“Saya Adnan Ceraikan Adira Dengan Talak Satu” – Ditemani Datin Red, Datuk Red Lafaz Talak Di TikTok Live

Hiburan

“Saya Adnan Ceraikan Adira Dengan Talak Satu” – Ditemani Datin Red, Datuk Red Lafaz Talak Di TikTok Live

Usahawan kontroversi, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu tampil menafikan dakwaan kononnya dia ‘gila talak’ susulan tindakannya memfailkan pengesahan lafaz rujuk terhadap bekas isterinya, penyanyi Adira.

Menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok, Datuk Red menjelaskan bahawa tindakan tersebut dibuat semata-mata bagi mendapatkan pengesahan sama ada lafaz rujuk yang dibuat pada tahun 2024 adalah sah dari segi undang-undang.

Advertisement

“Korang nak kata aku wayang ke apa lantak korang, apa yang aku cakap ini korang boleh simpan boleh rekod. Korang kata aku tak move, aku gila talak ke apa ke. 25/6/2026 jika rujuk aku sah, automatik saya Adnan bin Abu ceraikan Siti Adira binti Suhaimi dengan talak satu.”

Menurutnya, dia sebenarnya boleh melafazkan cerai secara terus di luar mahkamah, namun memilih untuk mengikut saluran undang-undang bagi mengelakkan sebarang tindakan atau denda.

Datuk Red Nafi Tuntut RM100,000, Tak Kisah Dilabel Gila Talak Oleh Netizen – “Adira Tu Toksik, Macam Hadap Sangat Kahwin Dengan Dia”

Dalam sesi live tersebut, Datuk Red turut bersiaran bersama bekas isteri pertamanya, Syarifah Nor Shafila yang dilihat cuba menenangkan keadaan.

“Jahat lagi ke aku? Aku dah lepaskan dia. Aku cuma nak mengesahkan rujuk aku je, kalau rujuk aku sah aku akan ceraikan dia. Kalau rujuk aku tak sah, tak sahlah. Korang bayangkan kalau dia kahwin, aku masih lagi macam tu (suami) macam mana? Aku minta pengesahan je, bukannya aku minta dia rujuk dengan aku.”

Syarifah Nor Shafila dalam masa sama menasihati Datuk Red agar tidak terlalu melayan komen negatif dan fokus menyelesaikan perkara tersebut melalui saluran yang betul.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

adira suhaimi
2026-04-23 14:29:47

Enggan Cerai, Datuk Red Tuntut RM100,000 Tunai Jika Ingin Bercerai - "Tergamaknya Dia.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...