Written by Bella | February 16th, 2018

Selepas dihimpit pelbagai kecaman kerana cuba mengganggu persembahan Altimet di AJL 32, pelakon kontroversi Iqram Dinzly akhirnya tampil memohon maaf. Iqram akui beliau terlalu asyik melihat persembahan penyanyi rap tersebut sehingga “naik sheikh”.

Iqram juga tidak terasa dengan kenyataan Altimet yang mahu memberikan beliau “buku lima” sekiranya beliau berjaya naik ke atas pentas.

Memang silap saya, saya minta maaf kepada Altimet, saya ‘naik sheikh’ melihat persembahan beliau. Saya pun tidak sesempurna mana, cuma mahu beri sokongan kepada beliau. Saya tak rasa apa-apa membaca tweet tersebut, saya anggap sebagai teguran. Insyaallah kita sama-sama belajar tentang adab dan adat.

Pada masa yang sama, Iqram menafikan dakwaan produksi TV3 yang mengatakan beliau beberapa kali cuba untuk menceroboh persembahan Altimet. Selepas sekali dihalang beliau terus ke belakang pentas untuk sesi temu ramah bersama portal Tonton.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | February 15th, 2018

Persembahan Altimet menerusi lagu Amboi pada malam AJL 32 tidak dinafikan begitu meriah sekali.  Namun, seperti yang anda tahu, Altimet merasa bengang kerana Iqram Dinzly dikatakan cuba ceroboh persembahannya. Jika perkara itu berlaku, ia tentu sekali akan mendatangkan pelbagai kecacatan bukan sahaja pada persembahan Altimet tetapi menjejaskan imej anugerah berprestij  AJL 32 yang bersiaran secara langsung.

Mungkin ada yang anggap kehadiran Iqram adalah gimik semata-mata. Walaubagaimanapun Penerbit AJL, Nurhul Huda Khalid  menafikan dakwaan itu. Menurut beliau, produksi TV3 terkejut apabila Iqram beberapa kali cuba untuk naik ke atas pentas dan mengganggu persembahan peserta yang bertanding.

Kehadiran Iqram bukan dalam perancangan kami atau sengaja kami buat gimik. Saya sendiri terkejut selepas diberitahu oleh pihak pengurus pentas bahawa dia cuba naik ketika persembahan Altimet tapi berjaya dihalang kerana perkara itu dikhuatiri menjejaskan pertandingan. Satu kerja pula dia (pengurus pentas) kena jaga Iqram sepanjang persembahan Altimet itu untuk memastikan hasratnya naik pentas dapat dielakkan.

Setelah beberapa kali mencuba akhirnya Iqram berjaya meloloskan diri naik ke atas pentas dan menari  ketika Hael Husaini menyanyi untuk persembahan akhir. Saat itu, Nurul Huda akui pihaknya terlalu sibuk dan terlepas pandang mengenai perkara itu. Mujurlah Iqram tidak mengganggu fokus penyanyi tersebut.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | February 14th, 2018

Semalam, penyanyi rap Altimet menerusi akaun Twitternya  dalam nada bengang memberikan amaran yang agak keras kepada pelakon kontroversi, Iqram Dinzly.

Altimet memberitahu beliau tidak boleh bayangkan apakah kemudaratan yang akan berlaku sekiranya Iqram tiba-tiba naik ke atas pentas dan “menceroboh” persembahannya ketika di AJL 32.

Tidak mahu terus berdiam diri, Iqram tampil membalas kenyataan Altimet. Sepertinya, beliau seakan tidak gentar dengan amaran yang diberikan.

Walaubagaimanapun, ada sesetengah netizen yang berpendapat teguran Altimet itu adalah wajar. Kita haruslah menghormati orang lain ketika mereka melakukan persembahan. Apa komen anda?

Written by Bella | February 13th, 2018

Rasanya umum mengetahui Iqram Dinzly sudah lama tidak hadirkan diri ke mana-mana acara hiburan dan sering dihimpit dengan kontroversi kerana aksi anehnya sehingga ada yang menganggap beliau “kurang siuman”.

Seperti ingin mencari publisiti, Iqram sekali lagi dikecam netizen serta rakan artis apabila sekali lagi berkelakuan pelik ketika menghadiri acara AJL 32 Ahad lalu.

Menerusi akaun Twitter, penyanyi Altimet meluahkan rasa kecewa apabila Iqram dikatakan cuba untuk mengganggu persembahan beliau pada malam tersebut. Mujurlah petugas AJL 32 dapat menghalang Iqram naik ke atas pentas.

Altimet dalam nada sinis juga berkata, jika perkara itu berlaku pasti keadaan akan menjadi lebih keruh dan menyebabkan pergaduhan yang mendatangkan “kecederaan”.

Walaupun perkara tersebut tidak berlaku ketika persembahan Altimet, Iqram tetap menaiki pentas utama saat pemenang AJL 32 Hael Husaini menyanyikan semula lagu Jampi sebelum anugerah tersebut berakhir. Iqram mula menunjukkan ekspresi seninya dengan tarian meraikan kemenangan Hael.