HUAWEI MatePad Pro 11: Tablet Paling Nipis, Ringan & Trendy

Branded

HUAWEI MatePad Pro 11: Tablet Paling Nipis, Ringan & Trendy

Kalau kita tengok sekarang ni, kebanyakkan orang yang bekerja akan menggunakan tablet sebab ia mudah untuk dibawa ke mana saja serta sesuai untuk melakukan tugasan yang diberikan walaupun last minutes.

Namun, ada segelintir pengguna tak bersetuju tablet ini sesuai untuk buat semua jenis kerja sebab spesifikasi tablet dan PC adalah berbeza.

Selain itu, ada juga yang merasa terbeban disebabkan faktor berat tablet serta perlu bawa banyak pengecas untuk papan kekunci, tablet dan juga peranti yang lain. 

Memahami keadaan anda, kami nak kongsikan satu tablet keluaran terbaru daripada HUAWEI yang confirm akan buat anda jatuh cinta, iaitu HUAWEI MatePad Pro 11. Jom tengok apakah antara ciri-ciri menarik yang HUAWEI bawakan kali ni!

1. Tablet Paling Ringan Di Pasaran!

 

Antara perkara yang kita nak tengok sebelum beli sesebuah tablet adalah berat tablet tersebut sebab ia akan memudahkan kita untuk bawa ke mana saja tanpa perlu rasa terbeban. 

Haa, dengan HUAWEI MatePad Pro 11, anda tak perlu risau lagi sebab ia direka khas untuk memudahkan anda buat kerja tak kira masa dan tempat. Terbaiklah!

Diperbuat daripada logam aloi magnesium, tablet terkini HUAWEI ini mempunyai ketebalan 5.9mm dan berat hanya 499g saja, menjadikan ia satu-satunya tablet 11 inci paling ringan dalam pasaran. Seriuslah?!

Selain itu, dengan nisbah skrin-ke-badan 92% dan bezel 4 sisi sekecil 4.2mm, tak dinafikan tablet ini sangat sesuai untuk melakukan sebarang kerja di mana saja anda berada. 

2. Paparan Skrin Lebih Luas, Lebih Puas dengan HUAWEI OLED 11-inci!

Selain berat, rata-rata orang yang mencari tablet confirm nak yang skrin besar, barulah puas nak buat kerja lagi-lagi nak tengok content-content semasa. 

HUAWEI MatePad Pro 11 menampilkan paparan penuh HUAWEI OLED 11-inci serta bezel ultra-narrow 4.2mm, menjadikan ia 92% nisbah skrin-ke-badan. Fuhh, lagi besar skrin, lagi puas!

Selain itu, ia juga mempunyai kedalaman warna 10-bit yang dapat menunjukkan 1.07 billion warna dan ketepatan warna tahap pro serta E<1 menjadikan skrin ini setanding dengan monitor profesional. Confirm mata tak terlepas daripada skrin.

Bukan itu saja, HUAWEI MatePad Pro 11 merupakan satu-satunya tablet di pasaran yang lulus semua ujian Pensijilan TÜV Rheinland’s Full Care Display 3.0, menjadikan ia tablet yang diperakui TÜV Rheinland Full Care Display 3.0 yang pertama di dunia. 

HUAWEI MatePad Pro 11

3. Kadar Segar Semula Lebih Pantas Pada 120Hz, Tanpa Lag!

Kalau anda mencari tablet yang mempunyai performance laju walaupun ada banyak tab yang tak ditutup, HUAWEI MatePad Pro 11 adalah pilihan terbaik!

Untuk pengetahuan, tablet terbaru HUAWEI ini mempunyai kadar segar semula sehingga 120Hz yang boleh bantu untuk menyemak imbas halaman web atau fail dengan lebih lancar. Memang smooth la ceritanya!

Apabila ciri tersebut digandingkan dengan HUAWEI M-Pensel(generasi ke-2), anda boleh menulis dengan kependaman yang lebih rendah bila anda mencatat nota pada tablet. 

Anda juga boleh main macam-macam video game tanpa perlu risau tablet lag atau perlahan sebab dengan kelajuan kadar segar semula yang ada, confirm lancar. Barulah best!

4. Ciri Produktiviti Peringkat PC Yang Dinaik Taraf

Tablet yang premium semestinya dipenuhi dengan rekaan yang menarik, ringan dan mudah alih, serta dapat memberikan pengalaman yang lancar buat pengguna betul tak? 

Haa, memahami keperluan pengguna, HUAWEI hadir dengan beberapa ciri pada MatePad Pro 11 yang telah dipertingkatkan, khas untuk anda tau! 

Papan Kekunci Magnetik Pintar

HUAWEI MatePad Pro 11

Beza papan kekunci ini daripada yang lain di pasaran adalah ia mempunyai antena terapung yang tersembunyi pada bahagian belakang untuk memudahkan peranti menerima signal serta hadir dengan 3 mod menarik iaitu laptop form, detachable form dan studio form. 

Untuk mod laptop form, ia dapat menghubungkan tablet dan papan kekunci dengan hanya menggunakan Bluetooth, dan paling best, ia menyokong pengecasan tanpa wayar. Kalau macam ni, jimatlah ruang bilik anda!

Manakala untuk mod detachable mod, papan kekunci ini dapat dipisahkan secara fizikal daripada tablet, namun masih lagi dihubungkan dengan Bluetooth. Ini membolehkan anda untuk meneruskan kerja walaupun dalam ruang yang terhad. Bestnya!

Mod terakhir pula adalah studio form yang mana papan kekunci dapat menyokong pelarasan sudut 120° hingga 165° yang stabil untuk semua sudut.

Untuk kegunaan PC, HUAWEI MatePad Pro meningkatkan jarak antara kekunci sebanyak 1.5 mm untuk keselesaan menaip yang lebih baik dan input yang lebih cekap. Lebih-lebih lagi, reka letak kunci telah dioptimumkan dengan cap kekunci ditingkatkan kepada 15 mm. Menarik!

HUAWEI M-Pensel Dinaik Taraf

HUAWEI M-Pensel baharu (generasi kedua) ini masih lagi mengekalkan elemen lama, namun ciri-ciri serta bahan untuk menghasilkan pensel ini dinaik taraf untuk pengalaman menulis yang lebih baik. 

Kalau anda pasang M-Pensel ini pada HUAWEI MatePad Pro 11, kependamannya boleh cecah serendah 2ms, menjadikan pengalaman anda menulis lebih lancar dan selesa. 

Menariknya,  anda juga boleh melukis bulatan atau garisan serong untuk menangkap imej, atau tekan lama untuk memilih teks menggunakan pensel ini. Best kan?

HUAWEI MatePad Pro 11Sumber : Photo Credit : LamSheng  

5. Kerja Lebih Mudah Dengan HUAWEI Super Device

Untuk anda yang terpaksa multitask dan bekerja tak kira masa dan tempat, anda memang wajib dapatkan MatePad Pro 11 sebab ianya mudah untuk melakukan pelbagai kerja pada satu masa yang sama!

Menariknya, anda boleh memulakan projek pada peranti HUAWEI yang lain, sebagai contoh MateBook dan selesaikan tugasan pada MatePad Pro 11 anda. Wow, mudahnya!

Anda juga boleh memanjangkan ruang kerja dengan menggunakan skrin bersebelahan, malah anda juga boleh memulakan pembentangan pada MateBook walaupun anda melukis dengan M-pensel pada MatePad Pro 11! 

Dengan HUAWEI Super Device, tak dinafikan anda boleh jimat banyak masa bila buat kerja sebab ia berfungsi dan bersambung dengan sempurna antara satu sama lain. 

Sebagai contoh, anda boleh sambung tablet dengan HUAWEI MateBook X Pro serba baharu yang dilengkapi dengan Pemproses Intel® Core™ i7-1260P Processor Generasi Ke-12 untuk tahap produktiviti yang lain.(tersedia untuk Windows 11).

HUAWEI MatePad Pro 11Sumber : Photo Credit : LamSheng  

HUAWEI MatePad Pro 11, Tablet Terbaik Yang Pernah Dihasilkan

Fuh, tablet terbaru daripada HUAWEI ni memang terbaiklah! Ciri-ciri yang ada semuanya hebat dan sesuai dengan trend semasa!

HUAWEI MatePad Pro 11

Hadir dengan warna premium Hitam Keemasan, anda boleh dapatkan HUAWEI MatePad Pro 11 ini serendah RM2,999 tau. 

HUAWEI MatePad Pro 11

Kalau anda berminat, jangan lupa buat pra-tempahan di laman web rasmi HUAWEI, Shopee atau Lazada bermula 19 hingga 26 Ogos. Selain itu, anda juga boleh dapatkan HUAWEI MateBook X Pro Premium tau! Klik je DI SINI

Menariknya, anda berpeluang untuk menangi hadiah percuma termasuk M-pensel dan HUAWEI Smart Magentic Keyboard berjumlah RM1,298 kalau buat pra-tempahan dalam tempoh yang ditetapkan tau! Wow, bestnya!Maklumat lanjut, layari laman web rasmi HUAWEI atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...