February 13th, 2018

Rasanya umum mengetahui Iqram Dinzly sudah lama tidak hadirkan diri ke mana-mana acara hiburan dan sering dihimpit dengan kontroversi kerana aksi anehnya sehingga ada yang menganggap beliau “kurang siuman”.

Seperti ingin mencari publisiti, Iqram sekali lagi dikecam netizen serta rakan artis apabila sekali lagi berkelakuan pelik ketika menghadiri acara AJL 32 Ahad lalu.

Menerusi akaun Twitter, penyanyi Altimet meluahkan rasa kecewa apabila Iqram dikatakan cuba untuk mengganggu persembahan beliau pada malam tersebut. Mujurlah petugas AJL 32 dapat menghalang Iqram naik ke atas pentas.

Altimet dalam nada sinis juga berkata, jika perkara itu berlaku pasti keadaan akan menjadi lebih keruh dan menyebabkan pergaduhan yang mendatangkan “kecederaan”.

Walaupun perkara tersebut tidak berlaku ketika persembahan Altimet, Iqram tetap menaiki pentas utama saat pemenang AJL 32 Hael Husaini menyanyikan semula lagu Jampi sebelum anugerah tersebut berakhir. Iqram mula menunjukkan ekspresi seninya dengan tarian meraikan kemenangan Hael.


54 responses to “Kalau Naik Pentas Tak Diundang, Jamah Buku Lima Der – Altimet Respon Cubaan Iqram Dinzly “Ceroboh” Persembahannya”

  1. Miss J says:

    jangan dilayan sangat gile die ni,,makin dilayan makin menjadi-jadi. pedulikan je,nti kalau dah penat pura-pura gile elok lh die tu.

Loading...