April 7th, 2017

Bersempena dengan hari jadi Jep Sepahtu yang ke 32 pada 9 April ini, semalam telah berlangsungnya sambutan awal bagi hari jadinya itu. Majlis itu diadakan secara sederhana tetapi tetap ada kemeriahannya.

Namun, yang menarik perhatian ramai ialah pandangan Sari Yanti yang tidak lekang memandang suaminya itu dengan penuh perasaan cinta dan kasih sayang yang teramat sangat selain rasa teruja yang jelas terpancar di wajah Sari Yanti.

Sambutan hari jadi Jep tahun ini semestinya amat bermakna dan meninggalkan memori indah kerana sudah bergelar suami.

Khas buat peminat pasangan ini, berikut kami sertakan beberapa lagi foto sekitar sambutan hari jadi Jep yang ke 32 dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : dvineplanner / weddingsbybasyir

March 6th, 2017

Tindakan Jep Sepahtu  dan Sari Yanti yang melarikan diri dari pihak wartawan ketika ingin ditemubual berkaitan pernikahan mereka mengundang kritikan sesetengah netizen. Video mereka melarikan diri itu menjadi trending di media sosial dan tular sejak beberapa hari lepas.

View this post on Instagram

Kenapa lari-lari ni. Nanti tersepak batu… jadi hal lain pulak hehe. Apa-apa pun buat Jep dan Sari Yanti… kami ucapkan selamat pengantin baru. Walaupun you all lari-lari… tapi tetap nampak sweet. Video penuh sila layari mStar Online. #mstaronlineofficial #mstaronline @jepsepahtu @sariyanti #jepsari #sarijep #hiburan #artisMalaysia

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on

Ada yang mengatakan, apa salahnya untuk Jep dan Sari memberikan sedikit kenyataan berkaitan perkahwinan mereka kerana ia adalah benda baik yang seharusnya dikongsi kepada umum apatah lagi mereka adalah “public figure” yang mempunyai jumlah peminat yang agak ramai.

Beberapa netizen berpendapat, Jep sepatutnya hormat juga dengan wartawan yang selama ini turut membantu menaikkan nama Jep didalam industri hiburan tempatan.

Berikut antara komen netizen :

Tidak mengapalah, mungkin Jep dan Sari masih lagi malu-malu untuk menjawab segala soalan wartawan. Biarlah mereka berbulan madu dan merasa nikmat pengantin baru dahulu. Ye dak?

Sumber Berita dan Video : Instagram mStar Online

February 15th, 2017

Sering dikaitkan bercinta dengan Sari Yanti sehingga timbul gosip kononnya mereka bakal bernikah pada 25 Februari ini, pelawak Jep Sepahtu sekali lagi memberitahu mereka hanya sekadar teman baik. Walaubagaimanapun, Jep mengakui beliau tidak menolak sekiranya Sari Yanti ditakdirkan untuk menjadi isterinya.

Buat masa ini, apa yang boleh saya katakan kami selesa bersama. Begitupun untuk mengatakan kami sering berjumpa tidak boleh juga. Masing-masing bekerja seperti biasa, namun begitu kami kerap juga berbalas mesej menerusi WhatsApp.

Apa yang penting, buat masa ini kami tiada sebarang komitmen. Cuma setakat ini, semuanya adalah menyenangkan dan tidak ada yang memeningkan kepala.  Dalam berkawan, saya mengharapkan sesuatu yang baik. Kalau betul dia (Sari Yanti) jodoh saya, tentunya saya mampu mengaminkan saja.

Dalam pada itu, Jep berkata beliau tidak mempunyai sebarang masalah andai jodoh dirinya sampai cepat atau lambat.

Meskipun begitu, saya tetap berharap dapat mengakhiri zaman bujang sebelum ibu bapa saya menutup mata.

Biarpun keluarga tidak bertegas dalam soal perkahwinan, namun ibu ada berkata, dirinya teringin untuk melihat saya mendirikan rumah tangga ketika hayatnya masih ada.

Andai ada jodoh tidak kemana, lagipun kalau rasa diri sudah sesuai bersama apa salah untuk membawa hubungan baik sebagai teman itu kepada tahap yang lebih lagi. Kalau benar-benar Jep dan Sari Yanti dapat bersatu di jinjang pelamin, kami pasti ramai yang akan mendoakan kebahagiaan anda berdua.

Sumber Berita : BH ONLINE

February 7th, 2017

Hujung minggu lalu, ada akhbar melaporkan Jep Sepahtu dan Sari Yanti bakal bertunang pada bulan ini tetapi semalam Jep menafikan gosip berkenaan dan menjelaskan mereka  berdua tidak mempunyai sebarang rencana untuk bertunang.

Peminat mula merasa hampa kerana sebelum ini mereka menyangka ungkapan “I love you” Sari Yanti kepada Jep di Insta Live membuktikan mereka sedang hangat bercinta.

Walaubagaimanapun, buat peminat Jep dan Sari Yanti, janganlah kecewa dahulu. Terbaru, Miss K menerusi portal Astro Gempak mendengar khabar angin bahawa Jep dan Sari Yanti sebenarnya bakal bernikah pada hari Sabtu 25 Februari ini bertempat di Damansara.

Jika berita ini benar, kami harap apa yang direncana oleh Jep dan Sari Yanti akan berjalan lancar. Kedua-duanya solo memang sesuai la kan?

Sumber Berita : Astro Gempak