HUAWEI nova 9 Dengan Kamera 50MP RYYB Definisi Ultra Tahap Flagship

Branded

HUAWEI nova 9 Dengan Kamera 50MP RYYB Definisi Ultra Tahap Flagship

Lama ditunggu-tunggu peminat setia, HUAWEI akhirnya memperkenalkan model baru untuk Siri nova iaitu HUAWEI nova 9.  Dengan ciri fotografi dan prestasi mengagumkan menjadikan ianya model yang patut menjadi pilihan bagi kegunaan harian. Tapi, apa lagi istimewanya HUAWEI nova 9 ini? Jom kami kongsikan:

Kamera Definisi Ultra RYYB 50MP

huawei nova 9 camera

Kamera HUAWEI nova 9 ini didatangkan dengan resolusi 50MP. Kamera utamanya mempunyai Super Sensing. Mahu berkarya dengan fotografi? Kamera Kedalaman model ini dilengkapi fungsi bokeh f/2.4.

Tidak ketinggalan untuk korang yang sukakan shot makro, HUAWEI nova 9 ini mampu menangkap objek sedekat 4cm dengan f/2.4. Manakala kamera sudut ultra lebar 8MP 120° FOV f/2.2 memberikan liputan lebih luas untuk merakam kenangan di mana jua berada.

Untuk memberikan gambar lebih jelas dan terperinci, filter warna red, yellow, yellow, blue (RYYB) dengan sensitiviti tinggi terhadap cahaya. Ini memberikan kelebihan kepada model ini untuk mengumpul lebih 40% pendedahan cahaya. 

120Hz kadar penyegaran

huawei nova 9 refresh rate

Bila menggunakan gajet, semestinya semua orang sukakan paparan yang lancar tanpa terganggu kan? Model ini mempunyai kadar penyegaran 120Hz untuk pergerakan dan grafik yang smooth.

Bagaimanapun, bergantung kepada penggunaan, pengguna juga boleh mengoptimumkan skrin dengan memilih kadar penyegaran antara 60Hz atau 120Hz. Pilihan ini akan memberikan jangka hayat bateri lebih lama.

Rekaan berestetika yang amat menyerlah

Huawei nova 9 design

Selain fungsi, tidak dinafikan rekaan luaran juga penting dalam pemilihan gajet bukan? Terhasil dari kaca yang dilengkungkan, bentuknya muat sepadan pada bingkai menjadikan sedap dan selesa pada sentuhan.

huawei nova 9 color

Dengan berat 175g dan 7.77mm berat, HUAWEI nova 9 selesa berada dalam genggaman. Ianya hadir dengan warna Starry Blue, diperbuat dengan dwi-filem, proses dwi-lapisan selain lapisan anti-silau menjadikannya berkemasan matte yang eksklusif.

Cas penuh dalam 38 minit!

Huawei nova 9 charging

Bayangkan di waktu getir, perlu keluar rumah tapi bateri pula hampir habis? Itu masalah biasa untuk smartphone. Tapi jangan risau dengan HUAWEI nova 9 ini kerana dengan HUAWEI 66W Pengecasan Super, hanya perlu 38 minit untuk pengecasan penuh.

300Hz kadar bacaan sentuhan

HUAWEI nova 9 juga boleh menjadi smartphone gaming dan korang akan nikmati kadar bacaan sentuhan (touch sampling rate) 300Hz dengan Touch Turbo Gaming. Sentuhan yang lancar dan responsif membuatkan pengalaman layan game lebih seronok kerana korang tidak akan mengalami gangguan.

HUAWEI Mobile Services (HMS)

Bagi memudahkan pengguna menghubungkan seluruh ekosistem, HUAWEI memperkenalkan HUAWEI Mobile Services. Semuanya ada dari komunikasi, gaming, bank, e-wallet, shopping dan bermacam lagi. 

Tak payah nak risau untuk mencari aplikasi yang korang nak, sebab semuanya terdapat di AppGallery dan Petal Search! Untuk keselamatan HUAWEI AppGallery hanya boleh diakses menggunakan satu HUAWEI ID bagi peranti HUAWEI berbeza.

Be a nova Star Karaoke Battle

be a nova star karaoke battle

Dari 5 hingga 18 November ini di JOOX ada Be a nova Star Karaoke Battle. Tiga (3) pemenang akan dipilih untuk 3 kategori iaitu Top ‘Gifts’ Received, Top ‘Likes’ Received dan Most Creative Entry (Editor’s Pick).

Untuk maklumat lanjut, boleh layar JOOX App.

#BeAnovaStar Tiktok Dance Challenge

Be a nova star tiktok challenge

Untuk TikToker pun ada juga tau. Jom sertai #BeAnovaStar Tiktok Dance Challenge dari 7 hingga 13 November ini untuk memenangi HUAWEI band 6. Cuma perlu ikuti langkah seperti di bawah:

1. Sahut cabaran #BeAnovaStar TikTok Dance Challenge menggunakan filter dikhususkan.

2. Rakam dan muat naik video dengan hashtag #BeAnovaStar #HUAWEInova9.

3. Pastikan profil TikTok ditetapkan pada tetapan umum.

Pemenang akan diumumkan pada 18 November 2021 di ruangan komen. Jom, guys?!

HUAWEI NEXT-IMAGE Awards 2021

Huawei next image award

Bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia mempamerkan bakat masing-masing dan meneroka fungsi serta kelebihan gajet HUAWEI, pengguna gajet HUAWEI dijemput menyertai NEXT-IMAGE Awards Contest.

Peraduan ini mempunyai 10 kategori untuk pengguna gajet HUAWEI meneroka kebolehan fotografi mereka dan mencabar kreativiti. Dari jurugambar amatur, pelajar atau hanya menjadikan fotografi sebagai hobi, semuanya diseru untuk menyertai.

Huawei nova 9 photo

Sempena pelancaran HUAWEI nova 9, HUAWEI Malaysia menawarkan hadiah istimewa Best Image Taken on nova Series, hanya untuk pengguna HUAWEI. Peraduan berlangsung dari sekarang hingga 30 November 2021, jom dapatkan HUAWEI nova 9 sekarang. Penyertaan boleh dihantar kepada HUAWEI Community untuk dinilai juri.

Pra-tempahan bermula 8 November 2021

Semestinya ramai yang teruja untuk mendapatkan HUAWEI nova 9 ini kan? Korang boleh membuat pra-tempahan bermula 8 November, 8.30 malam sehingga 19 November 2021.

huawei nova 9 launch

Pra tempah HUAWEI nova 9, sekarang di HUAWEI Store Online atau HUAWEI Experience Store yang berhampiran dengan anda! Dapatkan peranti HUAWEI korang di Shopee dan Lazada rasmi mereka hari ini!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...