Usahawan Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu menafikan dakwaan bekas isterinya, Adira Suhaimi yang mendakwa beliau meletakkan syarat meminta wang RM100,000 untuk menggugurkan kes pengesahan lafaz rujuk di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat.
Adnan, 48, menjelaskan beliau tidak pernah mengemukakan sebarang syarat seperti didakwa, sebaliknya tujuan memfailkan kes tersebut hanyalah untuk mendapatkan kepastian dari sudut hukum syarak mengenai status hubungan mereka.
“Saya tak kemukakan sebarang tawaran secara rasmi dan perkara ini bukannya untuk berjual beli.”
“Sebagai seorang lelaki dan suami, sekiranya rujuk ini tak sah, tidak mengapa. Jangan takut, peminat Adira dan kawan-kawan dia atau sesiapa, harap bersabar.”
“Kalau rujuk ini sah, tak ada masalah. Saya sendiri yang pergi mohon nanti untuk berpisah. Jangan risau dan tiada pun tuntutan tersebut serta hanya mahu kes ini dipermudahkan sahaja,” katanya kepada media selepas perbicaraan hari ini.
Dalam masa sama, Adnan turut menegaskan beliau tidak berhasrat untuk meneruskan kehidupan berumah tangga bersama Adira dan menyifatkan hubungan tersebut berpotensi menjadi toksik.
“Saya pun tidak mahu teruskan perkahwinan ini. Kalau teruskan juga akan jadi toksik. Dia (Adira) toksik. Orang selalu anggap saya belum ‘move on’ dan gila talak.”
“Tak mengapa, saya bukannya hadap sangat nak kahwin dengan dia, cuma nak pengesahan saja. Kalau ikutkan, nak buat pengesahan di luar mahkamah, tetapi peguam tidak benarkan kerana bimbang akan dipenjarakan,” katanya.
Terdahulu, Adira mendakwa Adnan mengemukakan beberapa syarat termasuk meminta wang RM100,000 sekiranya mahu beliau membatalkan pengesahan rujuk tersebut.
Enggan Cerai, Datuk Red Tuntut RM100,000 Tunai Jika Ingin Bercerai – “Tergamaknya Dia..”
Hari ini, mahkamah menangguhkan prosiding kes berkenaan ke 25 Jun depan seperti diputuskan oleh Hakim Nurul Hidayah Jani selepas perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
