December 8th, 2019

Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak kontroversi melibatkan beberapa pendakwah. Tidak dinafikan, ada pihak yang mula memandang negatif kepada mereka sehingga ada yang dilabelkan sebagai penunggang agama dan macam-macam lagi.

pencetus ummah amin

Prihatin dengan isu tersebut, Pencetus Ummah Amin baru-baru ini membuat kenyataan terbuka kepada individu yang menggelarkan diri mereka ‘ustaz’ serta menggunakan agama semata-mata untuk mengejar kesenangan hidup.

PU Amin terkilan dengan pelbagai kontroversi melanda sesetengah pendakwah di luar sana, mencalarkan imej mereka sendiri dan membuat masyarakat hilang kepercayaan terhadap golongan agamawan.

Risau apa yang berlaku

kepada pendakwah hari ini

pu amin berhenti guna nama agamapu amin

Berhenti guna agama untuk

memuliakan diri sendiri

pu aminTidak dinafikan reputasi pendakwah kini sudah terjejas. Namun, PU Amin tidak akan berputus asa dalam meneruskan perjuangan dakwahnya meskipun menghadapi pelbagai dugaan.

Kami respek sebenarnya dengan PU Amin yang tidak takut untuk memberikan komen mengenai isu kontroversi pendakwah. Menegur secara ikhlas dan tidak ‘bias’. Begitu dalam sekali maksudnya.

December 7th, 2019

Masih tidak berkesudahan lagi kontroversi mengenai Da’i Farhan dan isteri barunya. Macam-macam juga cerita yang telah dibongkarkan oleh netizen. Boleh kata antara cerita paling hangat tahun ini mengalahkan selebriti popular.

isteri kedua da'i farhan

Terbaru, seorang lelaki mendakwa kereta jenis Perodua Kenari miliknya telah dilarikan oleh isteri Farhan yang dikenali sebagai Aerin sejak tahun 2013. Pelbagai masalah timbul sehingga nama pemilik asal hampir disenaraihitamkan dan perlu membayar sehingga RM10,000.  Malah, dia tidak dapat mengesan wanita berkenaan sejak enam tahun lalu.

isteri da'i farhan curi keretaisteri da'i farhan curi keretaisteri da'i farhan curi kereta

Isteri Farhan didakwa larikan kereta, tukar nombor plat palsu

isteri kedua da'i farhanisteri kedua da'i farhanisteri kedua da'i farhan

Dengan kuasa viral dan bantuan netizen Malaysia, kereta lelaki terbabit akhirnya dapat dikesan di hadapan premis lama milik Aerin iaitu El Ilham Therapy Centre, Bayan Lepas.

 

 

Bagaimanapun, nombor pendaftaran kereta berkenaan sudah ditukar. Ingin mendapatkan kepastian, lelaki tersebut memeriksa nombor chasis kenderaan dan terbukti ianya sama dengan kereta miliknya yang hilang.

Kes selesai

isteri kedua da'i farhanisteri kedua da'i farhanSetelah kes berkenaan viral, nampaknya masalah tersebut sudah selesai dimana pemilik kenderaan mendapat kembali jumlah wang RM10,000 yang sudah dibayar olehnya sebelum ini.

Sumber Berita : Apeh Jamal

December 6th, 2019

Sejak beberapa hari ini viral dengan kontroversi rumah tangga Da’i Farhan, mungkin ramai juga yang bosan tetapi hendak buat macam mana kalau tuan empunya badan juga kerap mengeluarkan kenyataan yang bikin hati netizen panas.

dai farhan isteri kedua

Belum reda dengan kes cerai dan dakwaan dia melakukan kekerasan terhadap bekas isterinya, nama Farhan sekali lagi menjadi bualan hangat netizen apabila dalam satu temu bual, pendakwah bebas itu berkata jika di Tanah Arab, lelaki yang beristeri satu dianggap ‘low class’.

Berbeza sekali di Malaysia dimana selalunya orang akan bertanyakan berapa orang anak, namun di sana mereka akan bertanya berapa orang isteri. Farhan berkata, dia ada bertanya pada gurunya di sana dan mereka menggalakkan poligami.

dai farhan kahwin satu low class

 

 

Kalau ditanah Arab, kebiasaan lelaki disana bernikah lebih dari satu dan lelaki yang beristeri satu adalah low class. Kalau kita di Malaysia orang akan tanya anak berapa. Disana mereka akan tanya berapa orang isteri.

Alhamdulilah kehidupan saya dengan lapan anak dengan isteri kedua yang sangat caring amat bahagia. Anak-anak memang welcome dengan papa mereka.

kahwin satu low class dai farhandai farhandai farhanTerdahulu, Farhan mengesahkan dia sudah menceraikan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain dengan melafazkan cerai menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApp pada 3 Disember. Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut mengenai punca utama perceraian mereka dan pada masa yang sama menafikan dakwaan bahawa dia telah melakukan kekerasan dengan mumukul dan mengurung wanita itu.

Sumber Berita : Mingguan Wanita

December 5th, 2019

Kontroversi rumah tangga Da’i Farhan yang mengesahkan sudah menceraikan isteri pertamanya ketika sedang sarat hamil anak kedua mereka terus menjadi bualan hangat ramai. Tindakan pendakwah itu menceraikan isterinya dengan talak satu menerusi aplikasi WhatsApp memang sangat memilukan.

adik dai farhan

Pelbagai kisah yang berlaku disebalik kontroversi tersebut yang mengejutkan masyarakat. Terbaru, adik perempuan kepada Farhan iaitu Nik Fatma Amirah tampil meluahkan rasa kecewa dengan tindakan abangnya, menyifatkan lelaki itu seorang yang tidak bertanggungjawab.

Nik Fatma turut mendedahkan akaun media sosialnya telah disekat oleh Farhan gara-gara dia ingin tampil mempertahankan kakak iparnya, seorang isteri yang teraniaya.

Perkahwinan kedua tidak dapat restu

ibu, Farhan didakwa buang keluarga?

adik dai farhanadik dai farhandai farhan

Menerusi perkongsian di akaun Facebooknya, Nik Fatma seolah memberi bayangan bahawa mereka sekeluarga tidak merestui perkahwinan kedua abangnya dan tindakan Farhan menceraikan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain.

isteri pertama dai farhan Terdahulu, Farhan mengesahkan dia sudah menceraikan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain dengan melafazkan cerai menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApp pada 3 Disember. Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut mengenai punca utama perceraian mereka dan pada masa yang sama menafikan  dakwaan bahawa dia telah melakukan kekerasan terhadap wanita itu.

Sumber Berita : Astro Gempak & Nik Fatma Amirah