22.5W Super Charge, RM799 & Akan Dilancarkan 30 Oktober, Ini 7 Sebab Anda Akan Jatuh Cinta Dengan HUAWEI Y7a

Teknologi

22.5W Super Charge, RM799 & Akan Dilancarkan 30 Oktober, Ini 7 Sebab Anda Akan Jatuh Cinta Dengan HUAWEI Y7a

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kembali lagi untuk beberapa buah negeri di Malaysia. Namun tinggal di rumah bukanlah bermakna anda kebosanan sepanjang masa.

Inilah masa terbaik untuk menonton kembali drama-drama Korea yang tidak sempat anda habiskan sebelum ini. Atau mungkin anda juga boleh mengasah bakat menjadi Youtuber dengan merakam video ketika meluangkan masa bersama ahli keluarga tercinta. Untung-untung boleh viral!

Advertisement

Sudah tentu anda memerlukan sebuah telefon pintar untuk melakukan aktiviti-aktiviti di atas tetapi taknak lah yang mahal sangat sampai habis duit simpanan.

Time-time PKP ini kenalah berjimat cermat kan? Ha, sebab itulah kami cadangkan HUAWEI Y7a, sebuah telefon pintar terbaru HUAWEI yang penuh berkuasa. Tak caya? Ini 7 sebab yang akan buatkan anda jatuh cinta dengannya:-

Satu-satunya telefon pintar di bawah RM800 yang hadir dengan 22.5W Superfast charging

Terpaksa “pause” ketika bermain game sambil menunggu telefon pintar anda dicas sememangnya satu “mood killer”. Tetapi dengan keupayaan 22.5 super charging HUAWEI Y7a, anda hanya perlu hidupkan pengecas, mandi sebentar dan telefon anda akan tersedia untuk digunakan sebaik sahaja anda selesai.

Bateri sebesar 5,000 mAh

huawei y7a

Dah la cas pun laju, bateri HUAWEI Y7a ini pun sebesar 5,000 mAh. Tahap ketahanan bateri HUAWEI Y7a ini ialah anda boleh layan video selama 16.6 jam dan bergayut dengan kekasih tercinta selama 38.2 jam. Memang puas hati!

Ruang simpanan 128GB

Mesti stress kan kalau ada telefon pintar tapi asyik-asyik kena delete gambar, video dan applikasi sebab ruangan tak cukup. Memang membazir masa. Sebab itulah HUAWEI Y7a ini hadir dengan ruangan simpanan 4GB+128GB untuk anda menyimpan segala apa yang diinginkan. Lagi syok, boleh tambah ruangan simpanan luaran sehingga 512GB kalau anda nak. Confirm tak payah delete dah lepas ini.

48MP Quad Kamera Yang Dilengkapi AI

Bukan sahaja harga HUAWEI Y7a adalah antara yang paling berbaloi di pasaran, kehebatan kameranya juga amat mengkagumkan. Hadir dengan 4 lensa kamera iaitu 48MP lensa utama, 8MP lensa ultra-wide, 2MP lensa macro dan 2MP lensa kedalaman.

Kesemua lensa HUAWEI Y7a ini dilengkapi dengan Artificial Intelligence untuk memudahkan anda merakam detik-detik bersama keluarga dengan lebih menarik serta cantik. Lagi best, ambil gambar pada waktu malam pun amat mudah kerana HUAWEI Y7a dilengkapi dengan pilihan Ultra Night Mode. Tekan je terus dapat gambar cun melecun.

Skrin 6.7 inci full HD

Memang puas hati kalau marathon drama dengan HUAWEI Y7a ini. Mana taknya skrin HUAWEI Y7a adalah sebesar 6.7 inci dengan 90% screen-to-body ratio. Full HD pulak tue. Paling penting, ia turut diiktiraf mempunyai “low blue light” oleh TÜV Rheinland bagi membolehkan anda menatap skrin berjam-jam tanpa merosakkan mata anda.

Rekaan yang menarik

HUAWEI Y7a didatangkan dalam 3 pilihan warna yang memukau iaitu Blush Gold, Crush Green dan Midnight Black. Kalau anda jenis telefon sering terjatuh dari genggaman tangan, jangan risau kerana HUAWEI Y7a ini mempunyai rekaan 3D ergonomic yang memberikan keselesaan, kejituan dan ketepatan ketika memegangnya. Barulah boleh layan Kdrama tanpa takut telefon terhempap atas muka.

HUAWEI MeeTime

Last but not least, jangan jadikan PKP sebagai alasan untuk anda tidak berhubung dengan keluarga tercinta. Gunakan HUAWEI MeeTime yang ada di dalam HUAWEI Y7a untuk membuat panggilan video kepada ibu bapa dan ahli keluarga anda. Siap boleh kongsi skrin lagi tau! Bolehlah shopping sekali.

Ha camner? Dah jatuh cinta kan dengan HUAWEI Y7a? Last but not least, di dalam telefon pintar terbaru HUAWEI ini turut terpasang HUAWEI AppGallery dan Petal Search Widget. Sama ada untuk mencari makluman, ber”window shopping” secara online, bermain game atau menonton drama kegemaran anda, kesemua applikasi yang diperlukan ada di dalam HUAWEI AppGallery yang turut mempunyai kebanyakan applikasi kegemaran rakyat Malaysia. Sebagai tambahan, anda juga boleh gunakan Petal Search Widget untuk mencari applikasi yang diinginkan secara pantas dan mudah. Senang kan?

Harga dan Ganjaran

Seperti yang dimaklumkan, harga HUAWEI Y7a adalah RM799 sahaja. Telefon pintar ini boleh dimiliki di seluruh Malaysia bermula 30 Oktober 2020 ini. Yang lagi menyeronokkan, anda akan mendapat ganjaran akses ke HUAWEI Video selama 30 hari secara PERCUMA.

Bolehlah tengok saluran seperti Qello Concert, The Explorer dan HUAWEI Academy. Tak lupa juga 15GB ruangan penyimpanan di HUAWEI Cloud Storage selama 12 bulan. Memang terlebih berbaloi jika anda beli HUAWEI Y7a ini.

Jadi tunggu apa lagi? Untuk makluman lanjut tentang HUAWEI Y7a, layari laman web HUAWEI dan juga Facebook HUAWEI Malaysia.

Kongsi & Berpeluang Memenangi HUAWEI Y7a

huawei y7a

Inginkan peluang membawa peluang HUAWEI Y7a yang awesome ini? Anda cuma perlu lakukan

3 langkah mudah di bawah ini:-

  1. Ikuti Facebook HUAWEI Mobile MY
  2. Like & Kongsi video ini. Pastikan perkongsian anda adalah “public”
  3. Tag 3 kawan anda di ruangan komen

Mana tahu rezeki anda kan? Tak cuba tak tahu. Semoga berjaya!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...