Written by Bella | October 16th, 2018

Susulan kes dadah dan juga tindakan beliau mencederakan ke atas pihak polis dan orang awan, Jabatan Peguam Negara hari ini menolak representasi permohonan Datuk Farid Kamil untuk menggugurkan lima pertuduhan jenayah yang dihadapinya.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Firdaous Mohamed Idris memaklumkan perkara itu semasa sebutan kes Farid Kamil di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham pagi tadi.

Tidak berputus asa, Farid memberitahu beliau akan menghantar representasi kedua secepat mungkin.

Kita terima keputusan yang ditetapkan dan perbincangan akan dilakukan seterusnya bersama peguam saya untuk mengemukakan representasi kali kedua.

Terdahulu, Farid dibebaskan dari tahanan reman pada 16 Januari mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan meggunakan kekerasan serta mendatangkan kecederaan terhadap orang awan dan anggota polis, mengganggu anggota polis menjalankan tugas dan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan kesat di kaunter pertanyaan Balai Polis Trafik Kota Damansara kira-kira jam 1.20 petang, 11 Januari lalu.

Farid juga turut didakwa menggunakan dadah berbahaya Tetra Hydrocannibol (THC), iaitu ‘11-nor -tetra hydrocannabinol-9-carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Syarafiq Abd Samad

Written by Bella | May 17th, 2018

Gara-gara lantang bersuara mengenai isu politik dan menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini berpihak kepada parti pembangkang, pelakon Datuk Farid Kamil mendedahkan beliau digam oleh pihak produksi sejak bulan Januari lalu.

Bukan sahaja tidak menerima sebarang tawaran berlakon, Farid juga masih menunggu beberapa bayaran penuh yang belum dilunaskan walaupun ada antara drama lakonannya sudah habis ditayangkan.

Saya baru sedar nama saya telah digam oleh pihak produksi sejak awal Januari lalu. Mereka tidak mahu mengambil saya bekerja.  Sejak awal Januari lalu, nama saya kena tarik dan ada yang belum melangsaikan bayaran penuh kepada saya biarpun drama sudah habis ditayangkan.

Alasannya sebab saya terlalu lantang bersuara mengenai kerajaan terdahulu dan kes mahkamah saya itu kira kesimbungan apa yang berlaku.

Terdahulu, Farid bukan sahaja secara terbuka memberikan sokongan kepada Tun M tetapi  sering memuat naik “posting” berkaitan hal politik negara termasuklah isu skandal 1MDB di akaun Instagramnya.

Rasanya perkara ini bukan sahaja melibatkan Farid seorang malah beberapa selebriti lain juga. Ada yang terpaksa berdiam diri dan tidak boleh menunjukkan sokongan kepada Tun M kerana takut periuk nasi mereka diganggu oleh pihak atasan yang berpengaruh.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | March 1st, 2018

Ketika pelakon Datuk Farid Kamil ditahan reman atas kesalahan mengamuk di balai polis dan sah positif dadah jenis ganja, ramai yang tertanya mengapa terdapatnya kecederaan pada bahagian dahi beliau. Apa sebenarnya yang berlaku?

Lama berdiam diri mengenai isu terbabit, Farid semalam menerusi satu sidang media khas mendakwa beliau dipukul oleh 11 orang anggota polis ketika beliau di dalam lokap. Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 2.00 pagi pada hari ketiga di lokap.

Saya didatangi 11 orang individu berpakaian preman, kemudian saya diikat dengan baju putih. Apabila saya sedar dahi saya berdarah dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan.

Sudah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut pada 31 Januari lalu, Farid kecewa kerana tiada sebarang tindakan lanjut yang diambil. Sehingga hari ini beliau masih belum menerima sebarang maklum balas daripada pihak polis.

Sumber Berita : Astro Awani

Written by Bella | February 21st, 2018

Sudah memberikan keterangan berhubung isu menganiaya Datuk Farid Kamil dan meletakkan ganja dalam minumannya, kini dua rakan artis yang dituduh iaitu Taj Innuendo dan Osh mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Farid bertujuan membersihkan nama mereka. Perkara itu diberitahu oleh peguam Muhamad Akmal Arif Shamsul Kahar.

Pihak Taj sedia memberikan kerjasama untuk membantu siasatan. Apa yang didakwa oleh pihak Farid tidak menjejaskan reputasi Taj, namun dia pun agak terkejut dan sedih dengan apa yang berlaku.

Kami amat menghormati lunas undang-undang dan apa sahaja informasi yang pihak polis perlukan untuk menyelesaikan siasatan ini, kami akan berikan.

Terdahulu, Farid telah membuat laporan polis mendakwa tiga rakan artis memasukkan dadah ke dalam minumannya sehingga menyebabkan beliau bertindak di luar kawalan dan menampar anggota polis serta menendang orang awam sehingga ditahan baru-baru ini. Pendedahan Farid juga membawa kepada penahan pelakon Soffi Jikan yang positif dadah jenis ganja dan ditahan pada 6 Februari lalu.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE