Written by Bella | March 6th, 2019

Bertahun juga lamanya peminat Erra Fazira menanti pengakhiran hubungannya dengan Shahir. Berita masuk meminang dan berkahwin sudah beberapa kali diperkatakan tetapi sehingga kini tiada jawapan pasti daripada pihak lelaki sehingga Erra baru-baru ini seakan sudah tawar hati.

Berbicara soal itu, Shahir dalam satu kenyataan terbaru memberikan jawapan yang sangat klise. Nampaknya hala tuju hubungan mereka masih kabur.

Jika jodoh tidak ke mana. Hanya itu jawapan paling ikhlas yang dapat saya berikan. Mungkin kedengaran klise, tetapi insya-Allah, andai ada jodoh, kami pasti bersatu.

Ramai yang kata, hubungan yang berpanjangan tanpa pengakhiran yang bahagia itu hanya membuang masa. Secara amnya, orang perempuan ini memang sabar tetapi janganlah sampai kesabaran mereka itu sudah tiba batasnya ataupun main tarik tali dalam sesuatu hubungan, nanti melepas.

Sumber Berita : BH ONLINE

53 responses to Jika Jodoh Tidak Ke Mana – Jawapan Klise Shahir Soal Kahwin Dengan Erra Fazira

  1. watever says:

    erra, pls wise up and move on. kalau laki tu btl ikhlas kat ko, dh lama dia pinang ko. nmpk sgt mamat ni loser n bakal sshkn ko kalau pn ko jd kawen dgn dia. keje pn x tntu cmne nk jd ketua rmhtgga, pls jgn kuar statement deperate ko xtau mn hala tuju dgn mamat ni, just say u are done with losers like him! people are laughing at u…come on!

  2. cik berpesan says:

    ramainya yg tahu hati erra..nujum ke korang ni…tau ke masalh pe dia dgn x husbandnya…kelakar la korang ni….lebih tahu dari perancanaan tuhan..dah tentu jodoh memang dah tulis awal-awal…kalau kembali kepada agama, tak kan ada istilah KALAU sebab semua itu qadha dan qhadar…dari dapat dosa kering, eloklah tenung diri sedalamnya..jangan cari silap orang je……janji erra bukan perampas..hanya dia yg tahu apa yg berlaku…jangan nak pandai-pandai mengagak..karang jenuh nak cari erra minta maaf kat sana….pesan je…..

  3. arisa says:

    KESIAN ERRA TUA MACAM NI DAH DIA

    • ingatlah says:

      semua akan tua..termasuk anda..nasib pada masa depan takada yg tahu.Doalah tak diuji dengan hebat,,,bersendirian….sampai masa,semua merasai kudrat tak seperti muda….