April 27th, 2020

This slideshow requires JavaScript.

Kini anda tidak perlu lagi ternanti-nanti untuk memiliki telefon pintar terkini daripada HUAWEI iaitu P40 Series. Menerusi plan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi utama di Malaysia, anda boleh menjadi pemilik telefon pintar revolusi ini dengan harga yang AMAT berbaloi.

Selaras dengan warisan inovasi dan kecemerlangan yang unggul, HUAWEI P40 Series berjaya mengekalkan posisinya sebagai telefon pintar yang TERBAIK dalam fotografi dan rangkaian (best in photography and best in connectivity).

Dilengkapi dengan kamera Ultra Vision Leica, HUAWEI P40 Series menghasilkan gambar yang berkualiti tinggi sama ada subjeknya dekat atau jauh. Tidak dilupkan kehadiran AI yang membantu mendapatkan gambar sempurna pada bila-bila masa sama ada siang atau malam.

huawei p40 night mode

huawei p40 image

Dikuasakan oleh chipset Kirin 990 5G canggih, sistem EMUI 10.1 HUAWEI P40 Series dibina untuk membawa kesambungan yang tiada tandingannya dalam kehidupan seharian, terutamanya dengan fungsi HUAWEI MeeTime dan HUAWEI Share.

Jadi tunggu apa lagi? Bersegeralah ke cawangan syarikat telekomunikasi anda yang berdekatan dan jadi pemilik HUAWEI P40 Series hari ini juga. Siap ada banyak gila hadiah PERCUMA lagi. Memang terlebih berbaloi!!!

CELCOM

C:\Users\nazuwan\Desktop\P40baru\Telco images\Celcom Malay.jpeg

Dari RM49 sebulan menerusi plan CelcomEasy. Maklumat lanjut klik link di bawah:-

P40: https://shop.celcom.com.my/device-detail/huawei-p40
P40 Pro : https://shop.celcom.com.my/device-detail/huawei-p40-pro

DIGI

C:\Users\nazuwan\Desktop\P40baru\Telco images\Digi Malay.jpeg

Dari RM45 sebulan menerusi plan Digi PhoneFreedom 365.

Maklumat lanjut klik https://www.digi.com.my/shop/huawei-p40

MAXIS

C:\Users\nazuwan\Desktop\P40baru\Telco images\Maxis Malay.jpeg

Dari RM158 sebulan untuk 2 buah telefon pintar menerusi plan Maxis Zerolution. Maklumat lanjut klik https://www.maxis.com.my/p40/

U MOBILE

C:\Users\nazuwan\Desktop\P40baru\Telco images\U Mobile Malay.jpeg

Dari RM59 sebulan untuk menerusi plan U Mobile UPackage.
Maklumat lanjut klik https://www.u.com.my/huawei-p40

HUAWEI AppGallery

Selain itu, HUAWEI AppGallery kini mengandungi hampir kesemua applikasi yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia seperti Facebook, Whatsapp, WeChat, Netflix, Instagram, AirAsia, TikTok, Lazada dan banyak lagi.

huawei app gallery

Kalau anda nak tahu, HUAWEI AppGallery adalah selamat kerana ia mengandungi 4 lapisan perlindungan yang telah diiktiraf oleh kualiti antarabangsa. Last but not least, anda boleh menggunakan lebih daripada 100 applikasi di dalam HUAWEI AppGallery ini tanpa perlu meng”install”nya di dalam HUAWEI P40 Series anda. Jimat ruang simpanan.

Tambahan pula, pengguna P40 Series dan MatePad Pro kini boleh menebus ganjaran bernilai sehingga RM2,381 di HUAWEI Member Center. Bukan itu sahaja, mereka juga layak untuk mendapatkan ruang storan HUAWEI Cloud sebanyak 50GB selama 12 bulan.

Nak tambah cerita pula, HUAWEI Malaysia kini menawarkan akses premium selama 3 bulan secara percuma kepada semua pengguna P40 Series dan juga MatePad Pro. Memang kaw-kaw ganjaran diaorang bagi tu

Maklumat lanjut baca di HUAWEI Appgallery.

Tunggu apa lagi? Beli la sekarang

Tempah sekarang untuk menikmati pelbagai tawaran, hadiah percuma dan harga yang amat berbaloi untuk telefon pintar HUAWEI P40 Series. Untuk maklumat lanjut tentang telefon pintar yang TERBAIK dalam fotografi dan rangkaian ini, anda boleh baca di laman rasmi HUAWEI

Advertisement
February 11th, 2020

Hari Kekasih/ Valentine’s Day akan tiba beberapa hari sahaja lagi iaitu pada 14 Februari ini. Ha, anda yang mempunyai someone special tue, dah ada ke hadiah nak berikan kepada si dia yang tercinta? Jangan last minute baru sibuk nak pergi cari hadiah. Kalau anda blur tak tahu nak beli apa, jangan risau kami ada satu idea yang PERFECT untuk dikongsikan.

Hadiah TERBAIK sama ada untuk girlfriend atau boyfriend anda tak lain tak bukan ialah sebuah smartphone. Confirm si dia akan terharu dan bertambah menyayangi anda, lebih-lebih lagi jika anda menghadiahkannya sebuah HUAWEI nova 7i yang hadir dengan 3 pilihan warna memikat iaitu Sakura Pink, Black dan Crush Green.

huawei nova7i

Dengan harga cuma RM1,099, HUAWEI nova 7i ini boleh ditempah bermula 14 Februari sehingga 21 Februari ini. Siap ada hadiah PERCUMA HUAWEI Band 4 lagi dengan setiap pembelian. Pasti si dia akan melonjak keriangan sambil melaungkan “I LOVE YOU” apabila menerima hadiah awesome ini.

huawei nova 7i

Ok jom kita tengok ciri-ciri HUAWEI nova 7i yang menjadikannya sebagai satu hadiah yang SEMPURNA bersempena Hari Kekasih yang bakal tiba:-

Promosi Hari Kekasih HUAWEI

1. Plan ansuran untuk HUAWEI nova 7i, serendah RM4.87/sehari

huawei together 2020

Sekiranya bajet anda kurang mencukupi untuk membayar penuh RM1,099 untuk HUAWEI nova 7i, jangan risau sebab HUAWEI turut menawarkan plan ansuran yang sangat-sangat mampu milik. Anda boleh hadiahkan smartphone ini kepada kekasih tercinta dengan bayaran serendah RM4.87/sehari. Makan tengah hari pun lagi mahal. Sekali sekala berkorban untuk si dia apa salahnya kan? Maklumat lanjut di sini.

2. Flash Deals Serendah RM2.14, Stok Adalah Terhad

huawei flash deals

Ha, bersempena Hari Kekasih ini juga, HUAWEI menawarkan flash deals yang sangat-sangat awesome. Mana taknya, smartphone seperti HUAWEI Mate 30, P30 Pro dan macam-macam lagi boleh menjadi milik anda dengan harga serendah RM2.14. Perlu diingatkan bahawa stok untuk promosi ini adalah amat-amat terhad. Jadi siapa cepat, dia yang dapat. Tunggu apa lagi? Klik link ini

3. Peluang bercuti ke Maldives

huawei nova 7i maldives

Inilah peluang terbaik untuk anda membuatkan si dia jatuh cinta sekali lagi dengan memberikan hadiah yang pastinya membuatkan dia tersenyum lebar. Lagi best, ada peluang untuk memenangi 3 voucher bercuti ke Maldives yang bernilai sehingga RM36,000. Cuma perlu ikuti langkah-langkah di atas sahaja dan tunggu pengumuman pemenangan pada 14 Mac 2020. Mana tahu ada rezeki anda kan?Bolehlah bercuti dengan si dia dan ambil gambar sebanyak mungkin dengan smartphone HUAWEI nova 7i.

Ok jom kita tengok ciri-ciri HUAWEI nova 7i yang menjadikannya sebagai satu hadiah yang SEMPURNA bersempena Hari Kekasih yang bakal tiba:-

Bateri 4200mAh & 40W HUAWEI SuperCharge

Dikuasakan dengan bateri sebesar 4200mAH, hanya 30 minit sahaja diperlukan untuk mengecas bateri HUAWEI nova 7i sehingga 70%. Ini kerana smartphone ini hadir dengan teknologi pengecasan pantas 40W HUAWEI SuperCharge yang diiktiraf selamat oleh TÜV Rheinland.

Advanced AI Algorithm Untuk Kesan Kecantikan Yang Lebih Bagus

Sistem AI ini mengukur bentuk muka anda berdasarkan jutaan gambar dan secara automatik memberikan solusi kecantikan yang optimal kepada pengguna. Ini semua dilakukan secara real time oleh algorithm jaringan wajah neural.

Mengesan Postur Badan

Senang cakap, AI Algorithm ini berfungsi seperti satu pasukan kecantikan professional yang memberikan servis dari makeup, penggayaan dan sebagainya untuk membantu para pengguna tampil lebih menarik dan awesome.

Super Night Mode untuk Selfies

Dilengkapi dengan kamera hadapan 16MP dengan 1?m pixel, HUAWEI nova 7i mempunyai teknologi 4-in-1 Light Fusion yang membolehkan ia mencapai tahap sensitivity sehingga 2?m pixel. Ini bermakna lebih banyak cahaya boleh memasuki sensor sekaligus menyerlahkan lebih butiran walaupun kekurangan sumber cahaya.

Rekaan CMF yang trendy

HUAWEI nova 7i menampilkan rekaan CMF yang anggun dan premium. Bahagian belakangnya diliputi dengan satu filem nipis yang kemudiannya digunakan oleh HUAWEI untuk menambah warna memukau, tekstur silau, kemasan metalik dan lapisan perlindungan untuk kesan gradient yang bersilau.

huawei nova7i

Paling menarik, HUAWEI nova 7i hadir dengan 3 pilihan warna yang bersesuaian untuk semua jenis pengguna tanpa mengira usia dan jantina.

huawei nova7i

Kalau anda seorang yang jenis sukakan benda klasik, warna hitam adalah pilihan paling tepat. Dan sekiranya anda seorang yang sukakan sesuatu yang baru dan berbeza, warna Crushy Green akan menyerlahkan kelainan anda.

huawei nova7i

Pengalaman Penggunaan Yang Lancar Dengan Prestasi Awesome

Sekiranya pasangan anda seorang kaki main game, jangan risau kerana HUAWEI nova 7i dijana dengan Kirin 810 yang merupakan antara chipset 7nm terbaik dunia. Malah smartphone ini menggunakan HUAWEI’s Da Vinci NPU architecture untuk menambahbaik prestasi AI nya bagi pemprosesan gambar.

MEETime-Panggilan Telefon Berkualiti Tinggi

Lepaskan rindu di dada dengan menelefon si dia yang tercinta menggunakan MEETime, panggilan video 1080p yang mempunyai kualiti imej berkualiti tinggi dengan penggunaan data Internet rendah. Malam-malam sebelum tidur bolehlah tatap wajah si dia puas-puas dengan aplikasi ini.

Jualan Rasmi HUAWEI nova 7i bermula 22 Februari

Kami sempat membuat senarai produk-produk terbaru HUAWEI yang akan dilancarkan di pasaran bermula 14 Februari ini


1. HUAWEI Nova 5T dengan warna baru Crush Green cuma RM1,399

2. HUAWEI Freebud 3 berwarna merah pada harga RM679

3. Watch GT 42mm warna Rose Gold, harga RM899

4.RM699 HUAWEI Y7p (sesuai dijadikan telefon kedua)

5. RM2,299 MateBook D 15 Versi Baharu?8GB + 256GB?

Sekiranya anda terlepas peluang untuk membeli HUAWEI nova 7i bersempena promosi Hari Kekasih ini, jangan risau sebab ia akan dijual secara rasmi bermula 22 Februari 2020 dengan harga RM1,099. Kalau anda pre-prder sekarang, boleh dapat HUAWEI free Band 4 secara PERCUMA (selagi stok masih ada). Selain itu, produk-produk baru yang di atas akan mula dijual pada 14 Februari ini.

Jadi memang ada banyak pilihan untuk dijadikan hadiah untuk kekasih tercinta. Pilih je mana satu yang sesuai dengan bajet dan citarasa anda. Beli sekarang sebab tawaran sebegini hanya datang setahun sekali sahaja. Maklumat lanjut tentang promosi Hari Kekasih HUAWEI ini sila layari laman rasmi Huawei .

Advertisement
October 18th, 2019

Baru-baru ini, kami telah menganjurkan satu pertandingan dengan menawarkan seutas jam tangan pintar HUAWEI GT2 sebagai hadiah.

Setelah meneliti kesemua penyertaan yang diterima, kami telah memilih 2 orang peserta iaitu Ody dan Haffizi untuk membawa pulang HUAWEI Watch GT 2 selama 4 hari dan menggunakannya dalam kehidupan seharian mereka.

jam pintar huawei gt 2

Ody beraksi dengan HUAWEI Watch GT 2

jam pintar huawei gt 2

amboi teruja betul Haffizi memegang HUAWEI Watch GT 2 nie

Untuk makluman, salah satu kehebatan HUAWEI Watch GT 2 ialah baterinya yang mampu bertahan selama 2 minggu. Jadi untuk membuktikan fakta ini,

21412

Ody dan Haffizi telah menerima tugasan menggunakan jam tangan ini sepanjang 4 hari tersebut tanpa mengecasnya. Salah seorang dari mereka yang mempunyai peratusan bateri lebih tinggi akan dipilih sebagai pemenang. Menarik kan?

jam pintar huawei gt 2

Dijana dengan Kirin A1, rekaan chipset berganda (double chipset architecture ) dan teknologi penjimatan tenaga yang terkini, bateri HUAWEI Watch GT 2  mampu bertahan seperti yang diperkatakan walaupun anda menghidupkan fungsi “heart rate monitoring” dan bersenam selama 90 minit setiap minggu. Selain itu anda juga boleh memantau degupan jantung, kualiti tidur, tekanan serta stress dan memberikan anda peringatan untuk bersenam. Ha, itulah yang telah dilakukan oleh Ody dan Haffizi yang sentiasa ditemani HUAWEI Watch GT2 dalam setiap aktiviti harian mereka sepanjang 4 hari tersebut.

ody-1

stats

Rekaan HUAWEI Watch GT 2 ini pula memang menarik, kebabom dan menyerlahkan lagi ketampanan si pemakai. Mempunyai 2 pilihan saiz iaitu dan 42mm, HUAWEI Watch GT 2 direka secara minimalist dan mempunyai rekaan ultra slim beserta paparan melengkung yang dijana dengan skrin 1.39 inci AMOLED. Ada 3 edisi untuk dipilih iaitu Sports Edition, Classic Edition dan Elite Edition, berat jam tangan pintar ini hanya 29 gram sahaja. Rekaannya semua cantik-cantik belaka. Sekali tengok, memang jatuh cinta terus. Tak kira apa aktiviti yang korang lakukan, kehenseman dan kejelitaan anda pasti akan meningkat 10 kali ganda apabila ditemani HUAWEI Watch GT 2.

Dan pemenangnya ialah…

Sesungguhnya memang sengit persaingan antara Ody dan Haffizi ini. Kedua-duanya memang gigih memuatnaik segala aktiviti yang dilakukan dengan HUAWEI Watch GT2 di Instagram dengan hashtag #HUAWEIWatchGT2MY. Ikutkan hati nak bagi dua-dua menang, tapi sayangnya hanya satu je yang layak. Jadi selepas 4 hari, peratusan bateri bagi kedua-duanya ialah:-

Huawei Bateri

Ody – 78% VS Hafizi – 77%

Memang cukup tipis perbezaan bateri kedua-dua peserta ini. Ternyata Huawei Watch GT2 memang cukup hebat dari segi ketahanan bateri. Encik Ody, dengan perbezaan 1% bateri sahaja telah diumukan sebagai pemenang dan bakal membawa pulang seutas jam pintar Huawei Watch GT2.

Tahniah diucapkan. Buat anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang jam tangan pintar terbaru HUAWEI ini, silalah ke laman rasmi Huawei Watch GT2 .Confirm anda pun akan teruja dan terus beli satu.

Advertisement
September 6th, 2019

Yang dinanti-nanti sudah tiba, HUAWEI nova 5T akan mula dijual secara rasmi ESOK (7 September 2019) dengan harga RM1,599 sahaja. Sekiranya anda sedang mencari rakan kerja yang boleh dipercayai, teman hiburan yang sentiasa berada di sisi dan pereka fesyen peribadi anda, maka HUAWEI nova 5T adalah pilihan terbaik,  Paling best, anda turut akan membawa pulang ganjaran bernilai RM1,127 apabila membeli nova 5T. Terbaik bukan?

HUAWEI Nova 5THUAWEI Nova 5T

Pasti ramai yang tertanya-tanya memang hebat sangat ke HUAWEI nova 5T ini. Jangan risau. Abang Nara akan terangkan satu persatu kelebihan smartphone ini. Selepas membaca, Abang Nara pasti anda terus bergegas ke kedai HUAWEI berhampiran atau ke laman web HUAWEI untuk menjadikan ia sebagai peneman setia anda di dalam apa jua keadaan. Jom kita ushar!!!

Rakan sekerja yang paling dipercayai

Dijana dengan Kirin 980

HUAWEI nova 5T

Kebanyakan masa, smartphone kita sering mengalami situasi tersekat-sekat (lagging), tindak balas yang lembap, penggunaan bateri yang melampau dan kadangkala, terus tak boleh bergerak (hanging) selepas seharian menggunakannya. Memang menjengkelkan dan menimbulkan stress apabila ia terjadi kepada kita.

Dengan Kirin 980 sebagai teras utama HUAWEI nova 5T, anda boleh ucapkan selamat tinggal kepada semua masalah di atas. Berbanding generasi sebelumnya, Kirin 980 adalah lebih pantas 75% dari segi prestasi CPU, 46% lebih laju untuk pemprosesan kamera dan 46% lebih bagus untuk prestasi GPU nya. Lebih menakjubkan, prestasi penggunaan AI turut sama bertambah baik sebanyak 120%. Senang cakap, dengan Kirin 980, HUAWEI nova 5T seolah-olah mempunyai 2 otak atau mempunyai laluan tambahan di highway sekaligus membolehkan ia memberi respons yang lebih pantas, berbanding smartphone lain.

 

One Tap To Share


Dengan satu tap sahaja, pemindahan fail, gambar dan video boleh dilakukan secara instant di antara laptop dan HUAWEI nova 5T anda tanpa menggunakan WiFi atau USB. Pantas dan mudah.

 Pengecaman perkataan

Selepas ini anda tak perlu nak taip kesemua perkataan dari kertas ke laptop anda kerana HUAWEI nova 5T mempunyai fungsi pengecaman perkataan (word recognition). Hanya perlu tangkap gambar tulisan anda di kertas menggunakan HUAWEI nova 5T dan pindahkan gambar tersebut ke laptop anda. Selepas itu fungsi pengecaman perkataan akan mengekstrakkan informasi di dalam gambar itu kepada bentuk perkataan secara automatik. Hebat kan?

Screen Recording

Apabila rakan sekerja anda bertanyakan soalan, anda tidak perlu lagi untuk menulis jawapan yang panjang lebar. Hanya “shake and tap” HUAWEI nova 5T anda dan rekod skrin sambil memberikan penjelasan dan kongsikan ia kepada rakan anda. Mudah kan?

Fungsi Clipping Sharing

 

Fungsi ini membolehkan anda menyalin nota daripada mesyuarat di dalam HUAWEI nova 5T anda dan pindahkannya terus ke laptop untuk digunakan. Tak payah nak tulis 2 kali dah. Senang sangat-sangat kan?

Bateri Besar dengan 22.5W

Super Charge

HUAWEI nova 5T Super Charging

Dikuasakan dengan bateri sebesar 3750mAH, hanya 30 minit sahaja diperlukan untuk mengecas bateri HUAWEI nova 5T sehingga 50%. Ini kerana smartphone ini hadir dengan teknologi 22.5W SuperCharge. Paling penting, baterinya boleh bertahan seharian untuk sekali pengecasan penuh. Memang sesuai untuk anda yang sentiasa on the go dan bekerja di luar pejabat.

Teman Hiburan Anda

Pada pandangan Abang Nara, perkara yang paling best tentang HUAWEI nova 5T ini ialah kehadiran 5 kamera AI yang mampu menyerlahkan lagi kehenseman dan kecantikan penggunanya. Macam-macam yang boleh dilakukan dengan 5 kamera hebat ini, sekaligus menjadi teman penghibur kita sepanjang masa.  Mari kita tengok satu persatu kehebatan kamera nova 5T ini:-

Kamera Utama 48MP

kamera HUAWEI nova 5TAI Quad Camera HUAWEI nova 5T

Mempunyai sensor ½ inci, kamera utama sebesar 48MP HUAWEI nova 5T ini akan memberikan anda keyakinan untuk mengambil gambar seperti seorang professional. Menggunakan teknologi AI untuk pilihan Super Night Mode, anda pasti akan kagum dengan kualiti gambar waktu malam walaupun berada di dalam keadaan kekurangan cahaya. Perfect sangat-sangat.

Kamera Ultra-Wide 16MP

HUAWEI nova 5T

Kamera f/2.2 ultra-wide HUAWEI Nova 5T ini membolehkan anda mengabadikan keindahan alam semulajadi, bangunan-bangunan gah dan detik bersama kawan dengan lebih meluas dan mengkagumkan.

Kamera macro 2MP

HUAWEI nova 5T

 Lensa kamera macro ini membolehkan anda mengambil gambar “close up” sehingga 4cm daripada objek yang diingini. Setakat titisan air hujan, semut atau pokok bunga memang tak ada masalah. Memang akan nampak jelas macam Kristal.

Kamera depth 2MP

HUAWEI nova 5T

Dengan kehadiran kamera depth 2MP ini, anda boleh menyerlahkan lagi subjek/objek gambar anda sekaligus membolehkan anda mengambil gambar potret yang cun melecun. Memang sesuai sangat untuk mereka yang suka ber”OOTD”

Kamera “selfie” 32MP

kamera selfie HUAWEI nova 5T

Terletak di dalam skrin HUAWEI nova 5T bahagian kiri atas tanpa mencacatkan rekaannya, kamera selfie 32MP menggunakan teknologi AI untuk menonjolkan kecantikan dan keunikan wajah anda. Ia turut mempunyai gabungan pixel 4 dalam 1 untuk mencipta selfie yang lebih terang dan jelas. Teknologi AI itu turut sama mengimbangkan exposure dan backlight secara automatik untuk memudahkan anda mengambil selfie.

Pereka Fesyen Anda

Fungsi “unlock” di sisi

HUAWEI nova 5T

Untuk makluman, berbeza dengan smartphone lain, HUAWEI nova 5T mempunyai fungsi “fingerprint unlock” di bahagian sisi. Salah satu kelebihannya tidak lain tidak bukan ialah anda dapat membuka smartphone dalam masa sesingkat 0.3 saat sahaja. Malah ia lebih mudah digunakan berbanding jika fungsi ini diletakkan di bahagian tengah.

Logo yang menarik

HUAWEI Nova 5TSalah satu daya tarikan HUAWEI nova 5T ialah rekaan logonya yang cukup memukau. Ia adalah gabungan 4 huruf nova yang digabungkan untuk membentuk satu monogram unik. Monogram ini seperti 2 manusia, dengan bahagian kiri melambangkan lelaki dan bahagian kanan melambangkan perempuan, dengan kedua-duanya duduk sebelah menyebelahi. Figura lelaki sedang mendepakan tangannya sebagai simbol seorang yang enthusiasm dan  vitality, manakala figura perempuan sedang duduk dengan tenang melambangkan confidence dan determination.  Logo baharu ini jelas menunjukkan jenama nova sebagai satu jenama yang muda, trendy dan inovatif.

3 pilihan warna yang unik

 

HUAWEI Nova 5T BlackHUAWEI Nova 5T midsummer purpleHUAWEI Nova 5T crush blue

Black, Crush Blue dan Midsummer Purple adalah 3 pilihan warna yang cantik-cantik belaka untuk HUAWEI nova 5T.  Gambar OOTD anda pasti akan tampak lebih menarik dan menawan apabila bergambar sambil memegang smartphone ini.

Kamera hadapan di bahagian kiri atas

HUAWEI nova 5T

Apakah tujuan sebenar HUAWEI nova 5T meletakkan kamera hadapan di bahagian kiri atas dan bukannya di tengah-tengah seperti smartphone lain? Selepas beberapa sesi ujian, rupa-rupanya kamera di bahagian tengah didapati menganggu keselesaan pengguna ketika bermain games atau menonton video. Berdasarkan ujian itu juga, tempat terbaik meletakkan kamera  hadapan adalah di bahagian atas kiri kerana manusia akan secara automatik senget ke kanan apabila mengambil “selfie”. Pilihan lokasi kamera ini adalah untuk sudut “selfie” terbaik dan dapat menyerlahkan lagi kecantikan mata anda.

Member Center

Sekiranya anda sudah membuat keputusan untuk membeli HUAWEI nova 5T ini, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah memuat turun applikasi Member Center yang boleh didapati di HUAWEI AppGallery. Ini kerana ada ganjaran bernilai RM1,000 untuk anda nikmati apabila menjadi pemilik smartphone Huawei terbaru ini. Ganjaran-ganjaran itu ialah:-

  • Viu: voucher langganan untuk applikasi drama dan filem Korea ini selama 3 bulan
  • PUMA: Jimat RM120 apabila anda membuat pembelian bernilai RM400 dan ke atas
  • Promosi lain seperti 37% diskaun untuk tiket masuk ke Sunway Lagoon, dahmakan, CelebrityFitness, American Tourister dan banyak lagi
  • Pastikan anda sentiasa membuka applikasi Member Center ini kerana ada banyak lagi tawaran hebat di masa hadapan daripada GSC, Baskin-Robbins dan lain-lain.

Kalau anda sudah membuat pre-order sebelum ini, ganjaran ini turut akan menjadi milik anda. Jadi tak perlu risau ye.

Beli Sekarang Tunggu Apa Lagi?

Dengan harga RM1,599 dan kehebatan yang telah Abang Nara ceritakan tadi, sememangnya HUAWEI nova 5T adalah pilihan terbaik sekiranya anda ingin membeli smartphone baru. Anda turut akan membawa pulang HUAWEI SuperCharge Car Charger bernilai RM127 sekaligus menjadikan kesemua nilai ganjaran yang ditawarkan ialah RM1,127 termasuk ganjaran bernilai RM1,000 yang boleh didapati selepas anda memuat turun applikasi Member Center. Antara ganjaran yang menarik ialah dari Zalora, Astro, Kkbox dan banyak lagi.

harga HUAWEI nova 5T

Selain itu, HUAWEI juga menawarkan jaminan tambahan selama 1 tahun untuk mereka yang membeli nova 5T dari 29 Ogos 2019 sehingga 30 September 2019.

MediaPad M5 Lit

Last but not least, jualan untuk MediaPad M5 Lite juga akan dibuka pada tarikh yang sama iaitu 7 September ini dengan hadiah percuma HUAWEI Mini Speaker dan HUAWEI Mpen bernilai RM268 boleh dibawa pulang. Jadi tunggu apa lagi? Silalah bersegera ke laman web HUAWEI atau kedai HUAWEI berhampiran anda untuk mendapatkan smartphone paling berbaloi ini.

Advertisement