Jihan Muse Dan Ku Hariz Bakal Berkahwin Bulan Depan?

Hiburan

Jihan Muse Dan Ku Hariz Bakal Berkahwin Bulan Depan?

Setelah lapan tahun menyulam cinta, ada berita mengatakan pasangan Jihan Muse dan Ku Hariz bakal berkahwin pada bulan hadapan. Ramai sudah peminat yang cukup teruja dengan berita baik tersebut dan mengucapkan tahniah kepada mereka berdua.

Advertisement

Semuanya bermula apabila sebuah ruangan gosip di akhbar tempatan melaporkan seorang teman baik pelawak terkenal tempatan akan pulang ke Malaysia bagi menghadiri majlis perkahwinan sahabatnya iaitu Jihan.

Namun, Jihan yang tidak tahu akan berita yang sudah viral itu sekaligus menafikan ia cuma khabar angin dan beliau tidak akan berkahwin dalam masa terdekat.

Walaubagaimanapun, beliau tidak merasa terkejut dengan gosip beliau bakal berkahwin kerana ini bukan kali pertama beliau dikaitkan dengan berita seperti itu.

Gosip berkenaan tidak benar. Cerita tentang saya hendak berkahwin bukan perkara baharu. Abaikan sahaja kerana ia tidak benar.

Rasanya timbul salah faham ini, Jihan pun tidak kenal siapakah individu yang mengakui beliau adalah kawan kepada beliau. Apa-apa pun, kami tetap mendoakan agar satu hari nanti hubungan Jihan dan Ku Hariz akan berkahir di jinjang pelamin.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...