Written by Bella | July 18th, 2019

Selepas timbul pelbagai isu sebelum ini, akhirnya jutawan kosmetik Datuk Seri Vida telah menyerahkan barang kemas dan berlian bernilai RM80,000 seperti yang dituntut oleh penyanyi Aishah.

DSV menerusi satu sidang media khas, mempamerkan lima jenis barang kemas yang dipilih Aishah terdiri daripada dua butir berlian dan tiga bentuk cincin termasuk satu cincin lelaki.

Menurutnya, dia sendiri berbesar hati menyerahkan sepenuhnya kepada Aishah untuk membuat pilihan barang kemas seperti yang diinginkan.

Saya berbesar hati untuk memenuhi tuntutan Aishah walaupun sebenarnya bukan tuntutan, tetapi adalah keinginan asal saya sendiri untuk memberikan sesuatu yang menggembirakan Aishah sebagai juara GV.

Berang kemas ini dipilih oleh Aishah sendiri dan peguam saya akan menyerahkan kepadanya di kedai emas.

DSV berharap kemelut dakwaan pemberian palsu sebagai hadiah di Gegar Vaganza 4 akan berakhir selepas dia menyerahkan barang kemas tersebut.

Saya harap penyerahan barang kemas ini akan menamatkan semua kemelut dan isu yang melanda. Kalau saya jumpa dia pun lepas ini, tidak ada masalah, saya boleh tanya macam mana berlian?.

Terdahulu, kontroversi serta kemelut Aishah dan DSV bermula apabila penyanyi yang terkenal menerusi lagu Janji Manismu itu mendedahkan hadiah barangan kemas yang bernilai RM80,000 tajaan DSV dalam Gegar Vaganza 4 adalah palsu. Hadiah itu didakwa bukan tulen selepas mengadakan pemeriksaan di kedai emas. Pelbagai isu mula timbul selepas itu dan akhirnya Aishah membuat keputusan untuk membawa kes tersebut ke mahkamah.

Sumber Berita : mStar Online

24 responses to Kemelut Selesai, DSV Pamer Barang Kemas Pilihan Aishah Bernilai RM80,000

  1. Anonymous says:

    “SAYA hanya minta hak, tapi diperlekehkan sebegitu rupa. Kasihankan menjadi artis?,” kata penyanyi, Aishah mengenai tindakan ahli perniagaan terkenal, Datuk Seri Vida yang menayang dan meletakkan dua berlian berharga masing-masing RM27,100 dan RM12,920 di dalam keropok.

    Aishah, 54, atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin berkata, dia juga tidak tahu menahu mengenai sidang media yang dibuat ahli perniagaan itu.

    Menurut Aishah yang popular menerusi lagu Janji Manismu, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman tidak sepatutnya mempertikaikan hadiah barang kemas sebagai hadiah tambahan kerana ia sudah dimasukkan dalam senarai hadiah pemenang pada minggu ketujuh Gegar Vaganza musim keempat (GV4).

    “Anda sendiri boleh tengok keikhlasan orang. Pernah ke orang bagi barang tapi letak dalam kerepek dulu dan campak.

    “Bagi saya ini penghinaan dan diperlekehkan. Dari awal lagi saya dan suami dikatakan tidak menyempat mahu memilih barang kemas sedangkan jadual padat dan masa itu saja yang ada. Tak perlu nak perlekehkan macam kita tak pernah jumpa berlian,” katanya kepada Harian Metro.

    ..so ikhlas ke x..

    3

    0
    • Anonymous says:

      Dia bukan buh dalam kerepek, tp dalam salmon skin tu sbb hargai Cik B tlg sedekahkan rm100k hasil jualan salmon skin tu… Adoiii.. husnuzon ckit chaa…

      5

      15
      • Anonymous says:

        Tu la tuh.. dh pilih sendiri kan.. apr lg x puashati nye? Xpyh nk terhina sgt…salmon skin tu mahal.. bkn kopok psr mlm

        1

        3
  2. Fifi says:

    Lain kali nk bg berlian ke apa biar yg ori ye…. siapa pun yg terima barang palsu mesti hangin…

    23

    0
    • wilson says:

      vida pun kena tipu dgn tauke berlian…nak mengaku malu…ntah2, semua berlian yg dia beli adalah palsu…rugi tauke berlian, tak dpt tipu karirpap vida
      mah badak sya tak tahu, adakah tauke berlian lubanan tipu juga? dgn mah badak jgn main2, di bomohnya kau nnti

      4

      3
      • Anonymous says:

        AKU ADA FIRASAT SI VIDA AKA MAKCIK BUNIAN MEMANG DAH KENA TIPU HARGA BERLIAN2 YG DIA BELI..BAIK CHEK MAKCIK…NI BARU AISYAH PUNYA BLUM LAGI BAYK2 YG MAKCIK BUNIAN BELI…
        MORAL OF THE STORY..ORANG MELAYU LEBIH2 LAGI ORANG MACM MAKCIK BUNIAN MEMANG SENANG KENA TIPU..GEDIK LEBIH..OTAK KOSONG..MEMALUKAN BANGSA JER….??

        1

        0
      • Anonymous says:

        Diamana bole org tipu msti di bunyi 1 dunia. Org educated ada lawyer mana nk biarkn org tipu. Hrg bkn murah jgn jd bodoh la dan nk crita bodoh2kn org la

        0

        0
  3. mcm2 says:

    hmmm yg aisyah rse cara penyerahan awk tu melalui kerepek. mcm xde nilai je harge brg tu. bia la aicah. awk ambik jela ye.. setel prob

    3

    4
    • Anonymous says:

      sudah dapat, dpatlah kan, mcm2 hal pulak, dlm kerepeklah, mkin melalut dn cerewet benar si aisyah ni.
      Sudh lah kak..dh dpt senyaplah.
      Lpas ni cari tpk tanah bunglow pulak..agar semua yg u x puas hati jdi puas hati.

      2

      23
      • Anonymous says:

        cube kalau ko menang barangan pastu ditipu, pastu bila dapat yg btul diperlekehkan pulak barangan bernilai puluh2 ribu aku bagi dalam keropok or buat mcm makanan je, ko x sakit hati ke? unless ko x kisah laa maruah ko org have2 ni pijak2

        30

        0
      • Anonymous says:

        Kau ingt aisyah terhegeh2 sgt ke dgn berlian?..aisyah cuma nk kasi ajar orang2 macm makcik bunian ni…(Nama vida skg..kerana pakaian dia dh macm orang bunian)..
        Kalau tk di hajar besok2 tipu lagi..dahlah tu riak memanjang..ada ke makcik bunian tu kata..”dah tk ada apa2 lagi dgn aisyah..kalu saya jumpa pun saya akan tanya berlian macm mana?”
        Kau igt aisyah tu kemaruk berlian ke makcik ooi?…..makcik bunian..makcik bunian..ish..ish..ish..insaflah wooi..

        13

        0
  4. Anonymous says:

    elok laa mcm tu… bagi yg betui..
    dsv lenkali jgn suka tipu org naaa.. duit harta memang xleh masuk kubur tp attitude tu yg org kenang..

    17

    0
  5. Anonymous says:

    “SAYA hanya minta hak, tapi diperlekehkan sebegitu rupa. Kasihankan menjadi artis?,” kata penyanyi, Aishah mengenai tindakan ahli perniagaan terkenal, Datuk Seri Vida yang menayang dan meletakkan dua berlian berharga masing-masing RM27,100 dan RM12,920 di dalam keropok.

    Aishah, 54, atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin berkata, dia juga tidak tahu menahu mengenai sidang media yang dibuat ahli perniagaan itu.

    Menurut Aishah yang popular menerusi lagu Janji Manismu, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman tidak sepatutnya mempertikaikan hadiah barang kemas sebagai hadiah tambahan kerana ia sudah dimasukkan dalam senarai hadiah pemenang pada minggu ketujuh Gegar Vaganza musim keempat (GV4).

    “Anda sendiri boleh tengok keikhlasan orang. Pernah ke orang bagi barang tapi letak dalam kerepek dulu dan campak.

    “Bagi saya ini penghinaan dan diperlekehkan. Dari awal lagi saya dan suami dikatakan tidak menyempat mahu memilih barang kemas sedangkan jadual padat dan masa itu saja yang ada. Tak perlu nak perlekehkan macam kita tak pernah jumpa berlian,” katanya kepada Harian Metro.

    4

    0
  6. Jjay says:

    Jgn biarkan makcik ni taja GV lagi .Dasar dasar penipuuu

    5

    0
  7. Anonymous says:

    kalau beri brg palsu, maka dpt cinta pun palsu..cayolah..

    2

    0
  8. Anonymous says:

    masalahnya..yang kau suap berlian tu sekali dgn salmon skin chips dlm mulut anak kau..lepas tu..anak kau luah balik..then kau nak bagi kat orang???? apa tuuu

    15

    0
  9. Anonymous says:

    dari dulu aku mmg x berkenan dgn DSV ni, mcm mental prob pon ade. sudahla ko menipu org tu, pastu bila nak bagi btul2 punye ko bagi ibarat bende tu takde harga je ko buat main2. no wonder lah kawen cerai kawen cerai, kalau org lain pon ko pijak2 maruah diri die, inikan life partner ko. cube laa insaf sikit diri tu dah pernah kehilangan 2 org anak, cube laa bawak muhasabah sikit diri tu n dekatkan diri dgn tuhan. ini makin ligat n perli sana sini ibarat yg si miskin ni mcm papa kedana sgt je.

    20

    0
  10. Anonymous says:

    takpe kak aisyah, kemenangan tu 1 kepuasan utk org yg takde ape2 tapi diberi akal utk tegakkan kebenaran. die buat mcm tu seolah nak tunjuk yg diri die tu hebat n duit tu segalanya bagi die. tapi puas ke hati die? malah lebih dapat kejian n makian org lg ade lah. kalau nak bagi tu biarlah dgn cara yg betul. bukan sumbat bende tu dlm keropok ke makanan ke ibarat ko x heran sgt dgn nilai dia. kalau x heran knp nak tipu awalnye/

    4

    0
  11. Anonymous says:

    isu ni akan berpanjangan…
    mcm2kes:-
    1. Berlian palsu –dh selesai hari ini 17/7/2019.
    2. Penghinaan penyerahan-akan menyusul..

    0

    1
  12. tak berkenan says:

    brg kemas yg ni dah confirm ori ke?? jgn pulak mendapat yg pelesu lagi…tlg la jgn bagi nenek DSV ni menaja apa2 program live kt tv pasni…kemurungan semua rakyat marhaen

    4

    0
  13. abang jatt says:

    kalo aku jadi Aishah..lepas je DSV bgi berlian tu aku sedekah terus kat badan kebajikan..ingat kemaruk sgt kn berlian padahal Aishah tuntut hak

    3

    0
  14. Anonymous says:

    Ambik dr sudut positif la aishah oiii… dh cikB bg guna duit salmon skin tu, tu yg dsv letak camtu… dh dpt ikut hajat kan.. dah2 la

    0

    1

Leave a Comment

Optional