October 7th, 2020

Adakah anda seorang yang gemar mendengar muzik?

Atau anda memang kaki tengok drama dan filem?

Mungkinkah anda juga sering inginkan “me time” tanpa sebarang gangguan termasuklah bunyi bising?

Jika jawapan anda adalah “ya” untuk salah satu soalan di atas, maka anda wajib memiliki HUAWEI FreeBuds Pro yang merupakan fon telinga TWS pertama di dunia dengan pembatalan bunyi pintar secara dinamik.

Dengan harga hanya RM699, anda boleh enjoy sepenuhnya lagu-lagu dan drama-drama tontonan walaupun ada sebuah helikopter yang sedang terbang dengan penuh kebisingan berhampiran anda.

huawei freebuds pro

HUAWEI FreeBuds Pro akan hadir ke HUAWEI Store bermula 10 Oktober ini bersama-sama dengan WATCH GT 2 Pro and MatePad T 10s, yang masing-masing berharga RM1,199 dan RM999. Untuk lebih berjimat dan mendapat rebat RM100 serta-merta , bermula 5 Oktober yang lalu, anda boleh menebus kod kupon rebat melalui HUAWEI Member Center.

Kod ini hanya boleh digunakan di HUAWEI Experience Stores (HES)* terpilih dan pada 10 & 11 Oktober 2020 sahaja. Memang inilah masa terbaik untuk anda menjadi pemilik HUAWEI FreeBuds Pro yang sangat awesome ini.

huawei freebuds pro

Benda yang paling best tentang HUAWEI FreeBuds Pro ini ialah ia secara bijak akan mengesan keadaan sekeliliing dan mempertingkatkan pengalaman pembatalan bunyi anda.

Dua mikrofon yang tertetak di dalam dan luar fon telinga akan memantau bunyi sekeliling dan bertukar secara automatik ke “mode” pembatalan bunyi di antara Ultra Mode, Cozy Mode dan General Mode. Kesannya, anda akan dapat menikmati apa yang sedang anda dengarsecara optimum.

Ultra Mode

Jika anda seorang kaki travel, anda pasti menyukai Ultra Mode. Sambil berbaring merehatkan badan di atas kapal terbang/bas, anda boleh menenangkan diri mendengar lagu kegemaran tanpa sebarang gangguan luar. Pada masa ini HUAWEI FreeBuds Pro boleh mencapai pembatalan bunyi sehingga 40dB. Senang cakap, memang tak dengar la bunyi enjin bas ke, kapal terbang ke. Dalam tak sedar terus tertidur.

Cozy Mode

Kalau anda jenis dengar lagu ketika bekerja di pejabat, memang Cozy Mode ini wajib anda gunakan. Ia mengurangkan bunyi kertas bertaburan, bunyi taipan, bunyi komputer ditutup buka serta bunyirakan-rakan sepejabat anda berborak. Tapi tak adalah sampai tak dengar bila boss panggil. Barulah anda boleh fokus 100% menyiapkan tugasan yang diberi.

General Mode

Sekiranya anda yang bekerja “on-the-go” dan sering lepak di kedai kopi, restoran ataupun shopping kompleks, General Mode adalah pilihan terbaik untuk anda mengurangkan segala jenis bunyi di sekeliling kawasan tersebut. Memang anda akan lebih tenang dan tidak terganggu dengan bunyi-bunyi bising yang lain. Best kan?

Sebagai kesimpulan, HUAWEI FreeBuds Pro ini menawarkan pengalaman bunyi yang sempurna dengan keselesaan, penuh bergaya dan fungsi bijak automatik. Siap ada dual-antenna Bluetooth untuk memastikan kestabilan sambungan anda. Last but not least, fon telinga ini juga hadir dengan Awareness Mode dan Voice Mode yang membolehkan anda berinteraksi dengan orang sekeliling tanpa menanggalkan HUAWEI FreeBuds Pro anda. Power gila kan?

Cuba tengok video ni, memang terbaik ciri-ciri Huawei FreeBuds Pro.

Seperti yang dimaklumkan di atas, selain daripada HUAWEI FreeBuds Pro ini, HUAWEI turut sama akan melancarkan HUAWEI WATCH GT 2 Pro dan MatePad T 10s bermula 10 Oktober ini.

Jam pintar terbaru HUAWEI ini juga datang dengan rekabentuk yang cukup premium dan ciri-ciri unik seperti Sports Plus Health Monitoring, mod sukan dan macam-macam lagi yang memang sesuai untuk mereka yang aktif.

Ini pilihan warna yang bakal ditawarkan.

Product Colour** RRP (RM) Freebies*
HUAWEI FreeBuds Pro Ceramic White, Silver Frost 699 Casing and mini speaker
HUAWEI WATCH GT 2 Pro Night Black 1,199 Watch strap
HUAWEI MatePad T 10s Deep Sea Blue 999 Flip cover

Sekali lagi diingatkan anda boleh menebus kupon rebat serta-merta bernilai RM100 untuk HUAWEI FreeBuds Pro dan HUAWEI WATCH GT2 pro menerusi Member Center Rewards. Kupon ini hanya boleh digunakan pada 10 dan 11 Oktober di HUAWEI Experience Stores terpilih dan selagi stok masih ada. Jadi kena cepat-cepat buat keputusan untuk membeli kedua-dua produk ini.

huawei watch gt2

Maklumat lanjut layari Facebook HUAWEI Malaysia dan juga laman web HUAWEI. Selamat mencuba!

**Warna SilverFrost Mempunyai Jumlah Stok Terhad
*Sementara Stok Masih Ada

July 24th, 2020

Ha, adakah anda sedang mencari sebuah telefon pintar untuk kegunaan harian?

Tentu anda mahukan sebuah telefon yang berkuasa, rekaan menarik serta pantas kan?

Tapi yang PALING PENTING, harga mestilah berbaloi. Betul tak?

Jeng, jeng, jeng. Kini anda boleh memiliki HUAWEI nova 7 SE, sebuah telefon pintar 5G yang pastinya sempurna untuk anda pada harga HANYA RM1 sahaja.

Ya betul, cuma RM1 sahaja. Bermula dari 24 Julai 2020, anda hanya perlu ke cawangan Maxis berhampiran untuk dapatkan telefon pintar 5G ini dengan hanya membayar sekeping wang kertas berwarna biru. Inilah TAWARAN terhebat, awesome dan paling tak masuk akal hasil kerjasama HUAWEI dan MAXIS.

Dengan 4 kamera AI 64MP, fungsi Super Night Selfie dan Dual-View Video Mode, HUAWEI nova 7 SE ini memaksimumkan penggunaan lensa kamera hadapan dan belakang untuk mengabadikan detik-detik hidup anda. Hadir dengan 3 pilihan warna iaitu Space Silver, Crush Green dan Midsummer Purple, telefon pintar 5G ini memang sesuai untuk pengguna muda yang penuh keyakinan tanpa mengira masa dan tempat. Dengan pelbagai lagi ciri-ciri lain, anda pasti berpuas hati apabila memiliki HUAWEI nova 7 SE pada harga RM1 sempena tawaran istimewa HUAWEI dan Maxis ini.

Tawaran siri HUAWEI nova 7

HUAWEI nova 7 dan HUAWEI nova 7 SE adalah telefon pintar 5G paling mampu milik serta model terbaru di dalam keluarga HUAWEI. Sekali tengok pun memang boleh jatuh cinta dibuatnya, lebih-lebih lagi jika anda seorang yang suka ber”OOTD” dan mahu kelihatan lebih bergaya sambil memegang telefon anda. Sekali lagi dimaklumkan yang anda boleh dapatkan HUAWEI nova 7 SE pada harga RM1 (tertakluk pada terma dan syarat), sementara HUAWEI nova 7 boleh menjadi milik anda dengan bayaran CUMA RM39 setiap bulan. Berbaloi-baloi kan?

Sila tengok gambar rajah di bawah untuk harga yang lebih terperinci:-

Bukan itu sahaja, ada juga tawaran “Buy 1, Free 1” untuk HUAWEI P40 & P40 Pro. Tidak ketinggalkan tawaran ISTIMEWA untuk HUAWEI Y6p.

HUAWEI Y6p boleh menjadi milik anda dengan harga RM99 sahaja. Murah kaw-kaw!

Jika selama ini anda termimpi-mimpi ingin memiliki HUAWEI P40 Pro+ yang merupakan telefon pintar TERHEBAT HUAWEI, akhirnya peluang anda sudah tiba. Dengan bayaran hanya RM119/sebulan, ia boleh menjadi milik anda:-

C:\Users\c84163752\AppData\Local\Microsoft\Windows\INetCache\Content.Word\Huawei x Maxis Carousel_option1_3 (2).jpg

Nikmati Widget Petal Search, Member Center Rewards dan banyak lagi

Mencari dan memuat turun aplikasi di kesemua telefon HUAWEI kini lebih selesa, mudah dan pantas, terima kasih kepada widget Petal Search. Siap dipasang di dalam siri HUAWEI nova 7, HUAWEI AppGallery adalah App Store ketiga terbesar di dunia dengan 400 juta pengguna aktif bulanan yang mempunyai ribuan aplikasi untuk memenuhi keperluan anda.

Sekiranya anda seorang yang suka berkongsi aktiviti seharian, memuat naik gambar OOTD atau berhubung dengan yang tersayang secara atas talian, anda boleh memuat turun aplikasi seperti Facebook, Whatsapp, Instagram dan TikTok menerusi HUAWEI AppGallery ini. Memang mudah, pantas dan selamat.

Last but not least, untuk semua warga Pulau Pinang atau sekiranya anda berada di negeri itu sehingga 12 Ogos 2020 ini, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan tiket parking percuma bernilai RM5 yang boleh ditebus menerusi HUAWEI AppGallery. Selain itu anda juga boleh menebus sehingga 2TB HUAWEI Cloud Storage (untuk tempoh sebulan) bagi menyimpan kesemua gambar, video dan data anda (tawaran ini sah sehingga 31 Disember 2020). Jadi orang Penang, jangan lepaskan peluang keemasan ini tau.

Nova 7SE & WiFi AX3 - Post Ads (1080 X 1400px)

Jadi tunggu apa lagi? Inilah masa terbaik untuk anda membeli sebuah telefon pintar terbaru dengan segera ke cawangan Maxis berdekatan. RM1 je dah boleh dapat HUAWEI nova 7 SE. Siap ada hadiah percuma bernilai sehingga RM1,315 lagi. Nak lagi syok, beli sekali HUAWEI WiFi AX3 pada harga RM299 untuk lajukan lagi capaian internet anda di rumah.

Barulah syok layan K-drama tanpa tersekat-sekat. Jom ramai-ramai kita serbu hujung minggu ini! Maklumat lanjut layari laman rasmi HUAWEI

June 5th, 2020

Tahun ini Hari Raya Aidilfitri diraikan dalam keadaan norma baharu yang tidak pernah kita jangkakan akan berlaku. Tiada kunjung mengunjung, tiada rumah terbuka dan tidak boleh pulang ke kampung halaman. Tambah menyedihkan, ada yang terpaksa berhari raya seorang diri kerana tidak sempat pulang ke pangkuan keluarga tercinta sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Namun, kesemua dugaan dan cabaran ini tidak menghalang umat Islam di Malaysia untuk menyambut hari raya dengan gembira. Kemeriahan dan kehangatan di pagi Aidilfitri tetap terasa walaupun hanya disambut dengan keluarga terapat sahaja. Dan sesungguhnya • Hari Raya lebih bermakna dengan adanya Huawei Y6p, telefon baharu oleh Huawei yang ditawarkan pada harga RM559 – harga berpatutan tetapi padat dengan ciri-ciri terbaharu serta canggih.

Sesuai dipadankan dengan baju raya

Walaupun ramai yang bersedih tidak dapat pulang ke kampung untuk berhari raya, Aidilfitri kali ini tetap meriah dengan panggilan video sesama sanak saudara sepanjang Syawal ini. Dengan skrin dan bateri yang besar, Huawei Y6P membolehkan kita melihat dengan lebih jelas dan lebih lama wajah mereka yang dirindui. Nak simpan gambar dan video OOTD hari raya pun tak ada masalah kerana ruang storan HUAWEI Y6P memang besar. Selain itu, Y6p mempunyai 3 warna menarik iaitu Emerald Green, Phantom Purple dan Midnight Black yang sesuai ipadankan dengan apa jua jenis baju raya anda, sekaligus memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri.

Panggilan video bersama yang tersayang

huawei y6p dew drop display

Walaupun yang tersayang berada jauh di mata, mereka tetap sentiasa dekat di hati dengan Huawei Y6P yang mempunyai skrin bersaiz 6.3 inci dengan resolusi 1600×720. Anda akan terasa amat selesa untuk membuat panggilan video dengan yang tersayang sepanjang bulan Syawal ini untuk bermaaf-maafan dan bertanya khabar.

Rakam memori di Aidilfitri

Aidilfitri kali ini pastinya penuh dengan kelainan kerana PKP, jadi kita tidak boleh terlepas peluang untuk merakamkan segala memori sepanjang Syawal ini. Untuk makluman, Huawei Y6p didatangkan dengan kamera belakang 13MP dan kamera hadapan 8MP, sesuai untuk mengambil gambar dan video pada Hari Raya. Inilah masanya untuk anda merakamkan i video ibu sedang memasak dan hantarkannya kepada adik beradik lainyang tidak dapat balik berhari raya bersama. Y6p juga mempunyai ruang memori besar iaitu 64GB yang boleh menyimpan gambar dan video yang banyak. Jadi anda wajib ambil gambar berpakaian sedondon sebanyak yang boleh untuk tatapan ahli keluarga lain. Last but not least, pelanggan Huawei yang membeli peranti Y6p layak untuk mendapatkan 15GB storan awan secara percuma selama 12 bulan . Jadi anda tidak perlu risau sama ada cukup storan untuk semua video dan gambar raya sepanjang bulan Syawal ini.

Duit raya tanpa tunai

Walaupun berjauhan, duit raya tetap perlu diberi sekiranya kita berkemampuan. Iyerlah raya kan setahun sekali je? Dengan adanya kemudahan teknologi terkini, duit raya kini boleh diberi tanpa tunai.

Tak payah nak jumpa face to face atau bersalam-salaman pun. Setiap peranti Huawei termasuklah model Y6p ini mempunyai akses kepada AppGallery ,dimana ia menawarkan beratus applikasi terkini untuk kemudahan kita.

Antara applikasi popular yang ada di dalam AppGallery adalah Maybank2u, Touch n’ Go eWallet, dan Boost. Masih boleh hantar dan terima duit raya dengan mudah. Insya Allah bertambah-tambah pahala kita.

Tonton filem bersama-sama di rumah

viu huawei y6p

Khas untuk para pembeli Huawei Y6p, anda akan menerima tawaran langganan applikasi Viu secara percuma untuk 2 bulan. Cara untuk mendapatkan tawaran ini mudah sahaja. Anda hanya perlu muat turun aplikasi Member Center di AppGallery. Kod percuma boleh didapati di aplikasi Member Center ini.

Kalau anda kaki tonton drama dan filem Korea, memang wajib rebut peluang ini kerana dalam applikasi Viu ada beratus-ratus drama dan filem Korea yang akan boleh ditonton bersama keluarga tercinta.

Tunggu apa lagi?

Tiada lagi alasan untuk anda tidak mendapatkan Huawei Y6p. Dengan harga serendah RM 559, anda bakal mendapat telefon pintar yang lebih BESAR nilainya. Y6p kini boleh dibeli di kedai rasmi Huawei di kedai fizikal serta dalam talian di pautan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web HUAWEI atau pun Facebook HUAWEI Malaysia.

May 22nd, 2020

Fungsi sebuah komputer riba adalah menjadi peneman setia digital kepada kita tanpa mengira waktu dan lokasi. Diperkenalkan pada tahun 2018 di Barcelona Mobile World Congress, HUAWEI MateBook X Pro yang dilancarkan pada Mei 2020 mempunyai rekabentuk premium, prestasi mantap serta kepintaran maksimum yang belum pernah ada pada komputer riba lain. Ia bakal membuatkan anda lebih menyerlah dengan kenipisan, keringanan dan pelbagai fungsi yang akan membantu anda menjadi seorang “content creator” paling bergaya.

huawei matebook x pro

Pilihan Warna Yang Memukau

huawei matebook x pro

HUAWEI Matebook X Pro hadir dengan 2 pilihan warna yang boleh disesuaikan dengan gaya dan pilihan anda. Warna Space Grey adalah sempurna untuk mereka yang “minimalist”, yang suka untuk “keep it simple” dan paling penting, mempunyai “cool shade” yang boleh dipadankan dengan kesemua pakaian, beg tote dan ruang kerja anda.

huawei matebook x pro

Untuk anda yang ingin menyerlah dan gemar menjadi tumpuan apabila berada di khalayak ramai, warna Emerald Green adalah pilihan paling sesuai. Dengan tulisan “HUAWEI” berwarna emas di bahagian hadapan HUAWEI MateBook X Pro ini, anda pasti kelihatan lebih yakin, bergaya dan sempurna apabila tampil membuat pembentangan di hadapan rakan sekerja.

Mudah Alih Untuk Mereka Yang Profesional

huawei matebook x pro

Satu benda yang amat melecehkan buat mereka yang bekerja secara nomad ialah komputer riba yang berat dan besar sampai sakit bahu dibuatnya. Nak bukak letak atas meja pun malu. Dengan HUAWEI MateBook X Pro yang senipis 14.66mm dan seberat 1.33kg, anda boleh membawanya ke mana-mana dengan hanya memasukkannya ke dalam tote beg atau beg kulit anda. Tak payah nak usung beg laptop ke sana ke sini. Barulah bangga dan tampak lebih bergaya apabila ia menemani anda ke mesyuarat, perjumpaan dan aktiviti luar.

huawei matebook x pro

Paparan Skrin Yang Memukau

Tahukah anda bahawa HUAWEI MateBook X Pro mempunyai paparan Ultra FullView dengan 91% screen-to-body ratio? Dengan bezel nipis di sisi, komputer riba hadir dengan aspek paparan skrin 3:2, sekaligus menjadikan ia lebih sesuai untuk produktiviti seorang “content creator”. Sama ada anda nak sunting vlog terbaru, video TikTok atau story Instagram anda, kesemuanya boleh dilakukan dengan lebih jelas.

Last but not least, skrin 13.9 inci LTPS ini turut sama menyokong resolusi sehingga 3K dan mempunyai fungsi “touch screen”. Senanglah sikit nak scroll album-album gambar lama, nak patah balik tengok video yang sedang disunting atau nak tonton drama Kpop bersama keluarga tercinta.

Kekal Tenang & Teruskan Mencipta Sesuatu

huawei matebook x

Dengan bateri sebesar 56Wh serta pilihan penjimatan tenaga (power-saving modes) HUAWEI MateBook X Pro memang teman sempurna untuk para influencer, pencipta content dan livestreamers yang perlu sentiasa online sepanjang hari tanpa perlu risau kehabisan tenaga.

huawei matebook x

Lagi best, pengecas 65W Type-C adalah sangat kecil, ringan dan boleh dibawa ke mana-mana tanpa memberatkan beg anda. Selain MateBook X Pro, ia turut boleh digunakan untuk mengecas telefon pintar anda.

MateBook X Pro juga dilengkapi dengan teknologi EMUI10 HUAWEI yang mempunyai fungsi HUAWEI Share dan Multi-screen Collaboration di mana ada boleh menghubungkan telefon pintar anda ke komputer riba dengan lancar. Kedua-dua skrin kemudian boleh dikendalikan pada MateBook X Pro, dan anda boleh memindahkan foto, video, fail dan banyak lagi. Skrin sentuh 3K HUAWEI MateBook X Pro juga membolehkan anda membuat penyunting dan menyiapkan kerja penting dengan lebih cekap dan pantas.

Tambahan pula, dengan CPU Intel Core generasi ke-10, i7-10510U, ini akan memastikan prestasi atau bak kata orang “kelajuan” akan konsisten. Baru la sedap nak pakai laptop kalau processor pun laju kan.

TikTok dance challenges

Jangan lupa untuk menggunakan aksesori seperti papan kekunci, kamera, microphone dan tetikus di HUAWEI MateBook X Pro anda untuk menghasilkan video TikTok yang lebih mantap, kelakar dan viral!.

Harga & Bila Boleh Beli?

HUAWEI turut menyambut bulan Ramadhan dengan promosi “HUAWEI Dihati” yang bakal berakhir pada 7 Jun kelak. Para pelanggan bakal membawa pulang hadiah PERCUMA bernilai sehingga RM1,700 termasuk aksesori HUAWEI, voucher Baskin Robbins, The Chicken Rice Shop, TeaLive dan diskaun ekslusif. Selain itu, para pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah menarik menerusi “lucky draw” seperti MateBook X Pro, HUAWEI Watch GT, HUAWEI 369 Camera serta HUAWEI SoundStone Bluetooth Speaker.

Maklumat lanjut layari Online Store Huawei untuk melihat kesemua promosi.

HUAWEI Matebook X Pro kini boleh dimiliki di HUAWEI Store di dalam warna Space Grey dan Emerald Green pada harga RM7,999. Dengan setiap pembelian komputer riba ini, pelanggan akan menerima HUAWEI Sound X secara PERCUMA (harga jualan: RM1,299) dan pelbagai hadiah lain sementara stok masih ada.

BACA : Aidilfitri Ini, Layan Lagu Raya Bersama Keluarga Di Mana dan Bila-Bila Sahaja Dengan Huawei Sound X Serba Baharu

huawei matebook x