Kehangatan persembahan Sufian Suhaimi di AJL 33 masih lagi terasa dan ramai yang masih belum dapat ‘move on’ dengan kejutan beliau membawa pelamin di atas pentas.
Bukan itu sahaja, suit hitam dengan corak merah di dada yang dipakai oleh Sufian turut mempunyai makna yang mendalam. Perkara itu di dedahkan sendiri oleh pereka fesyen Hatta Dolmat.
Hatta menghayati sepenuhnya bait-bait penuh unsur kekecewaan lagu Di Matamu ketika proses menyiapkan persalinan berkenaan.
Menurut Hatta, Sufian sudah lama meneruskan kehidupannya dan tidak lagi mengenangkan kisah putus tunangnya itu tetapi mahu mengekalkan mood dan karakter lagu tersebut termasuklah konsep putus cinta yang terserlah menerusi persalinan yang dipakai.
Rata-rata netizen memuji idea Hatta itu sangat kena dengan lagu serta persembahan Sufian. Sekali lagi tahniah buat Sufian, kami masih ingat kata-katanya yang berbuyi “ A broken heart creates a masterpiece” dan beliau sememangnya sudah berjaya mencipta sesuatu yang lebih baik disebalik kekecewaannya sebelum ini.

download
February 7, 2019 at 7:15 am
Wow, that’s what I was seeking for, what a material!
present here at this weblog, thanks admin of this site.
Wut da park
February 7, 2019 at 6:51 am
Wlupun kecewa Still bleh hadam mng 12k, yg x bleh tahan nya elfira maseh menyibuk wlupun sda melalui mlm pertama.