November 20th, 2017

Fenomena Lofattah satu ketika dulu pernah menjadi perhatian ramai lebih-lebih lagi timbul gosip cinta lokasi antara Neelofa dan Fattah Amin sehinggalah kemesraan mereka yang jelas kelihatan ketika menghadiri acara hiburan bersama. Malang sekali, pelbagai kontroversi yang berlaku membuatkan mereka tidak lagi rapat seperti dahulu.

Kini timbul pula gosip pernikahan Fattah dan Fazura dan sebagai orang yang pernah dikaitkan bercinta dengan Fattah, ramai yang ingin tahu apakah komen Neelofa mengenai gosip tersebut.

Ketika ditemui pihak media, Neelofa hanya meletakkan jari di bibir sebagai tanda tidak mahu menjawab sebarang persoalan berkaitan gosip Fattzura.

Ada sesetengah netizen di media sosial berpendapat mungkin Neelofa kecewa dengan berita pernikahan tersebut. Walaubagaimanapun, tidak mustahil juga yang Neelofa sudah “move on” dan mempunyai alasan tersendiri untuk tidak memberikan sebarang kenyataan.

Sumber Berita : Harian Metro


Comments are closed.

Loading...