Written by Bella | February 7th, 2019

Nampaknya netizen sehingga hari ini masih lagi membicarakan dan memberikan reaksi terhadap persembahan epik Sufian Suhaimi di AJL 33.

Sebelum ini, Sufian sudah pun menjelaskan maksud sebenar ataupun unsur metafora mengenai persembahan tersebut, tetapi timbul pula isu baru dimana ada yang mendakwa visual kelopak bunga yang pecah pada skrin adalah duit kertas berterbangan.

Tidak mahu ramai yang terus salah faham, Sufian menerusi akaun Instagramnya memuat naik video penjelasan tentang visual tersebut.

Setiap orang mempunyai tafsiran yang berbeza mengikut apa yang minda mereka bayangkan. Apa-apa pun, grafik visual tersebut memang gempak, sebab itu masih ada lagi yang belum boleh ‘move on’ dengan persembahan Sufian.

Sumber Berita : Instagram Sufian Suhaimi

Written by Bella | February 4th, 2019

Kehangatan persembahan Sufian Suhaimi di AJL 33 masih lagi terasa dan ramai yang masih belum dapat ‘move on’ dengan kejutan beliau membawa pelamin di atas pentas.

Bukan itu sahaja, suit hitam dengan corak merah di dada yang dipakai oleh Sufian turut mempunyai makna yang mendalam. Perkara itu di dedahkan sendiri oleh pereka fesyen Hatta Dolmat.

Hatta menghayati sepenuhnya bait-bait penuh unsur kekecewaan  lagu Di Matamu ketika proses menyiapkan persalinan berkenaan.

Menurut Hatta, Sufian sudah lama meneruskan kehidupannya dan tidak lagi mengenangkan kisah putus tunangnya itu tetapi mahu mengekalkan mood dan karakter lagu tersebut termasuklah konsep putus cinta yang terserlah menerusi persalinan yang dipakai.

Rata-rata netizen memuji idea Hatta itu sangat kena dengan lagu serta persembahan Sufian. Sekali lagi tahniah buat Sufian, kami masih ingat kata-katanya yang berbuyi “ A broken heart creates a masterpiece” dan beliau sememangnya sudah berjaya mencipta sesuatu yang lebih baik disebalik kekecewaannya sebelum ini.

Sumber Berita : Hatta Dolmat

Kredit Foto : Muzik-Muzik 33

Written by Bella | February 4th, 2019

Menyampaikan lagu Di Matamu pada pentas AJL 33 semalam dan berjaya mendapat anugerah Persembahan Terbaik, prop serba puith yang dilihat seakan pelamin dengan hiasan bunga di pentas membuatkan ramai yang berkata ia nampak sama seperti pelamin sewaktu majlis pernikahan Elfira Loy.

Apakah niat Sufian dan benarkah beliau sengaja menyindir bekas tunangnya itu? Bagaimanapun, kata Sufian persembahan itu tidak ditujukan kepada mana-mana pihak dan beliau memohon maaf sekiranya ada yang terasa hati. Jauh sekali untuk mempergunakan nama bekas tunangnya untuk meraih perhatian ataupun publisiti murahan.

Saya tidak cuba serang sesiapa. Mana-mana pihak yang terasa hati saya mohon maaf. Ini memang lagu sedih dan berkaitan dengan putus cinta. Bukan saya seorang sahaja yang pernah mengalami putus cinta, jadi saya cuba menyampaikan sebaik mungkin.

Saya jujurnya baru tengok pelamin itu pada sesi latihan. Mungkin bukan hobi saya untuk lihat pelamin orang lain. Apa-apa pun itu bukan niat saya. Saya letak chandelier itu sebagai melambangkan situasi saya yang terperangkap dan akhirnya bebas. Kain putih pula melambangkan permulaan baru dan pelamin itu elemen kejutan.

Dalam pada itu, Sufian juga mengucapkan terima kasih kepada Elfira yang mendoakan kemenangannya di AJL 33. Padanya, tiada apa perkara negatif dan menganggap niat Elfira adalah baik.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Muzik-Muzik 33

Written by Bella | February 4th, 2019

Mengucapkan dan berdoa agar bekas tunangnya Sufian Suhaimi menang dalam Anugerah Juara Lagu Ke 33, pelakon Elfira Loy pula dikritik oleh netizen.

Sedang berada di Tanah Suci Mekah bersama suami, Faris Khairol Anuar untuk menunaikan ibadah Umrah, Elfira menerusi status Twitternya itu berharap kemenangan Sufian akan menghapus ‘deritanya’ selama ini.

Menganggap pesanan Elfira itu agak sinis, rata-rata netizen berpendapat pelakon itu seharusnya lebih fokus kepada ibadahnya dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengundang spekulasi.

Dalam pada itu, adik Elfira iaitu Ezlisa Loy turut memberikan komen mengenai persembahan Sufian yang menggunakan prop pelamin pernikahan yang seakan menyindir kakaknya. Menurutnya, Sufian seorang penyanyi yang baik tetapi masih lagi ingin mempergunakan nama Elfira untuk meraih perhatian dan publisiti.

Adakah tindakan Sufian yang menggunakan prop pelamin membuatkan mereka berdua terasa hati?