August 8th, 2012

Salah satu sebab Abang Nara excited menghadiri malis berbuka puasa anjuran Arteffects International semalam ialah kerana kehadiran Mawi sekeluarga. Teringin nak tengok betapa cutenya Cahaya Malaika sekarang ini. Ternyata Mawi sekeluarga nampak bertambah ceria dan bahagia selepas kehadiran si comel ini.

gambar mawi sekeluarga

Maaflah gambar tak berapa nak terang kerana hanya menggunakan kamera biasa. Kepada peminat Mawi, album baru Mawi yang bertajuk Asma Ul Husna telah pun dilancarkan. Dengar cerita, jualan album ini sudah pun mencecah 5 ribu unit. Satu angka yang cukup hebat memandangkan album ini baru dijual selama seminggu. Tahniah kepada Mawi atas kejayaan ini.

gambar mawi sekeluarga

4 lagi gambar Mawi, Ekin dan Cahaya Malaika dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Arca makanan yang comel.

gambar mawi sekeluarga
gambar mawi sekeluarga
gambar mawi sekeluarga
gambar mawi sekeluarga

July 17th, 2012

Pergh ~~ Serius makin comel anak Mawi dan Ekin yang diberi nama Cahaya Malaika ini. Sekali imbas sangat-sangat menyerupai si Ekin. Confirm besar nanti cantik macam emaknya juga. Ini kalau ada depan mata confirm dah kena cubit dengan Abang Nara nie.

cahaya malaika

Untuk makluman, Cahaya Malaika telah dilahirkan pada 28 Februari 2012 dan kini berusia kira-kira 4 bulan. Cepat sungguh masa berlalu kan? Semoga Cahaya Malaika sentiasa sihat sejahtera sehingga dewasa kelak. 4 lagi gambar terbaru Cahaya Malaika dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Ingin kelihatan lebih cantik dan bergaya di Hari Raya nanti? Apa kata Like Facebook Cantik daripada BeautifulNara untuk melihat produk yang bersesuaian dengan anda.

cahaya malaika
cahaya malaika
cahaya malaika
cahaya malaika

June 26th, 2012

Abang Nara tak tahu sama ada Mawi masih relevan kepada anda atau tidak. Namun bagi Abang Nara, Mawi tetap dekat di hati kecil ini. Abang Nara teringat ketika zaman AF. Satu family menyokong Mawi. Memang ketika itu gelombang Tsumawi sangat hebat. Dan kini, Mawi sudah pun memiliki akaun Twitter untuk memudahkan peminat mengetahui perkembangannya.

twitter mawi

Untuk peminat Mawi, silalah follow Twitternya di @CahayaAsmawi. Diharap Mawi akan selalu berkongsi gambar anaknya, Cahaya Malaika untuk tatapan para peminat. Kepada Mawi, welcome to the Twitterjaya.

June 2nd, 2012

Walaupun sudah tidak sepopular dulu, Mawi nampak bahagia di samping keluarga tercinta. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran Cahaya Malaika selepas 3 tahun perkahwinannya dengan Ekin. Semoga kebahagiaan ini akan berkekalan dan semoga keluarga Mawi akan bertambah bilangannya di masa hadapan.

mawi dan keluarga

Jangan lupa dapatkan majalah Media Hiburan yang terbaru untuk membaca kisah di sebalik kehadiran Cahaya Malaika di dalam kehidupan Mawi. Apa-apa pun, Mawi tetap wordl!!!