December 16th, 2014

Nampaknya memang sah siri tv paling hebat untuk tahun 2014 ialah Rindu Awak 200%. Sesungguhnya rakyat Malaysia memang telah demam melihat aksi romantik Zul Ariffin dan Ayda Jebat dalam drama ini. Kehebatan lakonan mereka berdua dalam drama tersebut menyebabkan sehingga ke hari ini orang ramai masih lagi bercakap mengenainya. Malah nama Ayda Jebat daripada tidak dikenali terus menjadi popular. Sementara Zul Ariffin terus menjadi lelaki idaman Malaya.

zul ariffin

Abang Nara ada menulis beberapa artikel mengenai Rindu Awak 200% terutamanya tentang Zul Ariffin dan Ayda Jebat. Berikut ialah artikel-artikelnya:-

1. Kaki sado Zul Ariffin jadi bualan ramai
2. Peminat mahu Zul Ariffin dan Ayda Jebat kahwin
3. Gambar kemesraan Zul Ariffin dan Ayda Jebat buat peminat teruja
4. Zul Ariffin akui peluk peminat wanita di Langkawi

ayda jebat zul ariffin

Menariknya di tempat kedua untuk kategori siri tv ini ialah drama Ariana Rose. Menariknya episod akhir drama ini ditayangkan pada bulan Februari 2014. Walaupun ada lebih kurang 10 bulan selepas itu, ternyata drama ini mempunyai pengikut yang amat ramai sehingga berjaya menempatkan diri di tempat kedua. Untuk makluman, episod akhir Ariana Rose telah ditonton oleh 4.5 juta orang sekaligus memecahkan rekod yang ada. Drama ini juga telah melonjakkan nama Keith Foo dan Hisyam Hamid.

hisyam hamid

Berikut ialah senarai penuh siri tv yang paling banyak dicari di Google sepanjang tahun 2014.

1. Rindu Awak 200%
2. Ariana Rose
3. Projek Memikat Suami
4. ?? ?? (Line Walker)
5. Temptation of Wife
6. Aku Isterinya
7. Doctor Stranger
8. Deivamagal
9. Jika Itu Takdirku
10. ?? (Ruse of Engagement)

zul ariffin

Tahniah diucapkan kepada kesemua penerbit siri-siri tv tempatan terutamanya yang berbahasa Melayu. Semoga tahun 2015 akan ada drama yang lebih hit lagi.


Comments are closed.

Loading...