Komputer Riba Anda Hanya Mampu Bertahan Selama 3 Tahun? HUAWEI MateBook 14 Kini Tiba Untuk Mengubah Hidup Anda

Teknologi

Komputer Riba Anda Hanya Mampu Bertahan Selama 3 Tahun? HUAWEI MateBook 14 Kini Tiba Untuk Mengubah Hidup Anda

Tentu anda gembira apabila mendapat hadiah sebuah komputer riba daripada ahli keluarga kan? Walaupun ia adalah komputer riba terpakai, tetapi dah namanya barang FREE, tentulah anda akan melonjak kegembiraan.

Namun kegembiraan tersebut semakin hari semakin pudar apabila anda menyedari bahawa komputer riba tersebut semakin hari semakin tidak boleh digunakan. Lambatlah, tak boleh “on” lah, keyboard rosaklah dan macam-macam lagi. Last sekali terus komputer riba tersebut tak boleh pakai langsung!

Advertisement

Terus satu persoalan bermain di minda anda. Kenapa tiada syarikat yang membuat laptop yang tahan lama bertahun-tahun? Kenapa selepas 2,3 tahun terus laptop tersebut tak boleh guna? Kenapa bateri terus kaput? Kenapa nak bukak Windows pun ambil masa berjam-jam? Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Tentunya anda turut tertanya-tanya tak ada ke satu komputer riba jika dibeli hari ini, boleh digunakan lebih daripada 3 tahun? Jawapannya ialah ADA!!!

Memperkenalkan HUAWEI MateBook 14, sebuah komputer riba pertengahan yang mempunyai segala ciri-ciri anda inginkan. Rekaan yang menarik, prestasi penuh kuasa, harga berbaloi dan paling penting, value for money sebab ia boleh digunakan bertahun-tahun lamanya! Bak kata pepatah, tak lekang dek panas, tak basah dek hujan. Sekali beli, tak payah fikir nak tukar laptop selepas 3 tahun.

Bakal dilancarkan pada secara rasmi pada 30 Oktober ini di Malaysia, HUAWEI MateBook 14 ini boleh menjadi milik anda pada harga RM3,799 sahaja. Tapi sebab apa anda kena dapatkan laptop ini?

Ha ini 6 ke”awesome”an MateBook 14 yang pasti membuatkan anda teruja:-

Prestasi chipset yang lebih tinggi

HUAWEI MateBook 14 hadir dengan cip pemprosesan AMD Ryzen™ 4000H Series Mobile Processor yang sering digunakan di dalam komputer riba untuk “gaming”.

Dengan chipset yang berkuasa ini bersama 16GB RAM, anda memang tak perlu risau kalau nak sunting video dan gambar berskala besar, membuka perisian yang berat dan sudah tentu, melakukan kerja pejabat seharian. Itu belum kira sistem pembuangan haba HUAWEI Shark fin yang menggunakan 2 kipas bagi memastikan MateBook 14 anda tidak panas secara senyap tanpa sebarang bunyi.

Senang cakap, membeli MateBook 14 ini seumpama anda memiliki komputer riba “gaming” yang harganya berpuluh-puluh ribu. Memang value for money sungguh!

Satu-satunya laptop dengan paparan 2k Fullview

Tahukah anda bahawa pada harga sekitar RM3,799, HUAWEI MateBook 14 adalah satu-satunya komputer riba yang hadir dengan 2k Fullview Display. Memang sesuai sangat untuk anda yang sering bekerja dengan gambar/video, suka menonton drama/filem atau bermain “game”. Memang jelas terserlah segala-galanya.

Malah anda boleh melihat gambar/tulisan dengan lebih banyak kerana skrin HUAWEI MateBook 14 mempunyai aspek ratio 3:2. Selain itu, kamera MateBook 14 yang tersembunyi juga membantu ia memperolehi 90% screen-to-body ratio, sekaligus menjaga privasi dan mengelakkan anda daripada di”hack”.

Paling penting, MateBook 14 ini telah diiktiraf oleh TÜV Rheinland dalam bab pengurangan cahaya biru bagi melindungi mata anda.

Telefon & Komputer Jadi Satu – HUAWEI Share

HUAWEI Share adalah teknologi ekslusif yang hanya boleh digunakan oleh pengguna produk HUAWEI. Dengan hanya satu sentuhan, MateBook 14 dan telefon pintar HUAWEI anda digabungkan menjadi satu. Tak perlu sebarang wayar mahupun sambungan Internet. Anda kini boleh memindahkan fail/gambar sesuka hati di antara kedua-dua peranti ini dengan kelajuan sepantas kilat. Siap boleh angkat telefon menggunakan komputer lagi. Memang mantap!

Butang “fingerprint power”

Betapa mudahnya apabila butang “power” dan pengesahan “fingerprint” digabungkan menjadi satu. Letak je jari anda maka MateBook 14 akan terus dihidupkan dan anda boleh masuk ke “desktop” tanpa perlu menaip kata laluan. Jimat masa, tampak professional dan paling penting, tak perlu risau terlupa password.

1 Pengecas Untuk Kesemua Peranti HUAWEI

“Charger” untuk HUAWEI MateBook 14 anda juga turut boleh digunakan untuk mana-mana peranti HUAWEI yang menggunakan USB-C. Paling best, pengecas ini boleh muat masuk ke dalam poket. Kecil, jimat ruang dan tak berat seperti pengecas komputer riba yang lain. Memang memudahkan lebih-lebih lagi untuk anda yang kaki travel.

Rekaan yang penuh bergaya

Dengan berat hanya 1.49kg serta ketebalan senipis 15.9mm, rekaan minimalist dan bahan buatan daripada aluminium, HUAWEI MateBook 14 menetapkan piawaian yang tinggi untuk komputer riba 14 inci di pasaran. Hadir dengan pilihan warna Space Grey, anda pasti akan tampak lebih bergaya dan professional apabila membuat pembentangan bersama-sama dengan MateBook 14 di sisi anda.

Sebagai kesimpulan, sememangnya anda tidak akan menjumpai komputer riba yang berkuasa tinggi, rekaan cantik, skrin memukau dan mampu melakukan pelbagai kerja dengan efisien pada harga yang ditawarkan oleh HUAWEI MateBook 14 ini.

Bakal dijual secara rasmi bermula 30 Oktober ini pada harga RM3,799, anda boleh membuat pra-tempahan terlebih dahulu dari 26 Oktober sehingga 29 Oktober ini.

Hadiah percuma bernilai RM1,177 menanti anda termasuklah HUAWEI FreeBuds 3, beg sandang, tetikus bluetooth (selagi stok masih anda). Jadi tunggu apa lagi? Maklumat lanjut layari laman rasmi HUAWEI.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...