November 22nd, 2017

Ketika ini ramai yang sudah tidak sabar untuk menanti kepulangan Fattah Amin dan Fazura dari menunaikan umrah dan mengadakan satu sidang media khas esok berkaitan gosip pernikahan mereka.

Hari ini, kisah pasangan ini akan menjadi lebih sensasi apabila ada sumber rapat memberitahu Fattah dan Fazura bakal mengadakan majlis persandingan pada pertengahan bulan Disember depan.

Difahamkan majlis persandingan khas buat peminat mereka akan diadakan di Palace of the Golden Horses sebagai penaja dan majlis untuk keluarga kedua-dua belah pihak pula diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Saya difahamkan hotel berkenaan akan menaja persandingan Fattah dan Fazura yang diadakan khusus untuk peminat. Bentuk penajaan merangkumi penyediaan lokasi dan makanan. Manakala, majlis persandingan membabitkan keluarga, rakan artis,segelintir media yang rapat dengan pasangan ini akan diadakan di hotel terkemuka sekitar Kuala Lumpur. Kalau tak silap saya, Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.

Saya rasa ada sebab kenapa pernikahan itu dirahsiakan sekiranya ia benar berlaku. Mungkin mahu memastikan keselematan dan kelancaran majlis. Mungkin juga Fattah dan Fazura termasuk keluarga masing-masing mahukan sebuah majlis yang privacy tanpa membabitkan orang luar.

Dalam pada itu, pengurus kepada Fazura, Iman Tang juga enggan memberikan sebarang komen mengenai pernikahan tersebut dan meminta orang ramai menunggu penjelasan lanjut pada sidang media khas nanti.

Sumber Berita : Harian Metro

November 20th, 2017

Fenomena Lofattah satu ketika dulu pernah menjadi perhatian ramai lebih-lebih lagi timbul gosip cinta lokasi antara Neelofa dan Fattah Amin sehinggalah kemesraan mereka yang jelas kelihatan ketika menghadiri acara hiburan bersama. Malang sekali, pelbagai kontroversi yang berlaku membuatkan mereka tidak lagi rapat seperti dahulu.

Kini timbul pula gosip pernikahan Fattah dan Fazura dan sebagai orang yang pernah dikaitkan bercinta dengan Fattah, ramai yang ingin tahu apakah komen Neelofa mengenai gosip tersebut.

Ketika ditemui pihak media, Neelofa hanya meletakkan jari di bibir sebagai tanda tidak mahu menjawab sebarang persoalan berkaitan gosip Fattzura.

Ada sesetengah netizen di media sosial berpendapat mungkin Neelofa kecewa dengan berita pernikahan tersebut. Walaubagaimanapun, tidak mustahil juga yang Neelofa sudah “move on” dan mempunyai alasan tersendiri untuk tidak memberikan sebarang kenyataan.

Sumber Berita : Harian Metro

November 20th, 2017

Pemergian pelakon Fattah Amin dan Fazura bersama keluarga mereka ke Tanah Suci Makkah menimbulkan pelbagai spekulasi. Ada pihak mengesahkan mereka sebenarnya sudah bernikah secara tertutup pada 14 November lalu iaitu malam sebelum mereka bertolak untuk mengerjakan umrah.

Dikala semua peminat di Malaysia sedang rancak berbicara mengenai pernikahan mereka, pengurus Fattah, Aca telah memuat naik video yang seakan memberikan gambaran bahawa Fattah dan Fazura sudah bergelar suami isteri.

Dalam video yang dimuat naik Aca, beliau telah mengusik ibu kepada Fazura sewaktu berada di Jabal Rahmah dan bertanyakan apakah doa yang ingin beliau minta. Secara spontan, ibu Fazura mendoakan agar jodoh anaknya dan Fattah berkekalan.

Adakah ia menguatkan lagi spekulasi percintaan dan pernikahan Fattzura? Ramai juga yang sudah teruja untuk mengetahui cerita sebenar lebih-lebih lagi ibu Fazura sudah berdoa begitu. Apa-apa pun, kita tunggu nanti penjelasan mereka selepas pulang daripada umrah nanti.

November 20th, 2017

Teka-teki mengenai berita pernikahan Fattah Amin dan Fazura mungkin sudah terjawab apabila ada sumber melalui portal Utusan Online mengesahkan pasangan tersebut telah selamat diijabkabulkan pada 14 November lalu jam 12.30 tengah malam dama sebuah majlis tertutup di kediaman nenek Fazura hanya dengan sekali lafaz. Pasangan ini dinikahkan oleh abang kandung Fazura sendiri.

Untuk pengetahuan anda, memang benar Fattah dan Fazura merancang untuk bernikah di Tanah Suci Makkah tetapi menghadapi beberapa masalah. Mereka bertunang pada 13 November lalu.

Benar, mereka telah dinikahkan dalam suasana sederhana sekitar pukul 12.30 malam pada tarikh itu dengan abang sulung Fazura sendiri menjadi wali pernikahan adiknya itu. Mereka bukan berkahwin dalam keadaan tergesa-gesa sebagaimana yang dianggap setengah pihak, sebaliknya memi­lih untuk mempercepatkan majlis tersebut beberapa hari lebih awal.

Perancangan untuk bernikah sudah dibuat sekitar tiga minggu lalu. Ikut perancangan mereka akan bernikah di Tanah Suci tetapi ia tidak boleh dijalankan di sana. Oleh itu, pada hari pertunangan mereka pada 13 November lalu, keluarga telah membuat keputusan untuk pernikahan dipercepatkan beberapa hari sebelum Fattah dan Fazura bersama keluarga berlepas untuk mengerjakan umrah.

Terdahulu, pihak pengurusan Fattah menafikan berita beliau sudah berkahwin dengan Fazura dan menjelaskan majlis yang berlangsung di kediaman nenek aktres tersebut adalah kenduri doa selamat bersempena dengan pemergian mereka ke Makkah bagi mengerjakan umrah.

Fattah dan Fazura berjanji akan mengadakan satu sidang media khas bagi menjawab segala persoalan tentang status hubungan mereka pada 23 November ini.

Sumber Berita : Utusan Online