Kes “KimK” : Pengikut Instagram Tetap Mahu Fazura Mohon Maaf Kerana Malukan Peminat

Hiburan

Kes “KimK” : Pengikut Instagram Tetap Mahu Fazura Mohon Maaf  Kerana Malukan Peminat

Isu aktres Nur Fazura yang memalukan peminatnya hanya kerana salah faham akan maksud perkataan “ KimK” telah menjadi viral di media sosial sejak semalam.

Advertisement

Sudah dilabelkan sebagai  “the next Azwan Ali” ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan Fazura kerana tidak dapat berfikir dan menyamakan “KimK”  iaitu merujuk kepada Kim Kardashian sebagai  perkataan kesat “kim*k” .

Yang membuatkan semua orang merasa bengang apabila Fazura turut mengaitkan beberapa isu sensitif seperti bertudung dan status peminat tersebut sebagai “muslim mother”.

Dek kerana hal itu, pengikut di Instagram tetap  mendesak Fazura untuk merendahkan egonya dan memohon maaf atas kesalahan beliau sendiri meskipun aktres itu enggan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Kami rasa apa salahnya kalau Nur Fazura tampil mohon maaf dan mengakui ia cuma satu salah faham sahaja. Tidak dapat bayangkan betapa malunya wanita tersebut bila perkara ini jadi viral. Memang setiap orang ada pendirian masing-masing tapi cuba untuk rendahkan ego dalam diri untuk perbetulkan keadaan agar ia tidak berpanjangan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...