau adalah kawan kepada beliau. Apa-apa pun, kami tetap mendoakan agar satu hari nanti hubungan Jihan dan Ku Hariz akan berkahir di jinjang pelamin.

Sumber Berita: mStar Online