November 2nd, 2020

Personaliti TV dan juga pelawak, Jep Sepahtu tampil memberi amaran untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang mencipta akaun media sosial palsu dengan menggunakan namanya.

Menurut Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Bin Zainal Abidin,35, dia tidak pernah memiliki sebarang akaun Twitter dan hanya memiliki satu akaun rasmi di Facebook.

Dia turut meminta peminat dan orang ramai di luar sana agar tidak terpedaya dengan akaun palsu terbabit. Jep dilihat telah menyampaikan pesanan tersebut menerusi akaun Instagramnya, baru-baru ini.

“Tolong jangan terpedaya! Ini bukan page saya di Facebook. Saya juga tiada sebarang account di Twitter. Saya mohon apa sahaja account yang menggunakan nama saya tolong delete sebelum tindakan diambil. Kalau surat dah sampai maaf je la ye..”

Tambahnya lagi, isterinya yang juga pelakon Sari Yanti tidak memiliki akaun media sosial dan meminta individu yang mengambil kesempatan menggunakan namanya dan isteri supaya segera memadam akaun yang telah dibuat untuk mengelakkan orang ramai terpedaya.

Ini berikutan jumlah pengikut yang agak ramai di akaun palsu tersebut boleh mengakibatkan nama Jep dan Sari tercemar jika akaun tersebut melakukan sesuatu yang tidak elok dan tidak beretika.

July 22nd, 2020

Baru sahaja menimang cahaya mata yang kedua Jun lalu, pelawak dan penyampai radio terkenal Jep Sepahtu akhirnya mendedahkan wajah dan nama anak lelakinya itu, baru-baru ini.

Dia dilihat telah berkongsi sebuah video pendek menerusi laman instagram miliknya itu yang memaparkan keadaan terkini anak lelakinya itu dan turut berkongsi nama yang dipilih.

View this post on Instagram

Subhanallah?? anak abah Khidir @muhammadkhidirofficial ???. Tq @natalismothercare ??. Service memang tip top ??

A post shared by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on

“Subhanallah, anak abah Khidir @muhammadkhidirofficial. Tq @natalismothercare. Servis memang tiptop,”

Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin itu mendedahkan nama anaknya itu di ruangan kapsyen dan turut sempat memberi ucapan penghargaan kepada sebuah servis penjagaan ibu bersalin yang telah menjaga dan merawat isterinya, pelakon Sari Yanti.

View this post on Instagram

Terima kasih kesayangan abah @sariyanti @dariyainaraofficial #barr #baasit #khidir ??

A post shared by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on

View this post on Instagram

Last few days kita warded . Mama try kasi kita formula milk – kita allergic. Sekarang kita dah sihat alhamdulillah ??

A post shared by Khidir (@muhammadkhidirofficial) on

 Menyelusuri ruangan komen, ramai peminat dan rakan artis telah mengucapkan tahniah dan memuji kecomelan permata hati Jep dan Sari Yanti ini. Malah ada di antara komen peminat turut mendapat respon daripada Jep sendiri.

Pasangan ini juga turut membuka akaun Instagram khas buat Khidir dan sehingga hari ini akaun tersebut telah mempunyai lebih daripada 12,000 pengikut.

Jep dan Sari Yanti sebelum ini telah mendirikan rumah tangga pada Februari 2017 dan turut mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Dariya Inara.

February 25th, 2020

Selepas mengalami keguguran tahun lalu, pelakon Sari Yanti yang baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang ketiga bersama pelawak, Jep Sepahtu mengumumkan dirinya kini sedang hamil enam bulan.

sari yanti hamil

Berita gembira itu dikongsikan menerusi akaun Instagramnya dengan kapsyen luahan rasa syukur, bakal dikurniakan cahaya mata keempat tidak lama lagi.

Menerusi entri itu, Sari Yanti juga mengharapkan ikatan perkahwinan yang dibina akan dirahmati Allah SWT di dunia sehingga akhirat. Sempat lagi memuat naik nukilan romantis buat suami tercinta.

sari yanti umum hamil enam bulan sari yanti umum hamil enam bulan

Sari Yanti mendirikan rumah tangga bersama Jep pada 25 Februari 2017 dan hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Dariya Inara yang kini berusia hampir dua tahun.

Pelakon wanita itu turut mempunyai dua cahaya mata lelaki hasil daripada perkahwinan pertamanya.

Tahniah kami ucapkan kepada Sari Yanti dan Jep. Kami doakan agar ibu dan bayi didalam kandungan sentiasa sihat. Amin..

February 14th, 2018

Susulan perkongsian Fasha Sandha yang secara tidak sengaja memberitahu Sari Yanti sedang berbadan dua, pelawak Jep Sepahtu akhirnya mengesahkan isterinya sedang hamil anak sulung mereka.

Jep berharap peminat dapat mendoakan yang baik-baik buat Sari Yanti dan semoga proses kehamilan dan besalin nanti dipermudahkan.

Benar, isteri saya sedang hamil. Doakan yang baik-baik ya, semoga urusan kami dipermudahkan. Kepada yang mendoakan, terima kasih banyak-banyak…Hanya Allah S.W.T yang membalasnya.

Tahniah kami ucapkan kepada Jep dan Sari Yanti. Pasti peminat mereka gembira dengan berita ini. InshaAllah segalanya akan dipermudahkan buat mereka berdua dan kami mendoakan agar ibu dan bayi didalam kandungan sentiasa sihat.

Sumber Berita : Astro Gempak