Written by Bella | February 16th, 2018

Sudah tiga minggu selebriti Yuna melangsungkan perkahwinan bersama cinta hatinya Adam Sinclair, namun sehingga hari ini beliau masih menjadi perhatian ramai.

Walaupun ramai yang memuji betapa eksklusifnya majlis perkahwinan pasangan ini, ada juga pihak  mengkritik fesyen baju kahwin Yuna ketika majlis bertandang. Baju rekaan Hatta Dolmat itu dikatakan sudah ketinggalan zaman.

Menurut pemilik akaun @i_knowfashion, rekaan itu sudah terlalu biasa bagi pengantin berhijab dan tidak mempunyai ciri-ciri eksklusif yang sesuai dengan imej Yuna sebagai penyanyi antarabangsa.

Bengang dengan ulasan negatif tersebut,  Yuna membalas kritikan itu menerusi ruangan komen. Yuna menganggap individu terbabit tidak berhak memberikan sebarang komen meghina rekaan Hatta kerana pereka fesyen itu sudah memberikan yang terbaik untuk menghasilkan busana perkahwinannya.

Semua orang mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat mereka. Mungkin sahaja ia bukan satu penghinaan buat pereka fesyen baju perkahwinan Yuna tetapi cuma teguran untuk beliau menghasilkan sesuatu yang lebih gempak pada masa depan. Apa komen korang?

Kredit Foto : The Jubsi Company

Written by Bella | February 9th, 2018

Perkahwinan penyanyi Yuna dan cinta hatinya, Adam Sinclair pada 26 Januari lalu menjadi bualan ramai yang terpukau melihat tema perkahwinan mereka yang sangat cantik dan unik berlatarbelakangkan pemandangan semulajadi di sebuah resort mewah di Bentong, Pahang.

Semalam, Yuna telah berkongsi video rasmi sekitar majlis pernikahan beliau berlangsung. Video tersebut memang cukup indah sekali dan mendapat pujian daripada netizen.

Mereka  bukan sahaja terharu tetapi pada masa yang sama memuji pasangan ini sepadan bersama dan turut mendoakan kebahagiaan Yuna dan Adam.

Kami di BeautifulNara juga mendoakan agar Yuna dan Adam kekal bahagia sehingga ke jannah dan dikurniakan rezeki untuk bergelar ibu dan bapa satu hari nanti. Selamat menjalani kehidupan berumah tangga.

Kredit Video : YouTube Yours Truly

Written by Bella | January 30th, 2018

Hiasan pelamin pernikahan Yuna dan Adam Sinclair beberapa hari ini menjadi tumpuan ramai. Mereka memuji betapa indahnya rekaan pelamin tersebut bagaikan di kayangan apatah lagi ia berlatarbelakangkan pemandangan semulajadi.

Ramai juga bakal mempelai yang teringin untuk mempunyai pelamin yang cantik seperti Yuna. Namun, harganya bukanlah RM 200 seperti yang diminta oleh ramai pelanggan.

Menerusi portal mStar Online, pereka pelamin Yuna iaitu Firdaus Othman memberitahu anggaran harga pelamin itu kira-kira RM 70,000. Ia bukan sahaja berdasarkan penggunaan bunga tetapi usaha  mereka menyiapkan pelamin eksklusif itu selama tiga hari.

Mana dapat harga RM200 itu hanya upah pekerja sahaja, susah nak cakap harga tentang harga sebenar, anggarannya lebih RM70,000.

Ia merupakam pelamin eksklusif yang kami reka hanya untuk Yuna sahaja. Ia terdapat lima jenis bunga tempatan dan dahan-dahan pokok itu kami ambil sendiri di hutan.

Firdaus juga memberitahu syarikatnya The Calla tidak akan membuat lagi konsep pelamin sebegitu kerana ia direka khas untuk Yuna dan Adam sahaja.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : The Calla

Written by Bella | January 29th, 2018

Bagaikan puteri dan putera bersanding di kayangan, itulah gambaran tepat buat majlis resepsi pasangan Yuna dan Adam Sinclair yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Putrajaya semalam.

Yuna begitu anggun dengan gaun putih manakala putera hatinya Adam tampak sangat segak berbaju Melayu lengkap dengan tanjak yang direka khas oleh Hatta Dolmat . Dengan tema “garden wedding” sebanyak 1,500 tetamu yang hadir termasuk rakan artis dan VIP pada majlis tersebut terpukau dengan hiasan pelamin yang cukup eksklusif dan indah.

Antara rakan selebriti yang membuat persembahan adalah Aizat Amdan, Noh Hujan dan Bunga Citra Lestari.  Bapa Yuna, Datuk Mat Zarai’ai turut menghiburkan pasangan mempelai dengan lagu Perfect yang dipopularkan oleh Ed Sheeran.

Jom kita lihat beberapa lagi foto sekitar majlis resepsi perkahwinan Yuna dan Adam dengan membaca entri ini sepenuhnya.