Gosip paling hangat diperkatakan Netizen pada mingu lepas ialah keengganan pelakon Fazura untuk memohon maaf terhadap seorang wanita yang menulis komen yang disalah erti oleh beliau di Instagramnya.
Fazura telah memuat naik gambarnya bersama seorang kawan baik, dan wanita itu, yang menggunakan nama Vii Narza telah memberi komen “yang depan tu mcm kimK.”, merujuk kepada kawan baik Fazura.
Menyangka wanita itu melemparkan kata kesat “kim*k” kepada kawan baiknya, Fazura bertindak ‘menyerang’ Vii Narza dengan memuat naik gambar profil Instagram wanita itu dan membuat komen mengecam wanita itu.
Bagaimanapun, Fazura telah memadam gambar wanita tersebut apabila Netizen menyatakan wanita itu bukannya melemparkan kata kesat, sebaliknya menyamakan kawan baik Fazura dengan Kim Kardashian dengan menulis kimK. Hasilnya Netizen mula menulis puluhan ribu komen di Instagram Fazura mengkritik pelakon itu kerana perbuatan cuba memalukan wanita itu dengan memuat naik gambarnya ke Instagram.
Menurut Netizen, Fazura bukan diminta untuk membuat permohonan maaf dari Vii Narza salah faham tentang perkataan #kimK, tetapi kerana memalukan wanita itu dikhalayak umum dan menghakimi pemakaian hijab serta status wanita itu sebagai sebagai seorang ibu.
Namun Fazura enggan meminta maaf atas perbuatannya, sebaliknya memberi syarahan mengenai kepentingan untuk tidak menulis komen menggunakan kependekan kerana ia mudah disalah erti. Dalam satu perkembangan terbaru, Malay Mail memberitahu Fazura menganggap perbuatannya tidak keterlaluan:
Perkara yang hampir sama sebelum ini sudah banyak kali terjadi tetapi saya cuba untuk berfikiran positif.
Kebetulan saya nampak perkara itu berulang kembali dan ia tidak harus dibiarkan. Jadi tidak keterlaluan kalau saya menegur perbuatannya itu. Kalau benar dia memuji rakan saya itu persis Kim Kardashian, itu antara dia dengan Tuhan.
Tapi jika niatnya cuba mempersenda, dialah yang harus memohon maaf pada rakan saya itu kerana ia dibuat di media sosial. Rakan saya pun ada perasaan.
Fazura juga mendakwa telah membuat satu laporan polis berhubung perkara itu:
Tidak semua orang tahu cerita sebenar. Peguam sudah menasihatkan saya supaya tidak mengulas perkara itu. Terpulanglah pada mereka di luar sana untuk fikir untuk apa laporan polis itu dibuat.
Vii Narza, 25, berkata beliau terkejut dengan tindakan Fazura yang tersalah anggap perkataan “kimKâ€, yang dimaksudkan selebriti terkenal Kim Kardashian.
Dalam isu ‘kimK’, saya tidak bermaksud atau berniat melontar kata kesat. KimK = Kim Kardashian.
Kejadian ini telah menyebabkan Fazura kehilangan 200,000 pengikut di Instagram dan Netizen juga kini mempersendakan tahap pemikiran Fazura serta memviralkan video yang menunjukkan Fazura gagal menjawab soalan-soalan pengetahuan am mudah oleh Lisa Surihani.
Netizen berpendapat Fazura yang berfikiran negatif, bertentangan dengan mesej ‘positiviti’ yang sering diuar-uarkannya di media sosial.
Fazura. You jump the gun. You public shame her. Instead of apologizing, you’re making up excuses. #SayaBenciHipokrit? Who’s the hypocrite.
— Paha Ikan™ (@paha_ikan) December 2, 2015