Written by Bella | February 14th, 2019

Dilanda kontroversi panas sehingga gelaran Dewi Remaja 2018/2019 ditarik balik, karier seni Haneesya Hanee bagaimanapun sudah semakin berkembang  dan mendapat banyak tawaran terutama sekali dalam dunia peragaan.

Baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 19 dalam satu majlis yang cukup meriah dan mewah di Vortex Hotel Suites& Residences KLCC, nama beliau sekali lagi menjadi bualan hangat apabila ada yang mengkritik wajahnya terlalu matang dan jauh berbeza dengan usianya yang masih muda.

Menyedari isu itu viral, Haneesya menerusi akaun Twitter meluahkan rasa kecewa dengan sikap netizen yang menjadikan wajahnya itu sebagai topik yang mengarut dan langsung tidak berasas.  Apa salahnya kalau wajahnya kelihatan matang?

Rata-rata pengikutnya turut bersetuju dengan kenyataan Haneesya dan menasihatkannya untuk tidak terlalu ambil pusing dengan komen-komen negatif yang cuba menjatuhkannya.

Sumber Berita : Twitter

Written by Bella | February 11th, 2019

Isu bekas Dewi Remaja 2018/2019 berparti di kelab malam bersama beberapa lagi finalis Dewi Remaja sehingga mabuk merupakan kontroversi yang paling menggemparkan. Gelaran yang diberikan kepada Haneesya Hanee ditarik balik dan Ernisha serta Fazreen tidak boleh lagi menggunakan gelaran ‘Finalis Dewi Remaja’ bagi sebarang aktiviti seni mereka pada masa akan datang.

Susulan itu, Ernisha pernah mendakwa ada pengkhianat di dalam Dewi Remaja yang sengaja menyebarkan video kontroversi itu. Secara tiba-tiba, nama Anna Jobling pula dikaitkan.

Bagaiamanapun, Anna menafikan dakwaan dalang disebalik penyebaran video itu. Sudah menganggap kesemua peserta Dewi Remaja ibarat adik-beradik, beliau tidak mungkin mempunyai niat busuk untuk mengkhianati mereka apatah lagi merasa cemburu Haneesya dipilih sebagai pemenang.

Untuk apa saya mengkhianati mereka, sedangkan kami melalui jatuh bangun bersama ketika menyertai program pencarian bakat, Dewi Remaja 2018/2019? Kami rapat seperti adik-beradik dan hati saya tidak sebusuk itu untuk menjatuhkan orang lain. Tiada sekelumit perasaan dengki dan iri hati apabila Haneesya Hanee dipilih sebagai pemenang.

Saya juga tidak pernah bermasalah dengan Ernisha mahupun Fazreen. Jauh di sudut hati, saya amat bersimpati dengan apa yang berlaku, tetapi apakan daya, nasi sudah menjadi bubur.

Apa bukti saya dalang yang menyebarkan video itu? Saya cabar mereka yang menuduh supaya tampil bersama bukti, bukan hanya tahu petik nama.

Jika sudah melakukan kesalahan, tiada guna menuding jari menyalahkan orang lain. Kenapa saya yang menjadi mangsa tuduhan? Jujurnya, saya tidak takut kerana saya tidak bersalah.

Anna mengakui kecewa dihimpit dengan pelbagai tuduhan dan kecaman sedangkan orang ramai tidak mengetahui perkara sebenar. Isu ini sedikit sebanyak mencalarkan imej dan reputasinya.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Remaja

Kredit Video : MHE TV

Written by Bella | January 23rd, 2019

Selepas Haneesya Hanee, dua lagi bekas finalis Dewi Remaja 2018/2019  iaitu Erni Nurshahira (Ernisha) dan Faizni Fazreen tampil memohon maaf berhubung kontroversi mereka berhibur di kelab malam dan meminum arak.

Mengakui kesilapan kerana sudah melanggar kontrak Dewi Remaja, Ernisha berharap dengan permohonan maaf ini, isu tersebut tidak akan dipanjangkan lagi.

Di sini saya ingin memohon maaf kerana saya akui perbuatan melanggar kontrak itu adalah kesalahan saya. Saya berharap dengan pengakuan ini, isu ini tidak akan dipanjangkan. Kami pun tidak mahu fikirkan mengenai apa-apa pertuduhan yang saya muat naik sebelum ini. Past is past, saya hanya ingin fikir secara positif. Mungkin ada hikmah kejadian ini berlaku.

Fazreen yang turut memohon maaf dan sama seperti Ernisha, beliau juga berharap apa yang berlaku tidak akan lagi diperkatakan dan ingin fokus membina kariernya.

Saya memohon maaf, saya tahu ia kesalahan saya dan ia boleh menjejaskan nama saya serta syarikat.  Saya berharap perkara yang lepas itu tidak lagi dikenang, dan semoga selepas ini hanya perjalanan karier saya yang diperkatakan. Kami belajar daripada kesilapan ini, sama juga seperti kita yang pernah melakukan kesalahan sebelum ini. Bagi yang mengecam, kami ambil jalan untuk tidak menghantar reply kepada mereka.

Pada 17 Januari lalu, gelaran Dewi Remaja 2018/2019 milik juara Haneesya Hanee ditarik balik dan tiada Dewi Remaja untuk edisi kali ini. Ernisha dan Fazreen pula dilarang menggunakan gelaran finalis Dewi Remaja bagi sebarang aktiviti seni mereka pada masa akan datang.

Sumber Berita & Foto : Remaja

Written by Bella | January 22nd, 2019

Kontroversi finalis Dewi Remaja 2018/2019 berparti sakan di kelab malam dan meminum arak sehingga ada yang membuka tudung antara isu yang paling hangat sepanjang minggu lalu.

Pelbagai spekulasi timbul dan umum mengetahui keputusan drastik sudah dibuat dimana gelaran Dewi Remaja Haneesya Hanee ditarik balik manakala Ernisha dan Fazreen tidak lagi dibenarkan menggunakan gelaran  Finalis Dewi Remaja untuk karier mereka pada masa akan datang.

Ernisha antara yang teruk juga dikecam netizen kerana membuka tudung tampil seksi di kelab malam dengan memakai bini telah tampil memohon maaf. Katanya, beliau akan cuba untuk berubah menjadi seorang insan yang lebih baik.

Pernah mendakwa ada pengkhianat didalam Dewi Remaja yang menyebarkan video kontroversi itu, Ernisha yang sudah memaafkan ‘pengkhianat’ itu berdoa agar satu hari nanti invidu tersebut tidak ditimpa perkara yang sama.

Dalam pada itu, Ernisha juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sering memberikannya kata-kata semangat ketika dihimpit kontroversi.  Buat Ernisha, apa yang berlaku ada hikmahnya.

Sumber Berita : Twitter & Oh Bulan