February 4th, 2019

Mengucapkan dan berdoa agar bekas tunangnya Sufian Suhaimi menang dalam Anugerah Juara Lagu Ke 33, pelakon Elfira Loy pula dikritik oleh netizen.

Sedang berada di Tanah Suci Mekah bersama suami, Faris Khairol Anuar untuk menunaikan ibadah Umrah, Elfira menerusi status Twitternya itu berharap kemenangan Sufian akan menghapus ‘deritanya’ selama ini.

Menganggap pesanan Elfira itu agak sinis, rata-rata netizen berpendapat pelakon itu seharusnya lebih fokus kepada ibadahnya dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengundang spekulasi.

Dalam pada itu, adik Elfira iaitu Ezlisa Loy turut memberikan komen mengenai persembahan Sufian yang menggunakan prop pelamin pernikahan yang seakan menyindir kakaknya. Menurutnya, Sufian seorang penyanyi yang baik tetapi masih lagi ingin mempergunakan nama Elfira untuk meraih perhatian dan publisiti.

Adakah tindakan Sufian yang menggunakan prop pelamin membuatkan mereka berdua terasa hati?


91 responses to “Doa Sufian Suhaimi Menang Agar ‘Penderitaan’ Habis, Elfira Loy Dikritik Netizen”

  1. Anonymous says:

    elfira ni bodoh la…lagu pian tu mmg lagu sedih…dan mmg konsep dan segale yg pian buat utk ajl tu mmg tak salah sbb itu pertandingan….so pian kene serius & klu menang kire bonus utk pian…org biase2 cam pian mmg mengharapkan menang utk menambahkan pendapatan…tak mcm elfira, nak mewah cari laki kaye….senang kan hidup…so ko elfira tak yah la perasan sgt, lagu pian akan kekal lagu…dan die akan nanyi lagu tu sampai bile2…sebab org suke lagu tu…ko yg kene move on…jgn bile pian nyanyi ko perasan yg pian tak move on lg…ingat elfira ko tu dah ade laki…biar pian dgn kehidupan die…

  2. Xuna says:

    Aku rasa dah putus maksudnya korang dah xder jodoh. Kalau dah jadi bini orang xperlu nak perli2. Jaga laki tu bebaik. Baru jer kawin tu. Jgn over yakin sgt. Kalau pun org tu nak buat pelamin seakan pelamin ko pun xyah nak perasan mcm ko sorang je guna pelamin tu. Dan ko kena tahu hak dia kot nak tiru saper punya pelamin pun. Rasanya dia dah boleh move on tapi ko tu macam terhegeh2 nak wish dan perli… ko dah kenapa elfira oiiiii??? Kan lebih baik diam dan jaga laki ko dan ajar adik beradik ko tu supaya xyah la nak campur tgn dan perli dia tentang popularity ko tu. Ko rasa ko popular ker. Aku rasa x pun. Tgk ko tergedik2 kat meletop tu alahai…Kebahagian rumahtangga bukan dr kekayaan yg ko dpt tu. Aku tgk byk je kawin org kaya tp cerai berai gak. So hati hati. Buat sufian… suka tgk persembahan awak. Walaupun saya ni bukan peminat fanatik tapi saya suka. You deserve to get Persembahan Terbaik AJL.

Loading...