Hiasan pelamin pernikahan Yuna dan Adam Sinclair beberapa hari ini menjadi tumpuan ramai. Mereka memuji betapa indahnya rekaan pelamin tersebut bagaikan di kayangan apatah lagi ia berlatarbelakangkan pemandangan semulajadi.
Ramai juga bakal mempelai yang teringin untuk mempunyai pelamin yang cantik seperti Yuna. Namun, harganya bukanlah RM 200 seperti yang diminta oleh ramai pelanggan.
Menerusi portal mStar Online, pereka pelamin Yuna iaitu Firdaus Othman memberitahu anggaran harga pelamin itu kira-kira RM 70,000. Ia bukan sahaja berdasarkan penggunaan bunga tetapi usaha mereka menyiapkan pelamin eksklusif itu selama tiga hari.
Mana dapat harga RM200 itu hanya upah pekerja sahaja, susah nak cakap harga tentang harga sebenar, anggarannya lebih RM70,000.
Ia merupakam pelamin eksklusif yang kami reka hanya untuk Yuna sahaja. Ia terdapat lima jenis bunga tempatan dan dahan-dahan pokok itu kami ambil sendiri di hutan.
Advertisement
Firdaus juga memberitahu syarikatnya The Calla tidak akan membuat lagi konsep pelamin sebegitu kerana ia direka khas untuk Yuna dan Adam sahaja.

Anonymous
January 31, 2018 at 2:40 am
Best nyer jd org yg byk duit
timeer
January 31, 2018 at 11:08 am
kan…jom kita berniaga ke apa2 yang halal u tuk up ekonomi kita mcm org2 ni awak!
Anonymous
January 31, 2018 at 12:16 am
aper pon org komen bagi aku pelamin yuna superb dan dia mampu byr full..
ade retis anak dah 2org.. baju kawin tak byr smpi mak andam g mahkamah tuntut hutang…
gah lah cemane… yg penting ikut kemampuan
Syukur
January 30, 2018 at 7:09 pm
Untong ler rezeki Allah bg kaya melimpah…
akulah
January 30, 2018 at 4:02 pm
tidak ku nafikan, sememangnya unik dan lain dari yang lain. segar malar. berlatar belakangkan kehijauan dan gunung ganang, ada pulak awan gemalai, suasana sejuk, mistik pun ada, seperti di indera kayangan lagaknya. nasib baik time nikah tu tak ujan, terfikir jugak, kalau hujan cam ner yek. hihi. congrats.