Enggan Cerai, Datuk Red Tuntut RM100,000 Tunai Jika Ingin Bercerai – “Tergamaknya Dia..”

Hiburan

Enggan Cerai, Datuk Red Tuntut RM100,000 Tunai Jika Ingin Bercerai – “Tergamaknya Dia..”

Penyanyi Adira Suhaimi meluahkan rasa terkilan apabila kes pengesahan lafaz rujuk yang difailkan bekas suaminya, Datuk Red pada Disember lalu masih belum menemui penyelesaian.

Menurut Adira, 35, dia terkejut dengan syarat yang dikemukakan beberapa hari sebelum prosiding berlangsung, yang disifatkan tidak masuk akal.

Advertisement

“Sebenarnya saya agak terkilan sebab harapkan perkara ini selesai hari ini kerana sudah lama berlarutan. Tapi itulah, mungkin bukan rezeki untuk selesai hari ini.”

“Saya juga terkejut atas beberapa tuntutan iaitu beberapa hari sebelum ini dengan mengatakan dia boleh batalkan dan mengaku depan hakim yang rujuk tidak berlaku sekiranya saya ikut syarat dia.”

“Syaratnya ialah dia meminta saya menggugurkan saman sivil saya terhadap dia atas tuntutan hutang dan nak saya beri dia wang tunai RM100,000 untuk dia batalkan rujuk ini,” katanya.

Adira bagaimanapun tidak bersetuju dengan tuntutan tersebut kerana perlu menanggung empat anak selain bekerja keras tanpa bergantung kepada bekas suaminya.

 

Mengulas lanjut, Adira menjelaskan saman sivil yang difailkan adalah berkaitan tuntutan hutang melibatkan wang pinjaman selepas mereka bercerai, dengan jumlah mencecah ratusan ribu ringgit.

Dalam masa sama, Adira memaklumkan dia sebelum ini memilih untuk berdiam diri bagi menjaga prosiding mahkamah, namun merasakan perlu bersuara apabila keadaan semakin memuncak.

“Saya tidak minta apa-apa sampailah sekarang dan saya tak pernah pun mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai semua yang berlaku pada hari ini. Tak akanlah saya nak diam saja bila orang dah pijak-pijak begini.”

Hari ini, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat menangguhkan prosiding pengesahan lafaz rujuk tersebut ke 25 Jun depan.

Terdahulu, Datuk Red memaklumkan tindakan memfailkan kes itu bukan kerana ingin kembali bersama, sebaliknya untuk memastikan kesahihan lafaz rujuk mengikut hukum. Adira pula menafikan lafaz rujuk tersebut pernah berlaku.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-04-23 12:38:25

"Tikus Siap kencing, Berak Atas Plastik Bungkusan" - Individu Dakwa Kilang Pulut Kuning Tercemar, Zarina Zainuddin Beri Respon

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...