Bersedia Untuk Pre Order Online HUAWEI Nova 7 Untuk 1 Hari Sahaja Pada 7 Julai Ini, Kini Hadir Dengan Widget “Petal Search” Untuk Mudahkan Anda Memasang Applikasi Kegemaran

Teknologi

Bersedia Untuk Pre Order Online HUAWEI Nova 7 Untuk 1 Hari Sahaja Pada 7 Julai Ini, Kini Hadir Dengan Widget “Petal Search” Untuk Mudahkan Anda Memasang Applikasi Kegemaran

Tandakan kalendar anda dan tetapkan peringatan dengan bunyi “alarm” sekuat mungkin pada 7 Julai ini kerana HUAWEI nova 7 serba baharu akan hadir pada tarikh tersebut!

Advertisement

Telefon pintar terbaru dari HUAWEI ini boleh menjadi milik anda dengan pra-tempahan pada harga RM1,999 di online HUAWEI Store. Untuk makluman, HUAWEI nova 7 yang dilengkapi dengan “hardware” serta “software” terbaik ini hadir dengan widget “Petal Search” dan kamera selfie 5G, sekaligus menjanjikan pengalaman penggunaan telefon pintar paling awesome akan anda rasai. Selain itu, anda juga boleh membuat pre order online untuk HUAWEI Wifi AX3 dengan harga RM299 sahaja pada tarikh yang sama. Best kan?

Ganjaran 3 Kali Ganda

Anda juga berpeluang memenangi ganjaran 3 kali ganda @ triple reward yang bernilai RM1,571* apabila melakukan pra-tempahan untuk HUAWEI nova 7 pada Selasa, 7 Julai 2020 bermula jam 12 tengah malam di online HUAWEI Store (sehari je). Antara ganjaran yang boleh anda bawa pulang ialah:-

  1. Pakej hadiah HUAWEI nova 7 bernilai sehingga RM1,315* termasuklah speaker mini*, casing nova 7*, HUAWEI Video, Cloud storage 15GB* (untuk 12 bulan), Member Center Reward bernilai sehingga RM1,000*
  2. HUAWEI SuperCharge Powerbank 10,000mAh* bernilai RM256
  3. Jika anda bernasib baik, HUAWEI Matebook 13* bernilai RM3,499 bakal menjadi milik anda

Kepada anda yang ingin membuat kira-kira dan berfikir lebih lanjut sebelum membuat keputusan membeli HUAWEI nova 7, jangan risau kerana telefon pintar ini boleh didapatkan di kesemua HUAWEI Experience Store di Malaysia bermula 10 Julai. Jadi anda boleh pergi, pegang, cuba dan alami sendiri kehebatan nova 7 terlebih dahulu.

Petal Search Widget

Mencari dan memasang applikasi di kesemua telefon HUAWEI adalah lebih selesa, mudah dan pantas, terima kasih atas kehadiran widget Petal Search. Siap terpasang di dalam HUAWEI nova 7 series, HUAWEI AppGallery merupakan App Store ketiga terbesar di dunia dengan 400 juta pengguna aktif bulanan mempunyai ribuan applikasi untuk memenuhi keperluan anda.

Sekiranya anda seorang yang suka berkongsi aktiviti seharian, memuatnaik gambar OOTD atau berhubung dengan yang tersayang secara atas talian, anda boleh memuatturun applikasi seperti Facebook, Whatsapp, Instagram dan TikTok menerusi HUAWEI AppGallery ini.

Selain itu, 2 langkah mudah untuk anda mencari lebih banyak applikasi menggunakan Widget Petal Search yang telah pun dipasang siap di dalam HUAWEI nova 7:-

Langkah 1: Tambahkan Widget Petal Search ke muka hadapan telefon anda

Langkah 2: Mulakan carian, muatturun dan pasang applikasi kegemaran anda ke dalam HUAWEI nova 7 dengan sekelip mata.

Senang kan? Sekiranya anda ingin memenangi HUAWEI FreeBuds 3, boleh ke laman Facebook HUAWEI untuk “like” dan “share” video di bawah ke profil Facebook anda. Namun anda kena cepat kerana peraduan ini akan tamat pada 7 Julai ini. Tak banyak masa yang tinggal. Silalah cuba mana tahu ada rezeki anda kan?

Apa lagi yang best nova 7 nie?

Selain daripada widget Petal Search, di bawah adalah beberapa ciri HUAWEI nova 7 yang pasti membuatkan anda terpukau:-

huawei nova 7

Rekaan: HUAWEI nova 7 hadir dengan 2 variasi yang cukup mengujakan iaitu Space Silver dan Midsummer Purple. Kedua-duanya memang cantik dan pasti akan menyerlahkan gaya OOTD anda.

Telefon pintar 5G Terbaik untuk Selfie: Untuk anda yang suka mengambil gambar, HUAWEI nova 7 ini hadir dengan quad kamera 64MP, Super Night Selfie 3.0 dan juga pilihan video Dual-View. Inilah masa terbaik untuk anda kongsikan gambar-gambar dan video awesome kepada pengikut laman sosial anda

Berkuasa tinggi: Dengan cip pemprosesan Kirin 985 5G Soc, anda pasti akan kagum dengan kepantasan HUAWEI nova 7 ini. Main game confirm tak akan tersekat-sekat punya.

HUAWEI 40W SuperCharge: Dalam tempoh 30 minit sahaja, anda boleh mengecas HUAWEI nova 7 sehingga 75% menggunakan pengecas ini. Memang tak masuk akal tetapi inilah kehebatan teknologi ciptaan HUAWEI.

HUAWEI Share dan MeeTime: Dengan HUAWEI Share, anda boleh menggunakan nova 7 dengan peranti HUAWEI yang lain hanya dengan satu sentuhan sahaja. Bukan itu sahaja, anda boleh melepaskan rindu di dada dengan yang tersayang menerusi panggilan video 1080p Full HD menerusi HUAWEI MeeTime. Memang terasa macam si dia ada di depan mata.

Ganjaran Member Center HUAWEI

Sekiranya anda merupakah ahli Member Center HUAWEI, anda boleh mengisi perut dengan pelbagai makanan lazat dan juga diskaun menarik apabila membeli HUAWEI nova 7 dengan ganjaran bernilai sehingga RM1,000. Antara restoran dan kedai yang boleh anda kunjungi untuk menebus ganjaran ini ialah AirAsia Big, Baskin Robbin’s, Domino’s Pizza, Puma, Texas Chicken, Lazada, Free Fire dan banyak lagi.

Tunggu Apa lagi?

Tiada lagi alasan untuk anda melepaskan peluang memiliki HUAWEI nova 7 yang pastinya menjadi sebuah telefon pintar yang melengkapi hidup anda. Untuk makluman lanjut tentang kehebatan telefon pintar ini, sila layari HUAWEI Store hari ini juga. Jangan lupa yang anda juga boleh membuat pra-tempahan untuk HUAWEI WiFi AX3 yang 3 kali lebih pantas dan 4 kali lebih kapasiti. Kesemua pra-tempahan ini boleh dilakukan pada 7 Julai (hanya sehari je!) dan ia boleh dibeli di seluruh negara bermula 10 Julai kelak.

Sekali lagi, pra-tempah HUAWEI nova 7 anda pada 7/7 ini di talian di sini atau laman  ini. Juga jangan lepaskan peluang untuk melihat tawaran hebat bersempena HUAWEI Mid-Year Sale di sini. Maklumat lanjut tentang HUAWEI nova 7 serba baharu ini akan diwar-warkan di laman rasmi HUAWEI.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...