May 29th, 2012

Lama rasanya tidak mendengar atau melihat foto terbaru Cahaya Malaika, puteri sulung hasil perkongsian Mawi dan Ekin. Rupa-rupanya pada Ahad yang lepas, telah diadakan majlis aqiqah untuk Cahaya Malaika. Majlis tersebut telah berlangsung dengan begitu meriah sekali. Yang penting Cahaya Malaika kini nampak sihat dan telah pun berusia 3 bulan.

gambar majlis aqiqah mawi ekin cahaya malaika

Cute gila kan? Semoga Cahaya Malaika akan terus membesar sihat dan sejahtera hendaknya. Lagi 4 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Kosmo.

gambar majlis aqiqah mawi ekin cahaya malaika
gambar majlis aqiqah mawi ekin cahaya malaika
gambar majlis aqiqah mawi ekin cahaya malaika
gambar majlis aqiqah mawi ekin cahaya malaika

March 1st, 2012

Akhirnya gambar anak Mawi dan Ekin yang diberi nama Cahaya Malaika sudah pun dapat dilihat oleh orang ramai. Serius sangat comel. Muka Mawi pun nampak sangat teruja mendukung puteri sulungnya.

gambar anak mawi ekin cahaya malaika

Cute kan? Kalau anda geram dengan kecutean anak Mawi dan Ekin ini, sila cubit pipi anda sendiri. Hehehe.

Update: 1 lagi gambar anak Mawi dan Ekin untuk tatapan anda di bawah.

mawi ekin

Khas untuk sang suami sahaja, Dato’ Harimau untuk anda.

mawi ekinInfo di sini..

February 29th, 2012

Cahaya Malaika. Itulah nama anak puteri Mawi dan Ekin yang telah dilahirkan semalam. Sedap sungguh namanya. Maksud nama tersebut ialah “Cahaya Permaisuriku”. Nama tersebut telah dipilih dan dipersetujui oleh Mawi dan Ekin.

nama anak mawi dan ekin

Berkenaan dengan gambar anak sulungnya, Mawi berkata yang dia sedang menunggu masa yang sesuai untuk berkongsi wajah puterinya. Kata Mawi:-

Saya tahu ramai peminat yang ingin lihat anak saya, tapi tunggulah dahulu. Buat masa ini saya dan Ekin tidak selesa hendak berkongsi. wajah Bukan hendak sembunyikan selama-lamanya, tapi saya menunggu waktu yang sesuai. Mungkin saya benarkan pihak media rakamkan gambar anak ketika saya buat kenduri kesyukuran nanti.

Tak apa Mawi, Abang Nara faham. Bila dah bersedia nanti kongsikanlah gambar puteri sulung anda. Semua orang pun tak sabar nak melihat kecomelannya. Tak gitu? Kredit info sepenuhnya kepada portal GUA.