Guna Kekerasan Terhadap Polis, Farid Kamil Dipenjara 13 Bulan

Hiburan

Guna Kekerasan Terhadap Polis, Farid Kamil Dipenjara 13 Bulan

Menggunakan kekerasan jenayah serta mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap seorang anggota polis dengan niat untuk menghalangnya melakukan tugas dua tahun lalu, pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil dijatuhi hukuman penjara selama 13 bulan.

farid kamil dihukum penjara

Advertisement

Terdahulu suami kepada pelakon Datin Diana Danielle itu diperintah oleh Mahkamah Majistret Petaling jaya membela diri atas empat pertuduhan termasuk menampar anggota polis trafik dan orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara pada 2018.

Farid bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Ashraf Ahmad dan Komstabel Mohd Nizam Jamaluddin pada 16 Januari 2018.

Farid juga didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap Mohd Nizam dengan niat menghalangnya melakukan tugas.

Mahkamah turut memerintah tertuduh membayar kos pendakwaan sebanyak RM5,000 atau menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar kos tersebut.

farid kamil dihukum penjara

Namun, mahkamah membenarkan Farid Kamil menangguhkan pelaksanaan hukuman itu dengan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin, sementara peguamnya memfailkan rayuan.

Malah, Farid turut didakwa atas pertuduhan keempat kerana berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap Mohd Nizam sehingga boleh mendatangkan kemarahan.

Terdahulu, selepas didapati melakukan kesalahan berkaitan dadah, Farid juga telah menjalani beberapa bulan hukuman penjara.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...