Written by Bella | July 29th, 2019

Kontroversi berlian palsu yang melibatkan Datuk Seri Vida dan Aishah telah pun selesai, namun masih timbul lagi pelbagai isu. Lepas seorang  beri kenyataan, seorang lagi akan balas dan berterusan begitu.

Terbaru, DSV terkilan dan terguris hati dengan tindakan Aishah memperlekehkan nilai barang kemas berjumlah RM80,000 pemberiannya dengan menyamakannya dengan nilai 80 sen.

Terima kasih kerana kebaikan itu (memulangkan berlian asal yang dimenangi dalam kotak handmade). Tapi hati saya terguris, bila dia kata tak hadap barang kemas 80 sen.

Begitu mudah dia samakan nilai 80,000 tu macam 80 sen. Padahal Cik B yang tolong bayar guna duit jualan Salmon Salted Egg dia. Cik B buat kejutan untuk saya sebab Cik B memahami saya, tahu perjuangan dan kesedihan saya mengenai isu ini.

Sebelum ini, saya penuhi permintaan dia sebab berpegang pada nawaitu asal tapi sekarang keikhlasan saya tu mungkin dah kelaut. Saya amat terkilan.

DSV pada masa yang sama menafikan dakwaan, anak lelakinya hampir tertelan berlian bernilai RM40,000 sebagai perbuatan biadab. Apa yang berlaku tidak disengajakan, DSV tidak pernah mengajar anaknya untuk bersikap kurang ajar.

Ingatkan dia berterima kasih tapi perkara jadi makin teruk. Dia kata mak ayah dia tak ajar jadi kurang ajar. Saya pun tak ajar anak saya jadi kurang ajar tapi Kacak tertelan, tak sengaja buat macam tu. Saya ingat dia main-main rupanya nak makan nak telan batu berlian tu.

Terdahulu, DSV menerusi satu sidang media khas semalam menunjukkan berlian dan barangan kemas bernilai RM80,000 yang dipilih sendiri oleh Aishah sebelum diserahkan melalui peguamnya di sebuah kedai emas di Bangsar. Jutawan kosmetik itu sempat  membuat gimik apabila memasukkan dua berlian ke dalam balang makanan ringan.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | July 18th, 2019

Baru sahaja kita mendengar berita kemelut antara penyanyi Aishah dan Datuk Seri Vida sudah selesai, kini timbul pula isu baharu.

Aishah mendakwa tindakan DSV yang mempamerkan dan meletakkan dua berlian bernilai RM27,100 dan RM12,920 di dalam balang keropok sebelum diserahkan kepadanya adalah satu penghinaan.

Saya hanya minta hak, tapi diperlekehkan sebegitu rupa. Kasihankan menjadi artis? Anda sendiri boleh tengok keikhlasan orang. Pernah ke orang bagi barang tapi letak dalam kerepek dulu dan campak.

Bagi saya ini penghinaan dan diperlekehkan. Dari awal lagi saya dan suami dikatakan tidak menyempat mahu memilih barang kemas sedangkan jadual padat dan masa itu saja yang ada. Tak perlu nak perlekehkan macam kita tak pernah jumpa berlian.

Menurut Aishah, dia tidak tahu menahu mengenai sidang media yang diadakan oleh DSV. Pada masa yang sama, Aishah turut menafikan dirinya terdesak untuk memiliki berlian tersebut.

Hari ini memang tarikh akhir penyerahan barangan kemas seperti yang dipersetujui pada sesi mediasi. Lagi satu, kami pergi ke kedai emas ini selepas mediasi kerana petang itu kami memang berkelapangan.

Saya nak jumpa peguam pun masing-masing sibuk, jadi kami terus ke sana. Bukan pasal kami lahap sangat barang ini. Lagipun bukannya dapat ambil terus. Saya difahamkan, baru hari ini dia menyelesaikan bayaran iaitu hari terakhir ikut perjanjian.

Terdahulu, DSV menerusi satu sidang media khas semalam menunjukkan berlian dan barangan kemas bernilai RM80,000 yang dipilih sendiri oleh Aishah sebelum diserahkan melalui peguamnya di sebuah kedai emas di Bangsar. Jutawan kosmetik itu sempat  membuat gimik apabila memasukkan dua berlian ke dalam balang keropok.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : mStar Online

Written by Bella | July 18th, 2019

Selepas timbul pelbagai isu sebelum ini, akhirnya jutawan kosmetik Datuk Seri Vida telah menyerahkan barang kemas dan berlian bernilai RM80,000 seperti yang dituntut oleh penyanyi Aishah.

DSV menerusi satu sidang media khas, mempamerkan lima jenis barang kemas yang dipilih Aishah terdiri daripada dua butir berlian dan tiga bentuk cincin termasuk satu cincin lelaki.

Menurutnya, dia sendiri berbesar hati menyerahkan sepenuhnya kepada Aishah untuk membuat pilihan barang kemas seperti yang diinginkan.

Saya berbesar hati untuk memenuhi tuntutan Aishah walaupun sebenarnya bukan tuntutan, tetapi adalah keinginan asal saya sendiri untuk memberikan sesuatu yang menggembirakan Aishah sebagai juara GV.

Berang kemas ini dipilih oleh Aishah sendiri dan peguam saya akan menyerahkan kepadanya di kedai emas.

DSV berharap kemelut dakwaan pemberian palsu sebagai hadiah di Gegar Vaganza 4 akan berakhir selepas dia menyerahkan barang kemas tersebut.

Saya harap penyerahan barang kemas ini akan menamatkan semua kemelut dan isu yang melanda. Kalau saya jumpa dia pun lepas ini, tidak ada masalah, saya boleh tanya macam mana berlian?.

Terdahulu, kontroversi serta kemelut Aishah dan DSV bermula apabila penyanyi yang terkenal menerusi lagu Janji Manismu itu mendedahkan hadiah barangan kemas yang bernilai RM80,000 tajaan DSV dalam Gegar Vaganza 4 adalah palsu. Hadiah itu didakwa bukan tulen selepas mengadakan pemeriksaan di kedai emas. Pelbagai isu mula timbul selepas itu dan akhirnya Aishah membuat keputusan untuk membawa kes tersebut ke mahkamah.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | July 5th, 2019

Tidak mahu berselindung, penyanyi Aishah mengakui status sindiran tentang rakan artis yang tidak mahu membantunya ketika ditimpa masalah kemelut dengan DSV  sememangnya ditujukan kepada pengacara, Jihan Muse.

Aishah menjelaskan, bukan sahaja Jihan tetapi Nabil Ahmad juga sepatutnya menjadi saksi dan dikehendaki hadir ke mahkamah bagi kes tuntutan terhadap DSV memandangkan mereka juga berada di pentas Gegar Vaganza 4 dan menghadiahkan barangan kemas tajaan DSV. Bagaimanapun, Aishah tidak mendapat kerjasama daripada pihak berkenaan.

Memang saya tulis status tersebut untuk ditujukan kepada Jihan sebab dia dan Nabil sepatutnya disepina supaya hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan. Malangnya, pihak peguam saya susah nak sampaikan sepina itu hinggakan peguam dan bercadang untuk keluarkan iklan untuk cari dia.

Segala urusan yang kami buat semua dalam lingkungan yang dibenarkan oleh undang-undang. Bukan saja-saja nak minta sesiapa masuk campur. Mereka berdua disepina sebab berada di pentas GV4 dan mereka juga mengumumkan hadiah pemenang termasuk hadiah barang kemas tajaan DSV.

Namun, selepas kes tersebut selesai dan kemenangan berpihak kepadanya, barulah Jihan hendak menghubungi peguam yang mewakili Aishah dan memberikan kerjasama.

Jihan tidak menghubungi saya tapi pengurus dan dia sendiri ada hubungi peguam selepas kes selesai.

Terdahulu, Aishah seakan tersinggung dengan kenyataan Jihan yang didakwa menyindir dengan menyifatkan dirinya dan DSV adalah dua gajah sedang bergaduh dan dirinya ibarat pelanduk menjadi mangsa tersepit di tengah-tengah.

Sumber Berita : mStar Online