Written by Bella | December 5th, 2019

Kontroversi rumah tangga Da’i Farhan yang mengesahkan sudah menceraikan isteri pertamanya ketika sedang sarat hamil anak kedua mereka terus menjadi bualan hangat ramai. Tindakan pendakwah itu menceraikan isterinya dengan talak satu menerusi aplikasi WhatsApp memang sangat memilukan.

adik dai farhan

Pelbagai kisah yang berlaku disebalik kontroversi tersebut yang mengejutkan masyarakat. Terbaru, adik perempuan kepada Farhan iaitu Nik Fatma Amirah tampil meluahkan rasa kecewa dengan tindakan abangnya, menyifatkan lelaki itu seorang yang tidak bertanggungjawab.

Nik Fatma turut mendedahkan akaun media sosialnya telah disekat oleh Farhan gara-gara dia ingin tampil mempertahankan kakak iparnya, seorang isteri yang teraniaya.

Perkahwinan kedua tidak dapat restu

ibu, Farhan didakwa buang keluarga?

adik dai farhanadik dai farhandai farhan

Menerusi perkongsian di akaun Facebooknya, Nik Fatma seolah memberi bayangan bahawa mereka sekeluarga tidak merestui perkahwinan kedua abangnya dan tindakan Farhan menceraikan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain.

isteri pertama dai farhan Terdahulu, Farhan mengesahkan dia sudah menceraikan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain dengan melafazkan cerai menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApp pada 3 Disember. Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut mengenai punca utama perceraian mereka dan pada masa yang sama menafikan  dakwaan bahawa dia telah melakukan kekerasan terhadap wanita itu.

Sumber Berita : Astro Gempak & Nik Fatma Amirah

11 responses to Adik Dedah Ibu Tidak Restu Perkahwinan Kedua, Da’i Farhan Buang Keluarga?

  1. Tina Tenuk says:

    o suami ke 3..saya pun baca dlm komen2 kt blog ni .yg mengatakan dia dah 5x kawen..oleh yg demikian saya tarik balik komen saya ..dan saya minta maaf pd dr erin diatas sangkaan yg tak betul terhadap dr. sekian.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini