December 2nd, 2015

Oh,oh,oh. Untuk seseorang yang fazbulous seperti Fazura, kesalahan memahami maksud “kimK” yang ditulis oleh seorang peminatnya agak sukar difahami. Abang Nara yang tak berapa urban ini pun boleh memahami bahawa “kimK” tersebut merujuk kepada Kim Kardashian, bukannya kim*ak seperti yang dianggap oleh Fazura. Namun salah faham sebegini memang boleh terjadi. Biasalah, tulisan dekat-dekat dan short form ini memang boleh salah dibaca.

fazura kimK

Apa yang lebih menyedihkan ialah Fazura telah memalukan peminat yang menulis perkataan “kimK” itu menerusi akaun Instagramnya. Tambah menambahkan kebengangan peminat ialah apabila Fazura menggunakan ayat muslim “mother” yang bertudung. Untuk makluman, perkataan “kimK” tersebut telah digunakan untuk menggambarkan kawan Fazura. Walaupun telah membuang gambar di atas, Fazura tidak meminta maaf sebaliknya membuat penjelasan panjang lebar.

Salam. Selama mempunyai social media, saya sering cuba berdiam diri setiap kali ada tohmahan, kutukan dan kata kata jahat yg ditulis oleh segelintir manusia yg bersikap riak terhadap my loved ones. Saya akan delete atau blocked sahaja kerana tidak mahu melayan walaupun ada segelintir kata kata itu membuat teman teman dan peminat saya terkesan dan bersedih.

Sudah lama saya melalui perkara yg sama setiap kali saya upload foto mereka. As a human being, sedikit sebanyak saya akan marah dan malu dengan bahasa melukakan yg kebanyakan dikeluarkan dalam Bahasa Melayu. Sebelum ini banyak kata2 yg digunakan hanya menggunakan short-forms dan double-meaning. Bila saya tegur, buat tak tahu dan mereka bergaduh pula dgn peminat saya yg lain.

Why do we always have to make others think or live like us? Why are we so worried? Biarlah saya, kamu atau teman-teman saya hidup dengan cara masing masing. Kemudian, jika ada pendapat atau komen, perlukah guna perkataan, frasa atau slanga dengan double-meaning?

Mengundang rasa kurang senang banyak pihak? Hanya ALLAH saja yg tahu. This goes to me and everyone. May we learn from our mistakes and please, if kita tak mahu cakap nice things.. Just don’t comment anything at all. Itu lebih baik. Sending love always

fazura kimK

Secara jujur, Fazura harus tampil meminta maaf kepada peminat yang telah dimalukan olehnya. Abang Nara rasa memang si peminat mahu memuji rakan Fazura kelihatan seperti Kim Kardashian, bukannya kim*k seperti yang dianggap oleh Fazura. Kata orang, mereka yang jujur dan berani ialah mereka yang sanggup mengaku kesilapan. Tak gitu? Apa pendapat anda?


Comments are closed.

Loading...