Written by Bella | February 11th, 2019

Isu bekas Dewi Remaja 2018/2019 berparti di kelab malam bersama beberapa lagi finalis Dewi Remaja sehingga mabuk merupakan kontroversi yang paling menggemparkan. Gelaran yang diberikan kepada Haneesya Hanee ditarik balik dan Ernisha serta Fazreen tidak boleh lagi menggunakan gelaran ‘Finalis Dewi Remaja’ bagi sebarang aktiviti seni mereka pada masa akan datang.

Susulan itu, Ernisha pernah mendakwa ada pengkhianat di dalam Dewi Remaja yang sengaja menyebarkan video kontroversi itu. Secara tiba-tiba, nama Anna Jobling pula dikaitkan.

Bagaiamanapun, Anna menafikan dakwaan dalang disebalik penyebaran video itu. Sudah menganggap kesemua peserta Dewi Remaja ibarat adik-beradik, beliau tidak mungkin mempunyai niat busuk untuk mengkhianati mereka apatah lagi merasa cemburu Haneesya dipilih sebagai pemenang.

Untuk apa saya mengkhianati mereka, sedangkan kami melalui jatuh bangun bersama ketika menyertai program pencarian bakat, Dewi Remaja 2018/2019? Kami rapat seperti adik-beradik dan hati saya tidak sebusuk itu untuk menjatuhkan orang lain. Tiada sekelumit perasaan dengki dan iri hati apabila Haneesya Hanee dipilih sebagai pemenang.

Saya juga tidak pernah bermasalah dengan Ernisha mahupun Fazreen. Jauh di sudut hati, saya amat bersimpati dengan apa yang berlaku, tetapi apakan daya, nasi sudah menjadi bubur.

Apa bukti saya dalang yang menyebarkan video itu? Saya cabar mereka yang menuduh supaya tampil bersama bukti, bukan hanya tahu petik nama.

Jika sudah melakukan kesalahan, tiada guna menuding jari menyalahkan orang lain. Kenapa saya yang menjadi mangsa tuduhan? Jujurnya, saya tidak takut kerana saya tidak bersalah.

Anna mengakui kecewa dihimpit dengan pelbagai tuduhan dan kecaman sedangkan orang ramai tidak mengetahui perkara sebenar. Isu ini sedikit sebanyak mencalarkan imej dan reputasinya.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Remaja

Kredit Video : MHE TV

17 responses to Hati Saya Tidak Sebusuk Itu Untuk Khianati Mereka – Anna Jobling Nafi Sebarkan Video Dewi Remaja Mabuk

  1. WickEd says:

    Cantik budak ni…kalau pandai jaga diri boleh naik

    9

    1
    • minah jambu say NO to drugs says:

      buat ape kalau muka cantek kalau hati nye kaudu hati busok..cerita dhbis dh tk payah nk sebut sebut lagi n tk payah nak cakap diri tu baik ! bende dari juara dewi remaja pon dh di tarek balek itu yg kau nak kan ?????? kenape mesti nak sebut balek ini cerita !! kawan kau masok club bukak tudung kenape kau tak viral kan ? kecoh kan lah cerita kawan kau yg masok club bukak tudung huh ! jangan ingat muka cantek macm kau tu boleh menang dewi remaja !! hati kau kaudu punye pasal babtu tk menang huh !! biar kulit itam tapi hati berseh..

      0

      41
      • Anonymous says:

        Kompem ke yg kulit hitam tu hati bersih? Mana ko tau? Ko Tuhan boleh nampak? Kalau hati bersih, dia tak gi minum arak bagai tu. Tu tanda hati dah hitam kelam sampai tak nampak mana salah mana patut elak.

        5

        3
    • Anonymous says:

      budak kampung ni bru rasa duk bandar..aku kawen mat saleh xde pun nk over jadi cam mat saleh

      2

      3
  2. Anonymous says:

    ada beberapa org yg ambil gmbr tu, kalau anna seorg je yg ambil pasti diakah yg sebarkan??..
    kalau ada beberapa org lain yg ambil..cuba senaraikan nama2 yg masa ambil gmbr tu..ke mmg korang mabuk sgt2 dlm tu, x sdr siapa yg ambil..

    14

    0
  3. R says:

    Klu ko tuduh orang tak berdosa. Disamping ko lukakan hati orang yg dituduh. Ko buat dosa, dosa, dosa keting!!

    1

    0
  4. MEDY OSITA says:

    die join x parti malam tu ?

    1

    0
  5. anonymous says:

    anna spatutnya dewi beauty with brain and purpose,yg tiga ekor tu bangkai busuk

    8

    1
  6. Anonymous says:

    budak kampung ni bru rasa duk bandar.. aku kawen mat saleh pun xde nak over nakk jadi mat saleh…

    0

    3
  7. Shhhhh mMmmmmm says:

    Sha looks a little like Fathia Latif & Juliana Evans…but more beautiful!

    12

    1
  8. Anonymous says:

    terok btol lah taon ni

    0

    0
  9. Ken says:

    This one is pretty ….. Wonder why she didnt win

    3

    1
  10. Killa says:

    Kes dh basi dh masuk tong sampah dh pun, nk ulang lg rasa dh naik mual lah dik ooiii…ubahlh perangai kpd yg lbh baik dik…muka cantik cari kerja n kerjaya yg ok n kahwin, habis citer.

    2

    0
  11. Embok bidan besah says:

    Tak salah pun daripada terus2 hippo kerett

    0

    0
  12. cIk piNgu says:

    isu ni timbul balik sb haneesya Hanee buat birthday party dia kat KLCC (kalau x silap KLCC). So rakan seDewi Remaja tu ada hadir; Ernisha, Fazren dan Sherin Amiri. Iols tertengok salah sorg dari deols tu tulis ayat mcm ni “Kenapa unfollow” (merujuk kepada Anna Jobling yg tetiba unfollow dan alasan dia sb x nk unsur2 negatif tu mempengaruhi dia (yelah dia kan diboikot geng2 tu lps tu dari duk tgk ig story deols yg happy tu baik unfollow je dari duk tgk deols berhappy2 tanpa dia bsama dlm majlis).

    pagi ni iols try cari ig yg tulis psl unfollow2 ni tp mcm dah xde? x sure iols tgk di IG ernisha, sherin atau fazren tp yg pasti bukan dari Ig haneesya.

    2

    0
  13. bawang lembut says:

    Xpe anna dgn muka cam ni conform akn jd plakon popular skit ari lg.klu x pun,kerabat2 dan dato2 sdg cari jalan nak pikat you.

    1

    0

Leave a Comment

Optional