Cipta Akaun Media Sosial Palsu, Jep Sepahtu Bakal Ambil Tindakan Jika Tidak Dipadam Individu Tidak Bertanggungjawab

Hiburan

Cipta Akaun Media Sosial Palsu, Jep Sepahtu Bakal Ambil Tindakan Jika Tidak Dipadam Individu Tidak Bertanggungjawab

Personaliti TV dan juga pelawak, Jep Sepahtu tampil memberi amaran untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang mencipta akaun media sosial palsu dengan menggunakan namanya.

Menurut Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Bin Zainal Abidin,35, dia tidak pernah memiliki sebarang akaun Twitter dan hanya memiliki satu akaun rasmi di Facebook.

Advertisement

Dia turut meminta peminat dan orang ramai di luar sana agar tidak terpedaya dengan akaun palsu terbabit. Jep dilihat telah menyampaikan pesanan tersebut menerusi akaun Instagramnya, baru-baru ini.

“Tolong jangan terpedaya! Ini bukan page saya di Facebook. Saya juga tiada sebarang account di Twitter. Saya mohon apa sahaja account yang menggunakan nama saya tolong delete sebelum tindakan diambil. Kalau surat dah sampai maaf je la ye..”

Tambahnya lagi, isterinya yang juga pelakon Sari Yanti tidak memiliki akaun media sosial dan meminta individu yang mengambil kesempatan menggunakan namanya dan isteri supaya segera memadam akaun yang telah dibuat untuk mengelakkan orang ramai terpedaya.

Ini berikutan jumlah pengikut yang agak ramai di akaun palsu tersebut boleh mengakibatkan nama Jep dan Sari tercemar jika akaun tersebut melakukan sesuatu yang tidak elok dan tidak beretika.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...