November 17th, 2017

Teka-teki pernikahan Fattah Amin dan Fazura masih lagi menjadi bualan ramai sehingga saat ini, peminat sudah tidak sabar untuk menantikan pasangan ini mengeluarkan kenaytaan rasmi berhubung spekulasi perkahwinan mereka.

Sebagai bekas kekasih Fattah, pelakon Sherry Ibrahim tumpang gembira sekiranya Fattah sudah benar-benar bertunang ataupun berkahwin dengan Fazura dan berharap pasangan sensasi itu bahagia bersama.

Kalau betul Fattah dan Fazura sudah berkahwin atau bertunang, baguslah. Fattah kini menuju ke arah lebih baik. Terserlah keceriaan pada wajah kedua-duanya apabila sama-sama mengerjakan Umrah dengan keluarga masing-masing. Saya doakan semoga apa yang dirancang berjalan lancar dan mereka bahagia.

Sebagai wanita yang pernah rapat dengan Fattah, saya lega apabila tiada pihak membandingkan saya dengan mana-mana wanita yang dikaitkan dengannya selepas saya.  Saya tiada masalah dengan mana-mana teman wanitanya. Jika ada yang bertanya, saya anggap ia hanya sekadar pendapat dan saya mendoakan yang terbaik buatnya.

Sherry dan Fattah mula bercinta sekitar tahun 2014 selepas mula rapat ketika menjalani penggambaran drama Cinta Ibadah. Mereka kemudian membuat keputusan untuk berpisah pada Ogos 2016 kerana sudah tidak ada persefahaman lagi.

Kami puji sikap Sherry yang tidak mahu memikirkan hal lalu dan tetap mendoakan yang terbaik buat Fattah.

Sumber Berita : Harian Metro

November 16th, 2017

Spekulasi pertunangan serta pernikahan Fattah Amin dan Fazura masih lagi menjadi teka-teki. Ramai yang sudah tidak sabar untuk menantikan sidang media khas yang bakal diadakan oleh Fattzura pada 23 November ini untuk merungkai segala persoalan dan isu tentang hubungan mereka berdua. Adakah benar-benar bercinta atau sebaliknya?

Terbaru, Pejabat Agama Islam Daerah Petaling (PAID) memberitahu pihak mereka tidak menerima permohonan pernikahan dari Fattah dan Fazura. Untuk makluman pembaca,  pasangan yang hendak melangsungkan pernikahan perlu mengemukan permohonan kepada pejabat agama Islam daerah di tempat tinggal mereka.

Sehingga hari ini (semalam) kami tidak menerima sebarang permohonan nikah daripada mereka. Kita pun ada dengar mengenainya (spekulasi kedua-dua pelakon itu bernikah) namun setakat ini tiada apa-apa permohonan lagi.

Dalam pada itu, pengurus Fattah iaitu Acha mengesahkan majlis tertutup yang berlangsung di kediaman nenek Fazura, sebenarnya adalah kenduri dan doa selamat  sempena dengan keberangkatan pasangan ini bersama keluarga ke Makkah semalam bagi mengerjakan umrah.

Sumber Berita : Harian Metro

November 15th, 2017

Pelakon Fattah Amin dan Fazura yang dikhabarkan sudah bernikah dalam sebuah majlis rahsia malam semalam berjanji mereka akan mengadakan satu sidang media khas pada 23 November ini, selepas pulang daripada mengerjakan ibadah umrah bersama-sama. Sidang media itu dipercayai diadakan bagi menjawab segala spekulasi tentang hubungan mereka berdua selama ini  termasuklah gosip pertunangan serta pernikahan.

Dengan rendah hati, Fattah dan Fazura ingin memohon seribu kemaafan dan memohon doa dari semua rakan wartawan dan para peminat semoga Umrah mereka dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Insya-Allah, berikutan dari perkara ini pihak Fattah Amin dan Nur Fazura akan mengadakan satu sidang media pada 23 November. Lokasi dan masa sidang media ini akan kami kongsikan dalam waktu terdekat ini.

Fattah dan Fazura telah pun berangkat ke Makkah pagi tadi dan turut disertai oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Semoga Fattah dan Fazura sekeluarga mendapat umrah yang mabrur.  Harapnya selepas mereka kembali ke tanah air nanti, Fattah dan Fazura sudah terbuka hati untuk berkongsi apa yang berlaku sebenarnya semalam. Jika ada khabar gembira, apa salahnya untuk berkongsi dengan peminat serta wartawan yang menjadi tulang belakang karier mereka selama ini.

Sumber Berita : mStar Online

November 15th, 2017

Sejak malam tadi kecoh dengan spekulasi kononnya pasangan sensasi, Fattah Amin dan Fazura sudah bernikah dalam diam di kediaman nenek Fazura yang terletak di Petaling Jaya. Menerusi portal Harian Metro, terdapat khemah yang didirikan dengan perhiasan seperti majlis perkahwinan di perkarangan rumah tersebut dan ada tetamu hadir termasuk keluarga Fattah.

Walaubagaimanapun, laluan masuk di kediaman tersebut dikawal dengan ketat oleh adik dan pembantu peribadi Fazura dan hanya tetamu tertentu sahaja dibenarkan masuk. Malah, pengurus Fattah juga ketika ditemui tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai berita pernikahan tersebut dan meminta orang ramai menunggu kenyataan rasmi daripada Fattah sendiri.

Kediaman nenek Fazura

Menerusi ruangan komen di foto Kaabah yang dimuat naik di akaun Instagram Fattah, ramai yang sudah memberikan komen mengenai perkahwinan itu dan ia juga mula dibanjiri dengan ucapan tahniah oleh peminat.

Bukan itu sahaja, ada sumber kepada Harian Metro memberitahu Fattah dan Fazura bakal bernikah di hotel di Makkah iaitu dalam tempoh mereka mengerjakan umrah.

Terdahulu, tersebar khabar angin mengatakan Fattah dan Fazura akan mengikat tali pertunangan pada 13 November. Fazura mengatakan ia hanya sekadar gimik bagi drama Wanita Terindah tetapi Fattah yang tidak mahu mengiyakan atau menidakkan gosip tersebut hanya meminta peminat mendoakan yang terbaik buat mereka. Fattah juga berjanji untuk berkongsi berita gembira bersama peminat jika beliau dan Fazura mempunyai jodoh untuk bersama.

Sumber Berita : Harian Metro