Sejak beberapa hari ini viral dengan kontroversi rumah tangga Da’i Farhan, mungkin ramai juga yang bosan tetapi hendak buat macam mana kalau tuan empunya badan juga kerap mengeluarkan kenyataan yang bikin hati netizen panas.
Belum reda dengan kes cerai dan dakwaan dia melakukan kekerasan terhadap bekas isterinya, nama Farhan sekali lagi menjadi bualan hangat netizen apabila dalam satu temu bual, pendakwah bebas itu berkata jika di Tanah Arab, lelaki yang beristeri satu dianggap ‘low class’.
Berbeza sekali di Malaysia dimana selalunya orang akan bertanyakan berapa orang anak, namun di sana mereka akan bertanya berapa orang isteri. Farhan berkata, dia ada bertanya pada gurunya di sana dan mereka menggalakkan poligami.
Kalau ditanah Arab, kebiasaan lelaki disana bernikah lebih dari satu dan lelaki yang beristeri satu adalah low class. Kalau kita di Malaysia orang akan tanya anak berapa. Disana mereka akan tanya berapa orang isteri.
AdvertisementAlhamdulilah kehidupan saya dengan lapan anak dengan isteri kedua yang sangat caring amat bahagia. Anak-anak memang welcome dengan papa mereka.
Terdahulu, Farhan mengesahkan dia sudah menceraikan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain dengan melafazkan cerai menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApp pada 3 Disember. Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut mengenai punca utama perceraian mereka dan pada masa yang sama menafikan dakwaan bahawa dia telah melakukan kekerasan dengan mumukul dan mengurung wanita itu.
Sumber Berita : Mingguan Wanita

che' meoww
December 11, 2019 at 10:02 pm
abis skrg daie pa’an dah tinggal 1 isteri jew..so low class ler..hihi
sharuz
December 10, 2019 at 12:07 pm
Kene pahamkan erti “low class” yang konon dari pak arab tu.. taraf, budaya dan gaya hidup pak arab dan kita malaysian tak sama.. jangan terlalu agungkan sangat kata2 orang luar.. ukur baju di badan sendiri dulu.. dulu ambik anak orang secara baik @ gembira, sepatutnya kalau betul dah takde jodoh, serahkan semula dalam keadaan yang sama.. awak sebagai “pendakwah” sepatutnya lagi arif