October 20th, 2014

Selalunya kebanyakan selebriti tidak akan mengaku gambar bersosial yang tersebar adalah gambar ‘original‘. Mereka akan tampil dengan alasan ‘super impose’, pelanduk 2 serupa, gambar 3 abad yang lalu dan sebagainya. Namun tidak bagi Zul Arifin. Abang Nara semakin hormat dan respek kepada pelakon yang popular menerusi drama Rindu Awak 200% ini. Mengakui lelaki di dalam gambar di bawah adalah dirinya, Zul Ariffin menyedari yang dirinya telah melakukan kesilapan besar apabila bergambar sebegitu.

zul ariffin

Kata Zul Ariffin menerusi Mstar Online:-

Ketika kejadian saya sedang menonton persembahan live band di sebuah kelab dan disapa oleh wanita berkenaan untuk mengambil gambar dan saya sekadar memenuhi permintaannya. Selepas gambar itu tersebar saya sedar ia satu kesilapan besar kerana cara itu agak berlebihan sehingga menimbulkan salah faham di kalangan peminat.

Kadang-kadang rasa serba salah untuk menolak permintaan peminat untuk bergambar atau menegur cara mereka kerana bimbang mereka berkecil hati. Namun kejadian itu memberi pengajaran kepada saya untuk lebih berhati-hati apabila bergambar dengan peminat wanita selepas ini.

zul ariffinKan senang kalau semua selebriti tanah air kita sebegini? Tak salah mengaku, cuma perlulah mengambil pengajaran daripada apa yang terjadi. Jangan lepas ini ulang benda yang sama. Kepada Zul Ariffin, tahniah kerana mengakui kesilapan anda. Makin ramailah yang akan sayang kepada pelakon kacak ini kerana sikapnya ini. Semoga terus maju jaya. Kekalkan ke’sado’an anda. Hehehe.

P.S: Makanan kapal terbang yang amat lazat


Comments are closed.

Loading...