Kerana Ariana Rose, Keith Foo Belajar Mengenai Islam

Hiburan

Kerana Ariana Rose, Keith Foo Belajar Mengenai Islam

Hari ini ialah episod terakhir drama Ariana Rose. Drama ini menjadi kegilaan dan ikutan ramai. Watak Tengku Adam Kamil yang dibawa oleh Keith Foo juga membuatkan nama pelakon ini semakin popular. Walaupun tidak beragama Islam, Keith Foo dilihat berjaya membawakan babak-babak berdoa dan bersembahyang dengan begitu baik sekali.

episod akhir ariana rose

Advertisement

Menariknya Keith Foo bukan sekadar berlakon semata-mata sebaliknya belajar serba sedikit mengenai Islam sepanjang penggambaran drama Ariana Rose ini. Kata Keith Foo:-

Bawa watak sebagai muslim, saya bukan sekadar berlakon. Tapi dalam masa sama saya juga dapat belajar sikit sebanyak tentang agama Islam. Malah sebelum masuk ke set, kalau ada babak berdoa, saya selalu tanyakan kepada pengarah dan kru produksi kenapa saya kena lakukan macam tu, supaya nanti saya tak salah sampaikan mesej.

Saya bersyukur dapat mainkan watak ni. Kalau sekiranya nanti kawan-kawan saya yang bukan beragama Islam ada bertanya tentang apa-apa yang berkaitan dengan Islam, saya boleh tolong jawabkan setakat mana yang saya tahu dan faham. Siapa tahu, kalau lakonan saya juga boleh buka hati orang bukan Islam untuk memeluk Islam

keith

Satu usaha yang bagus dan harus dipuji. Patutlah lakonan Keith Foo nampak begitu menjadi sekali. Manalah tahu kalau kerana lakonan ini, Keith Foo juga terbuka hati untuk belajar sendiri dengan lebih mendalam mengenai Islam. Apa pun, tak sabar rasanya menanti episod akhir Ariana Rose hari ini. Agak-agaknya apakah kesudahan drama yang diadaptasi daripada novel The Wedding Breaker ini? Sama-samalah kita nantikan.

fareeda

P.S: Ingin tampil secantik Mawar, isteri Fizo Omar? Ingin nyata jelita? Rahsia kelihatan menawan dengan tudung terkini dari Fareeda. Jangan bertangguh lagi…layari segera Facebook Fareeda Nyata Jelita sekarang juga.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...