April 18th, 2018

Pengacara dan pelawak Jihan Muse mendakwa pernah di’sound tepek’ oleh pengkritik fesyen Zaihani Mohd Zain sebelum ini menyebabkan dia mengelak dari bersemuka dengan wanita itu.

Jihan menulis di Twitter:

Sementara itu kepada Astro Gempak, Zaihani akhirnya membuat penjelasan mengapa dia menulis status itu.

Status Facebook saya itu satu keluhan tentang apa yang saya telah dan sedang lalui ketika acara berkenaan.

Saya tidak menujukan status tersebut kepada sesiapa, menasihati atau menegur mana-mana pihak.

Apatah lagi untuk mengutuk individu yang memiliki berat badan berlebihan. No body shaming!

Saya berkongsi keluhan saya di Facebook dan berkongsi kepada kenalan rapat sahaja.

Malangnya, status itu disalah ertikan dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Saya tidak pasti berat badan sebenar lelaki itu, 60 kg sekadar anggaran saja. Jadi, 60 kg itu sebenarnya satu penjelasan betapa besarnya saiz badan dia berbanding saya yang hanya 50 kg.

Lelaki itu duduk terkangkang sehingga mengganggu ruang duduk saya menyebabkan saya rasa kurang selesa.

Untuk menegurnya pada waktu itu saya rasa kurang sesuai. Jadi, saya berkongsi keluhan itu di Facebook sahaja. Tidak sangka pula status itu disalah ertikan dan menjadi viral.

Sebenarnya, secara umum berat badan 60 kg adalah terlalu kurus untuk susuk lelaki yang biasanya mempunyai kerangka besar dan tinggi. Sebaliknya untuk wanita, berat 60kg seringkali dikaitkan dengan wanita yang berbadan gempal.

Apa pun nasi sudah menjadi bubur dengan pelbagai pihak menceritakan pengalaman buruk mereka berdepan dengan Zaihani atau lebih dikenali sebagai ‘Kak Zai’ di kalangan rakan-rakannya. Semoga perkara ini menjadi pengajaran buat semua. – beautifulnara.com


84 responses to “Jihan Muse Pernah Kena ‘Sound Tepek’ Dengan Zaihani Mohd Zain”

  1. wickedsick says:

    Dia takut kena lempang so jadi keyboard warrior je…nenek kebayan ni..depan takut blakang…no manners old lady…lady ke?

Loading...