July 31st, 2019

Baru-baru ini, timbul spekulasi kononnya rumah tangga pelakon Datin Diana Danielle dan Datuk Farid Kamil sedang berantakan, mendakwa pasangan ini sudah tidak tinggal sebumbung.

Bagaimanapun, Diana menafikan khabar angin tersebut. Tidak dinafikan pelbagai dugaan dan ujian melanda, tetapi cinta dan kasih sayang mereka berdua tetap ututh dan cukup bahagia bersama.

Advertisement

Saya tidak berani untuk berjanji atau sumpah atas nama Allah, tetapi lihat ke dalam mata saya. Saya bahagia dengan Farid.

Ironinya, selepas apa yang berlaku sepanjang perkahwinan, kami semakin bahagia. Memikirkan setiap kesusahan yang ditempuh bersama menyedarkan bahawa saya sentiasa ada untuk Farid begitu juga sebaliknya. Setiap kepahitan dan cabaran yang ditempuhi telah mematangkan kami.

Berbicara mengenai kehidupannya sepanjang ketiadaan Farid selama 35 hari menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 15 Mei lalu, Diana berkata dia percaya dengan ketentuan Allah SWT buatnya.

Advertisement

Saya tidak murung. Ada ketika saya berdebar dan berasa takut. Namun, selepas saya reda dan yakin setiap dugaan yang datang merupakan aturan daripada Allah, saya menjadi tenang. Setelah apa yang berlaku saya mempelajari mengenai konsep kehidupan adalah sementara. Setiap perkara yang baik juga sementara, begitu juga sebaliknya. Saya tidak mahu buruk sangka dengan ketentuan Allah.

Jika ada satu dugaan besar mendatang, saya yakin wujud juga perkara baik yang akan hadir kelak. Sebagai manusia, kita jangan terlalu makan hati sehingga murung. Percaya dengan Allah.

Terdahulu, pada 15 Mei lalu, Farid dihukum penjara sembilan bulan dan diperintah berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya selepas didapati bersalah menggunakan dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC) pada Januari tahun lalu.

Namun, pada 19 Jun lalu, Farid dibenarkan menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sembilan yang dikenakan terhadapnya dengan syarat dia harus menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Sumber Berita : Kosmo Online

Advertisement

10 responses to “Saya Bahagia Dengan Farid, Kami Masih Tinggal Sebumbung – Diana Danielle”

  1. meetomato says:

    why must FK tangguh his jailtime? just go through it la, nanti good conduct, boleh la dilepaskan awal…why la double standard….

    juz bcos u minta tangguh, baru skrg nak bkepit2 ngan bini..show of remorse & repent tu ade tak fikir? duh!

  2. Anonymous says:

    Susah nak jumpa isteri macam ni..suami masuk penjara pon die boleh teruskan hidup cari rezeki untuk anak2. Ada rupa..setia susah senang ngan laki..jaga aib laki dia..dulu nampak dia ni macam sosial jer tapi tak sangka bab rumah tangga dia lagi matang dr stengah pompuan yg sume bende nak kene cite kt socmed

  3. Anonymous says:

    Ketentuan Allah? Datuk FK ambil dadah pukul orang sebab Allah suruh ya Datin DD…
    Baru tau pula ye

Loading...