Tidak mahu berselindung, penyanyi Aishah mengakui status sindiran tentang rakan artis yang tidak mahu membantunya ketika ditimpa masalah kemelut dengan DSV sememangnya ditujukan kepada pengacara, Jihan Muse.
Aishah menjelaskan, bukan sahaja Jihan tetapi Nabil Ahmad juga sepatutnya menjadi saksi dan dikehendaki hadir ke mahkamah bagi kes tuntutan terhadap DSV memandangkan mereka juga berada di pentas Gegar Vaganza 4 dan menghadiahkan barangan kemas tajaan DSV. Bagaimanapun, Aishah tidak mendapat kerjasama daripada pihak berkenaan.
Memang saya tulis status tersebut untuk ditujukan kepada Jihan sebab dia dan Nabil sepatutnya disepina supaya hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan. Malangnya, pihak peguam saya susah nak sampaikan sepina itu hinggakan peguam dan bercadang untuk keluarkan iklan untuk cari dia.
Segala urusan yang kami buat semua dalam lingkungan yang dibenarkan oleh undang-undang. Bukan saja-saja nak minta sesiapa masuk campur. Mereka berdua disepina sebab berada di pentas GV4 dan mereka juga mengumumkan hadiah pemenang termasuk hadiah barang kemas tajaan DSV.
Namun, selepas kes tersebut selesai dan kemenangan berpihak kepadanya, barulah Jihan hendak menghubungi peguam yang mewakili Aishah dan memberikan kerjasama.
Jihan tidak menghubungi saya tapi pengurus dan dia sendiri ada hubungi peguam selepas kes selesai.
Terdahulu, Aishah seakan tersinggung dengan kenyataan Jihan yang didakwa menyindir dengan menyifatkan dirinya dan DSV adalah dua gajah sedang bergaduh dan dirinya ibarat pelanduk menjadi mangsa tersepit di tengah-tengah.

xxx
July 10, 2019 at 12:06 pm
Well done aisyah. memang patut dicanangkan supaya org tahu sapa lawan dan sapa kawan supaya mereka boleh berhati2 di masa hadapan. I sokong tindakan you.
whatever
July 9, 2019 at 1:00 pm
dah tua da pn aishah oi….xpyhla dah nak nyanyi2 bgai ni…kot ye pminat2 request….bt ibadat je lg bgus…yg jihan pn, jgn jd talam sgt lah…..be careful next time k
TheSeeker
July 8, 2019 at 4:57 pm
Oh, dunia ini penuh kepalsuan
Oh, mungkinkah tiada keikhlasan?
Apakah ini suatu pembalasan?
Kusedar kebesaranMu
Tuhan
#lidahtidakbertulang
#sesungguhnyakata-kataitulebihtajamdaripedang
#manusia yangbermasalah,binatangyangdapattempias