Written by Bella | September 3rd, 2018

Beberapa kali menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Erra Fazira pada tahun ini dan sudah bersedia untuk menjadi bapa segera dan menjaga anak Erra iaitu Engku Aleesya dengna baik, bekas peserta Akademi Fantasia, Shahir Zawawi sehingga kini masih belum menjumpai tarikh yang sesuai untuk berkahwin dengan Erra.

Ramai yang ternanti dan tidak kurang juga ada yang mengecam Shahir hanya berangan sahaja mahu berkahwin dengan Erra sedangkan mereka sebenarnya tiada apa-apa hubungan.

Bagaimanapun, Shahir nampaknya terus bersikap positif dan berjanji tidak akan merahsiakan perkahwinannya dengan Erra jika segalanya sudah ditentukan nanti.

Insya-Allah, jika kami kahwin nanti, saya tak sorok dan akan beritahu kepada semua. Benda baik begini elok diuar-uarkan supaya tidak timbul fitnah kerana jika kita berahsia matlamat perkahwinan itu tidak sampai. Jadi, tak ada alasan nak sorok perkahwinan dan saya janji akan umum tentang hal itu apabila tiba waktunya.

Saya sedar ada tiga bulan sahaja lagi sebelum penutup 2018, tapi apa yang boleh saya kata kita merancang, kalau sampai waktunya kita akan beritahu. Sekarang ini, masing-masing sibuk dengan kerjaya dan sedang mencari-cari masa yang sesuai, cumanya belum jumpa tarikh sebenar lagi.

Harapnya hasrat Shahir itu akan termakbul satu hari nanti. Kalau ada jodoh tidak kemana.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | July 17th, 2018

Sudah beberapa kali Shahir menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan Erra Fazira, namun bila peminat sudah begitu teruja mendengar berita bakal bernikah, saat itu jugalah kedua-duanya tampil memberitahu mereka belum ada perancangan untuk bergelar suami isteri ataupun memberika jawapan pasti mengenai status hubungan mereka.

Mula ada peminat yang sudah naik menyampah dan bosan dengan sikap Shahir dan Erra yang sering berdolak-dalik. Apakah ‘wayang’ yang mereka sedang mainkan lagi? Ini dia penjelasan daripada Erra sendiri :-

Jujur kami belum ada rancangan berkahwin. Saya berjanji kalau ada langkah seterusnya dengan dia, pasti akan diberitahu. Tapi andai belum lagi keluar daripada mulut saya mahupun Shahir, semua itu bersifat spekulasi. Kalau ada jodoh dengan dia, alhamdulillah . Kalau sebaliknya, saya redha Doakan yang terbaik.

Saya pun bukan muda lagi. Saya memang tak pernah menafikan berkawan dengan Shahir sejak lebih tiga tahun lalu. Sebagai perempuan saya tak boleh berlebihan dalam hal ini. Bukan nak sorok atau main tarik tali. Memang tiada majlis merisik atau bertunang seperti yang didakwa sebelum ini. Shahir pun belum bertemu keluarga saya.

Shahir pula meminta agar peminat tidak berhenti mendoakan yang terbaik buat mereka dan semoga ada jodoh sehingga ke jenjang pelamin.

Sumber Berita : BH ONLINE