November 22nd, 2017

Ketika ini ramai yang sudah tidak sabar untuk menanti kepulangan Fattah Amin dan Fazura dari menunaikan umrah dan mengadakan satu sidang media khas esok berkaitan gosip pernikahan mereka.

Hari ini, kisah pasangan ini akan menjadi lebih sensasi apabila ada sumber rapat memberitahu Fattah dan Fazura bakal mengadakan majlis persandingan pada pertengahan bulan Disember depan.

Difahamkan majlis persandingan khas buat peminat mereka akan diadakan di Palace of the Golden Horses sebagai penaja dan majlis untuk keluarga kedua-dua belah pihak pula diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Saya difahamkan hotel berkenaan akan menaja persandingan Fattah dan Fazura yang diadakan khusus untuk peminat. Bentuk penajaan merangkumi penyediaan lokasi dan makanan. Manakala, majlis persandingan membabitkan keluarga, rakan artis,segelintir media yang rapat dengan pasangan ini akan diadakan di hotel terkemuka sekitar Kuala Lumpur. Kalau tak silap saya, Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.

Saya rasa ada sebab kenapa pernikahan itu dirahsiakan sekiranya ia benar berlaku. Mungkin mahu memastikan keselematan dan kelancaran majlis. Mungkin juga Fattah dan Fazura termasuk keluarga masing-masing mahukan sebuah majlis yang privacy tanpa membabitkan orang luar.

Dalam pada itu, pengurus kepada Fazura, Iman Tang juga enggan memberikan sebarang komen mengenai pernikahan tersebut dan meminta orang ramai menunggu penjelasan lanjut pada sidang media khas nanti.

Sumber Berita : Harian Metro


103 responses to “Sumber Rapat Sahkan Fattah Amin Dan Fazura Bakal Bersanding Disember Ini?”

  1. Iza says:

    Tahniah, Semoga Bekekalan

Loading...